Bab 9

2.9K 145 2

Nia sampai di sekolah seperti biasa. Perutnya yang masih kosong minta diisi. Selepas solat subuh, Nia tidak sempat untuk breakfast pagi tadi. Entah apa lah yang membuatkannya lambat.

"Ika. Jom pi kantin. Ceq lapaq!" renget Nia seperti budak kecil.

"Jom lah. Aku pun tak sempat sarapan ni." ujar Ika.

Mereka berdua beriringan ke kantin. Sampai di kantin, Nia memesan nasi goreng pada mak cik kantin tersebut.

"Kak. Nasi goreng satu!" laung Nia dan.. eh? Pehal ada suara lain ni?! Semak betul lah nak serentak pulak.

Nia berpaling ke arah kanannya, and what?!

Alamak cane pulak si Ziyad ni bole sebelah aku ni. Dah lah order nak sama.

Nia kemudian memandang sebelah kirinya dimana Ika berdiri.

Minah ni apesal sengih-sengih? Eeii aku siku kang.

"Ya siapa minta nasi goreng tadi?" mak cik kantin bertanya kepada pelajar yang ada disitu.

"Saya!" ujar mereka serentak.

Nia yang bengang dengan Ziyad, memandang Ziyad dengan jelingan tajam. Fuh maut betul!

"Err dia cik. Budak ni yang mintak tadi." ujar Ziyad pada mak cik tersebut.

Dia cakap aku budak! Kuang asam betul lah. Eh, tapi kenapa dia bagi kat aku dulu? Ceh. Biasalah tu. Taktik memikat. Puihh.

Nia bermonolog sendirian.

Sesudah membuat bayaran, Nia dan Ika beredar untuk masuk ke barisan kelas mereka.

"Ceh. Sweet siaa!" ujar Ika keriangan tiba-tiba. Sewel ke minah ni!

"Benda yang sweetnya?" tanya Nia malas. Malas kerana dia sedang mengunyah nasi goreng yang dibelinya. Sebab tu malas!

"Haha bla ah Nia. Weyh, handsome doh Ziyad tu. Dah lah handsome,tinggi haha kalah kau Nia!" Ika ketawa gembira mengenakan Nia

"Kau memang kwaja kan. Biar lah dia handsome pun, eleyh handsome pun tak guna. Laki semua sama je. Lagi satu, kalau kau nak padankan tinggi aku dengan dia, memang jelas lagi ketara lah aku kalah bengong. Dia kan tinggi grr." marah Nia sambil meneruskan makannya.

Bukan apa, nanti bila dah mula naik kelas, makanan dah tak boleh bawa naik. Mula lah nenek tiri sekolah a.k.a Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid itu membebel. Tapi bebelnya takde lah marah mana, cukup membuatkan pelajar-pelajar lelaki membahan nenek tiri itu. Haha kurang ajar kan dorang?

"Nia Nia. Tak habis-habis lagi spekulasi kau dekat laki? Hm Nia. Tak semua lah lelaki macam Qazif. Dah lah tu." pujuk Ika.

Ya ya. Naik bernanah telinganya mendengar nasihat yang sama. Tak semua laki sama macam Qazif. Grr malas lah nak bangkitkan isu ni.

Nia hanya diam mendengar pujukan Ika. Baginya menikmati nasi goreng yang panas pada pagi itu lebih menggembirakan hatinya.

"Woi!" sergah Syafira dan Mai diikuti Mai di belakangnya.

"Engkau ni tak reti bagi salam ke?" marah Ika yang berpura-pura.

"Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuhhhhh!" Syafira memberi salam dengan leretannya.

"Waalaikumsalam." Jawab mereka yang berada di situ.

"Fuh sedap siot Nia makan. Panas tak nasi goreng dia?" tanya Syafira yang mula terliur melihat nasi goreng itu

"Panas. Emmm dapnyaa Firaaaaaa." ujar Nia meleret. Sengaja mahu mengenakan rakannya.

