Bab 18

2.7K 127 16

"Nia! I miss you so much much friend!" Ujar Syafira keriangan.

"Eeee kau pahal? Fikir sweet? Dah lah lambat. Kena demerit siap kau." Bebel Nia. Dalam diam Nia sempat melihat muka Syafira yang berubah.

"Eleh nak sesweet pun tak boleh. Bla lah." Ujar Syafira merajuk.

Nia tertawa melihat fiil rakannya itu. Nia menyeluk tangannya ke dalam bag sekolahnya.

"Nah." Nia menghulurkan coklat Cadbury kepada Syafira.

"OMG untuk aku ke?!"

"Tak ada lah ni aku nak bagi anjing tu makan. Cuba kau buka patahkan sikit coklat tu pastu bagi sekor sekor anjing tu makan." Seloroh Nia selamba.

Mendengar seloroh Nia yang selamba itu, Syafira mula ketawa seperti orang hilang akal.

"Hahaha mana ada otak bagi anjing makan coklat." Tuntas Syafira dengan bahasa 'kasar'.

Syafira mula berceloteh sambil menikmati Cadburynya.

Sedang Syafira bersoal jawab mengenai percutian Nia, Nia teringat akan Ziyad. Dia memerhati tapak perhimpunan itu dan melihat barisan kelasnya.

Aku harap mamat tuh tak cerita lah dekat member kaum kerabat dia pasal bercuti ada aku. Haih masak wehhh aku tak suka gosip! Adu Nia dalam hati. Nia mula risau jika Ziyad tersalah langkah. Nia mula memikirkan sesuatu.

************************************

Kelas pada hari tersebut berjalan seperti biasa. Kerja rumah yang ditinggalkan oleh guru setiap mata pelajaran mula bertimbun. Almaklumlah baru naik cuti sekolah.

"Weh amacam cuti? Baik ke?" Soal Qazif.

"Baik je. Not bad lah. Tempat cantik. Em semua cantik." Ringkas Ziyad.

"Ceh tak ada awek ke Ziyad?" Amar mula menjadi 'ulat bulu'.

"Awek?" Ziyad terfikir seseorang. Dan. Ia. Nia Sofea.

"Haa a..." kata-kata Ziyad terhenti waktu guru Ekonomi Asas mula masuk ke kelas mereka.

Usai memberi salam, Puan Azreen mengajar seperti biasa sebelum memberi latihan latih tubi kepada mereka.

************************************

Kringggggggg

Selepas Puan Azreen beredar, pelajar 4 Prinsip Akaun mula turun ke kantin.

"Weh korang pegi dulu eh. Haa nanti aku datang." Ujar Nia kemudian bergegas menuruni anak tangga. Ada sesuatu yang perlu dia lakukan sebelum nasi menjadi bubur.

Nia mula berjalan sepantas kilat ke perpustakaan sekolah. Bebola matanya tepat mengarah kepada seseorang. Tanpa berfikir, Nia segera menuju ke arah manusia tersebut.

"Weh! Aku nak cakap something!" Tegas Nia. Walhal jantungnya seperti hendak marathon sahaja.

Hish. Pahal aku nih? Aku tegur dia? Jap. Katakan ini hanya mimpiii. Apa aku dah buat ni? Ah ni lah makannya, tangan kaki mulut jalan seiring dengan otak! Argh lantak lah aku nk pesan je kot! Getus hati Nia.

"Eh? Ha ada apa ya?" Ziyad menjawab tenang.

Nia yang agak terusik dengan cara sambutan Ziyad, terkaku.

"Errr aku nak pesan, kalau ada kawan-kawan kau yang tanya pasal percutian kau, just say anything you want but jangan cakap aku ada dalam percutian kau! Faham?" Nah tu dia Nia Sofea memberi amaran.

Ziyad yang terkejut hanya mengangguk tanda faham.

"Ha okay. Baik lah." Tutur Ziyad lembut.

Nia kemudian dengan segera berlalu dari situ. Risau jika ada mata yang melihat.

Sedang Nia berjalan menuju ke kantin, hati Nia masih tidak tenang. Walhal dia sudah berpesan pada Ziyad.

Kenapa dia relaks macam tu je? Kenapa tak respond apa-apa? Aku marah kot. Bukan cakap lemah lembut? Ah! Tu taktik je tu. Macam mana lah perempuan tak melting? Yedak? Yang penting aku tak tergolong dalam list perempuan melting tu. Haha! Nia mula membuat spekulasinya sendiri sekadar menyenangkan hatinya.

Minah BrutalRead this story for FREE!