Bab 10

3K 144 3

Nia. Kau tak nak ke kenal dengan Ziyad tu? Aku tengok dia tu pendiam lah. Macam tak bercakap dengan orang. Tengok lah, perempuan tegur pun mana dia layan.

Kata-kata Syafira masih terngiang-ngiang di kedua dua cuping telinga Nia.

Betul ke Ziyad tu tak macam laki lain? Mustahil lah. Eh biar lah dia nak macam mana pun. Yang kau senak ni kenapa Nia?

Malas berbalah dengan perasaan sendiri. Nia meneruskan membaca novel yang dipilihnya tadi. Nia yang duduk di tengah-tengah di dalam library itu. Hanya seorang diri. Rakan-rakannya yang lain ke kantin untuk makan.

Sedang Nia mengelamun kerana fikirannya kacau, Nia ternampak Ziyad di hujung sudut perpustakaan.

Eh minah ni ada dekat sini? Apa dia buat kat sini? Eh mesti lah baca buku apa lah Nia. Kau tak nampak dia tengah baca buku tu? Dia dengan Qazif? Minah ni takde member lain ke? Qazif jugak yang lekat. Sebut Qazif, dia dah lama jugak tak kacau aku? Huh bagus! Mesti dia bengang kene sound depan orang ramai haritu! - omel Nia dalam hati.

Nia yang dalam diam memerhati Ziyad, sekaligus dapat melihat free drama di depan matanya.

Tiga orang perempuan sedang menuju ke arah dimana Ziyad dan Qazif sedang duduk. Dengan tidak semena-menanya mereka duduk di depan Ziyad dan Qazif. Cis!

"Hai Ziyad." tegur salah seorang daripada mereka bertiga.

Ziyad yang baru ditegur, hanya senyum dan terus menundukkan mukanya dan membiarkan teguran perempuan itu tadi. Haha padan muka!

Eh kenapa dia tak balas hai balik? Dia ni pemalu macam perempuan siot. Kejap? Eh? OMG?! Waittt jangan kata dia ni gay! Sebab tu lah dia tak bertegur dengan perempuan and rapat dengan si Qazif tu je. OMG Qazif kau pun dah berubah jadi gay ke? Sampai macam ni sekali kau frust menonggeng? Pity of you.

Nia membebel sendirian seperti tidak puas hati. Dia cuba mendengar apa yang dibualkan mereka.

"Ziyad. Awak ni sombong lah. Awak memang tak tegur dengan orang lain ke?" ujar salah seorang perempuan itu lagi. Eeii orang tak layan tu dah lah!

Eeii dasar gefedifiks betul! omel Nia menyampah. Haa kan dah terkeluar bahasa alien F.

"Ehem guys. Rasanya baik korang duduk tempat lain. Tak manis rasanya kalau cikgu nampak korang duduk satu meja dengan kiteorang ni. Kiteorang kan laki? Kang timbul pulak gosip paparazzi mamarazzi pulak." ujar Qazif seperti menghalau.

Nia yang sekadar memerhati di sebalik novel sebagai pelindungnya, hanya tersenyum sinis mendengar apa yang dikatakan oleh Qazif.

Bla ah kau Qazif! Manis betul mulut kau berbicara. Buat aku dulu macam takde perasaan pulak! Ni? Berlagak laki konon. Dah gay tu dah lah. Sah dia ni frust menonggeng. - monolog Nia lagi.

Selepas tiga perempuan itu beredar, Nia masih memikirkan mengapa dan apa yang membuatkan Ziyad tidak bertegur sapa dengan perempuan. Adakah betul dia gay? Haih Nia!

Nia hanya memerhati Ziyad lama. Lama. Dan lama. Seperti sedang membaca apa yang tersirat di dalam diri Fakhrullah Ziyad ini. Aih macam nak tertembus muka Ziyad tu kat kau Nia.

Sedang asyik Nia dok membaca muka Ziyad, Qazif kemudian melambai ke arah Nia yang sedang mengelamun melihat ke arah mereka.

Tanpa sedar, Ziyad dan Qazif berada di hadapan Nia sekarang.

"Nia?" tegur Qazif.

"Nia!" kali ini dengan menepuk meja kuat sedikit untuk menarik perhatian Nia yang tidak sedar akan kewujudan mereka.

Nia yang terkejut memandang ke arah mereka dengan muka yang menahan malu.

Ya Allah bila dorang depan mata aku ni. Setahu aku dorang tadi duduk dekat situ. Ya, situ lah! Masa aku pandang Ziyad tadi!

"Eh Nia? You dengar tak apa I cakap ni?" ujar Qazif lagi bingung melihat Nia.