"Kurang ajar Nia. Hm nak beli jugak lah!" Syafira yang baru sahaja ingin bangun terbantut mendengar kata-kata Mai.

"Tak payah lah. Dah nak naik kelas dah pun. Nanti habis nenek tiri kau tu membebel." ujar Mai dengan gaya mulutnya. Haha!

" Alaaaaaaaaaa!" Syafira mula frust menonggeng!

"Dah. Kita masuk kelas ya sayang. Hahaha!" tawa Nia melihat muka Syafira yang menahan lapar. Sian kawan aku ni.

Sampai di kelas, seperti biasa guru mata pelajaran akan mengambil masa untuk masuk ke kelas.

"Nia." panggil Syafira

"Ya." jawab Nia pendek

"Kau kenapa semalam?" soal Syafira

"Kenapa apa? Kenapa dengan semalam?" soal Nia semula. Eh minah ni orang tanya dia, dia tanya balik.

"Hish kau ni. Semalam lah kat taman, kau kenapa dengan abang kau? Buang tebiat ke?!" tanya Syafira dengan muka terkejutnya.

"Oh semalam. Hahahahahaha!" Nia ketawa macam tak ingat dunia. Haih!

"Aku suruh cita bukan gelak samdol!" Syafira membuat muka menyampah.

"Hahaha! Takdelah semalam aku pura-pura jadi awek abang aku. Tapi,hmm salah aku pulak." jelas Nia dengan nada kesalnya. Serba salah jika diingat semula.

"Salah? Kenapa?" tanya Syafira lagi.

Nia mula membuka cerita dari A hingga Z.

"Haha kau ni Nia. Kesian abang kau. Apa lah kau ni." ujar Syafira
"Tu lah. Aku pun rasa bersalah ni. Tak tahu nak buat apa. Awek abang aku tu tak percaya apa abang aku cakap. Aku try nk ws awek abang aku tu. Tapi, takut lah pulak." luah Nia.

"Kau jangan risau. Balik nanti kau ws je. Dia takkan marah punya. Mesti dia percaya cakap kau pulak. Okay?" pujuk Syafira simpati. Haih Nia Nia.

"Nia. Kau jangan lah simpan tanggapan macam tu lagi dekat laki. Tak semua laki dalam dunia ni sama lah Nia. Still ada yang ikhlas and jujur. Bukan macam Qazif." ujar Syafira memberi keyakinan kepada Nia.

Again and again. Naik bernanah dengar.

"Hm ya ya." Nia yang malas hendak mendengar cepat-cepat cuba menamatkan perbualan mengenai lelaki.

"Nia. Kau tak nak ke kenal dengan Ziyad tu? Aku tengok dia tu pendiam lah. Macam tak bercakap dengan orang. Tengok lah, perempuan tegur pun mana dia layan." Ika mula bersuara.

"Haah Nia. Aku pun tengok macam tu. Kau tak nak kenal dia ke?" Syafira pula bersuara.

"Eh dah lah korang ni merepek lah. Biar lah dia nak diam ke apa ke. Nanti lama-lama mula lah tu dia berbual dengan orang." Nia cuba menyangkal apa yang dikatakan oleh Syafira dan Ika.

Nia masih berhati batu dan keras untuk mempercayai mana-mana lelaki. Cukup lah apa yang Qazif Irfan lakukan padanya dulu, dia tidak akan semudah itu untuk jatuh ke tangan lelaki.

----------------

Author's Note : Sory if bab ni boring. Saya cuba untuk up to date this chapter and bgi gempakkan lagi. Sory kalau ada bab-bab yang membosankan. Mesti korang tertanya kenapa Nia benci sangat dengan lelaki, and apa yang Qazif buat dekat Nia. Em just wait for next, next, next and next chapter guys :) anyway, thanks for read :))

Minah BrutalRead this story for FREE!