Bab 5

3.3K 179 0

Nia POV

" Ya Allah. Dugaan ape pula kalini. Tak sudah mamat takgune tu satu kelas dengan aku, ni pula lelaki yang selalu buat jantung aku tak normal tu pun satu kelas juga? Rasa macam nak tukar kelas lah pulaaaa! Eh, kalau aku tukar kelas, kelas ape lagi yang ade? Ni lah kedua terbaik selepas aku terlepas kelas favourite Sains Tulen aku. Hm. Redha lah Nia. "
Monolog Nia sendirian.

" Eh. Tapi betul ke dia single? Takkan lah. Betul juga cakap si Melissa poyo tu. Handsome macamtu takkan lah takde berpunya? Musykil betul. Alaa Nia, laki biasa lah. Dah berpunya pun kata single. Huh! Lelaki-lelaki! "  monolog Nia lagi.

" Tapi, tak baik juga aku serkap jarang. Mana tahu dia cakap betul? Dosa aku memfitnah dia. MasyaAllah Nia. Istighfar Nia. Eh bia lah dia single ke taken ke, kau kesah pe Nia. Jangan cakap kau suka dia Nia? "

" Eh, gila ke! Tolong ah! Aku takkan sesekali jatuh dalam tangan lelaki lagi sekali. Cukup ah. Cukup dengan apa Qazif Irfan tu buat. Aku memang takkan percaya lelaki. Takkan! "

" Ala Nia. Tak semua lelaki sama, entah-entah Ziyad tu tak macam Qazif. Haa siapa tahu? Melepas kau Nia. "

Debat hati Nia yang cuba membackup lelaki dan cuba membackup diri Nia.

Alaa. Yang macam dalam drama tu. Ada satu diri baik macam bidadari satu lagi diri jahat macam syaitan menghasut tu haha! Pengaruh drama lebih ni err.

" Aaarrrghhhh! " Nia menjerit lantas menumbuk mejanya dengan buku limanya.

" Astaghfirullahalazim Nia! Kau ni kenapa? Terkejut aku. Gila dah ke? Jerit tetiba. Kena sampuk ke kau? " tegur Syafira yang agak terkejut dengan tindakan Nia secara tiba-tiba.

" Ah? Errr.. Ah hehe takde takde. Err takde ape. Takde, ah aku.. aku praktis ni haa tumbuk meja. Nak test tangan aku kuat ke tak untuk boxing nanti. Haha! " ketawa Nia yang dibuat-buat.

Satu kelas tertumpu kepada Nia.

" Nia gila! Haha! " Jerit Akmal.

Satu kelas ketawakan Nia.

Nia hanya menjeling Akmal yang cuba mencari pasal.

Hish bengang aku! Tak guna Akmal kata aku gila. Siap kau!

End Of Nia POV

******************************

Ziyad POV

"  Perempuan tu tak betul ke? Tiba-tiba je jerit. Haha kelakar pun ada.Wow! Dia sebut boxing tadi? Aku salah dengar ke? Biar betik. Takkan perempuan ni main boxing kot. Haha brutalnya. Dah lah macam ganas je aku tengok. Amazing juga lah dia ni. "  monolog Ziyad.

" Em Qazif. " panggil Ziyad.

" Ya. " jawab Qazif.

" Kau kenal ke perempuan tu? " tanya Ziyad.

" Hah? Perempuan mana? " soal Qazif.

" Haha. Yang jerit tiba-tiba tadi tu. " terang Ziyad.

" Oh kenal. Kenapa? " jawab Qazif kemudian menyoal Ziyad pula.

" Takde ape lah. " jawab Ziyad pendek.

" Yeke? Cakap lah. " paksa Qazif.

" Haha takde ape. Macam tak betul je tengok dia jerit tiba-tiba. Tu tanya kau. " bohong Ziyad.

" Oh. Takde lah em dia, entah aku pun tak tau. " jawab Qazif agak ragu.

" Kenapa Ziyad? Kau suka dia eh? " soal Qazif tiba-tiba.

Minah BrutalRead this story for FREE!