Bab 26

2.1K 104 2

Nizam mengatur langkahnya menuju ke restoran yang dijanjikan. Kelihatan Hana Qaisara sedang menunggunya di situ.

"Sory saya lambat." Ujar Nizam. Agak kekok bila berduaan dengan Hana kerana sudah lama tidak berjumpa lantaran kejadian 'spontan' tempoh hari.

"Tak apa. Ada apa awak nak jumpa saya ni?" Soal Hana melihat Nizam sekilas. Sungguh rindu Hana akan Nizam.

"Awak marah lagi ke Hana?" Soalan dibalas soalan. Nizam masih memandang Hana.

"Siapa je tak marah? Kena tipu hidup-hidup." Spontan Hana meluahkan perasaanya yang sekian lama terpendam.

"Hana. Kan saya dah cakap, yang budak perempuan tu adik saya. Tolonglah percaya." Nizam meraih kepercayaan Hana.

"Adik apa macam tu? Awak jangan bodohkan saya lah Nizam. Ada scandal lain nak klise adik." Tutur Hana geram. Masih sakit hatinya.

"Saya tak tipu Hana! Demi Allah! Perempuan tu adik saya, Nia Sofea!" Nizam masih tidak putus meyakinkan Hana.

"Dah lah Nizam. Awak jangan nak..." kata-kata Hana terhenti saat seseorang menyapa mereka.

"Hai hai hai!" Ujar Nia teruja. Sebenarnya kehadiran Nia ingin memulihkan keadaan dan hubungan abangnya.

Ni bukan budak haritu ke? Monolog Hana.

"Adik buat apa dekat sini? Datang dengan siapa?" Soal Nizam bertubi-tubi. Risau jika rancangannya meraih kembali kepercayaan Hana terganggu.

"Hee saje je. Hai kak Hana!" Ujar Nia sambil melabuhkan punggunya disebelah Nizam. Soalan Nizam dibiarkan sepi.

Hana Qaisara gugup apabila Nia menegurnya. Serba salah hendak membalas. Hatinya masih berdolak-dalik bahawa Nia adik Nizam.

"Hai." Balas Hana dengan senyuman tipis. Mengharapkan penjelasan atas semua yang berlaku.

"Adik. Better adik pegi tempat lain please? Abang ada hal nak bincang dengan kak Hana ni." Tutur Nizam seakan menghalau Nia.

"Tak nak. Nak duduk sini." Tegas Nia mempamerkan muka selamba.

"Adik. Please?" Rayu Nizam.

Drama apa depan mata ni? Betul ke adik dia ni? Ke saje berlakon? Ke Nia ni tak nak blah sebab nak usha aku dengan Nizam? Berlegar-legar soalan di kepala Hana.

"Kak Hana. Nia nak cakap ni. Nia nak mintak maaf sebab pasal benda haritu. Sory eh?" Tanpa menghiraukan rayuan Nizam, Nia memulakan bicaranya. Dia yang mulakan jadi dia harus selesaikan.

Hana seakan terpinga mendengar bait bicara Nia. Boleh percayakah?

"It's okay. Awak memang layak pun. Awak kan girlfriend dia." ah sudah apa aku mengarut.

Nizam tercengang mendengar kata-kata Hana. Hana, she's my lil sister!

"Hana.." Nizam yang ingin buka mulut terhenti dipotong dek Nia.

"Kak Hana. Kak Hana kena dengar cakap Nia dengan abang! Nia ni adik dia. Bukan girlfriend dia. Lagipun kalau Nia ni bukan adik dia, Nia tak ingin nak jadi taman dia. Kak Hana tak tahu dia ni suka buli orang,.."

"Adik!" Nizam segera menepuk lengan Nia. Budak ni nak selesaikan masalah ke nak membebel.

"Sudah lah Nia. Saya tak suka tengok lakonan awak berdua." Ujar Hana ego lagi.

Eee geramnya aku! Nasib lah awek abang aku! Aku ingat aku sorang je yang brutal ego ni!

"Sis Hana. Please jangan ego! Saya Nia Sofea adik kepada Nizam Shah! Hah tak percaya, ambik ni tengok!" Nia segera mengeluarkan IC kepunyaannya dan Nizam.

Minah BrutalRead this story for FREE!