"Hah?" keluar dah muka blur Nia Sofea. Eh Nia cover sikit!

"I tanya you buat apa sini? Mana kawan you yang lain? You okay tak?" tanya Qazif prihatin. Menyampah!

Nia yang malas hendak menjawab soalan Qazif yang bagaikan polis soal siasat, hanya meninggalkan mereka terpinga-pinga. Malu bukan kepalang!

"Eh minah ni? Dia blah je? Bukan nak jawab soalan aku." omel Qazif.

"Ala dah lah Irfan. Dia malu kot. Muka dia pun tadi blushing je." ujar Ziyad.

Sebenarnya Ziyad juga tertanya siapa yang Nia renungkan seperti nak tertembus tu. Dari arah Nia renung, tempatnya betul-betul dimana Ziyad duduk tadi.

Aih Ziyad jangan perasan. pujuk hati Ziyad.

Mereka berdua berjalan menujuk ke kelas kerana masa rehat telah pun habis.

Sampai di kelas, Nia yang masih menahan malu terus duduk di tempatnya.

"Oi makcik. Kau pergi mana tadi? Kenapa tak turun? Sedap weyh makanan dekat kantin harini, Mi Kari fuhhhhh!" ujar Syafira yang kekenyangan dengan leretannya.

"Aku pergi library lah." Nia hanya menjawab empat buah patah perkataan.

"Nia kau okay tak? Muka merah-merah pahal? Macam nampak hantu je?" tanya Syafira yang tidak puas hati dengan tingkah laku Nia.

"Hish kau ni bising lah Fira. Diam kejap boleh tak?" ujar Nia yang mula rasa kepanasan. Mana taknya, macam lipas kudung dia lari untuk ke kelas tadi. Eh betul ke tidak tu peribahasa tu untuk ayat ni kah kah!

"Minah ni memang macam ni. Kalau dah kenyang mulut tak gheti berhenti pokpek macam bontot ayam!" ujar Mai membuat Syafira geram.

Serentak mereka berlima ketawa mendengar ayat spontan Mai. Haha Mai ni memang begini. Suka membahan orang tak kira masa dan siapa. Apatah lagi musuhnya, memang habis dibahan!

"Mai! Kurang ajar kau hish!" Syafira mula menarik muncung.

"Ala gurau lah wahai puteri buyong kah kah!" Mai masih mengenakan Syafira lagi.

"Eh Nia. Kau kenapa tadi? Macam orang lari nampak hantu je?" Ayu bertanya kepada Nia persis soalan yang Syafira tujukan kepada Nia tadi.

"Macam mana kalau aku kata aku nampak..LIPAS?!" sergah Nia ke arah Syafira yang masih menarik muncungnya. Sengaja dia menekankan dan menjerit perkataan Lipas.

"Eeeiiiiuuuww! Mana weh mana?!!!!!" tanya Syafira gelabah. Haha dasar takut lipas!

"Tak lah bukan lipas. Tadi aku dari library. Mane lah ada lipas dalam tu kau ni pun." ujar Nia lagi.

"Dah tu? Kau kenapa?" tanya Ika pula.

Aih dorang ni memang lah kalau aku tak jawab apa dorang tanya memang sampai ke esok soalan tu jugak dia tanya. Haih! Cakap je lah! getus Nia dalam hati.

"Korang tahu tak? Ziyad dengan Qazif tu..." Nia saja meleretkan ayatnya.

"Dorang tu apa?!" Soal mereka serentak! Hish! Empat lawan satu kalah lah aku!

"Dorang tu gay!" ujar Nia sedikit terjerit. Serentak itu juga Fakhrullah Ziyad dan Qazif Irfan beriringan masuk ke kelas 4 Prinsip Akaun.

Tercenganglahh mulutt empat sekawan ni sambil melihat ke arah mereka berdua tanpa berkelip mata. Haha cuba bayangkan haha okay funny gila doh!

Tu lah haa nak tahu sangat amik!  Puji sangat mamat mamat handsome tu haa kan dah tak pepasal dorang gay! Haha monolog Nia dalam hati. Geli hatinya sekiranya apa yang disangkanya itu benar!

Musnah lah hati-hati kaum Hawa kalau tahu lelaki kacak Fakhrullah Ziyad dan Qazif Irfan rebutan ramai ini sebenarnya gay.

p/s : Haha apa lah Nia ni sampai macam tu sekali spekulasi dia? Teruk betul masyaAllah xD haha korang yang perempuan kalau nampak laki yang jarang tegur perempuan jangan lah cakap dorang gay ya? Fakhrullah Ziyad tak gay pun, itu hanya spekulasi Nia Sofea saja xD

Minah BrutalRead this story for FREE!