Bab 13

2.8K 134 7

"Along. Cepat lah. Lambat lah siap. Ayah dah tunggu dah tu." Omel Nasrullah. Tak senang duduk melihat abangnya dari tadi tidak habis bersiap.

"Kejap lah. Tengah siap lah ni." Ujar Ziyad yang masih membetulkan rambutnya.

"Ya Allah along. Jangan macam perempuan boleh tak? Along tu laki malu lah sikit." Perli Nasrullah.

Ziyad yang mula geram kerana Nasrullah membebel dan memerlinya seperti perempuan, terus berang.

"Kau jangan bising boleh tak? Kau keluar. Panas hati je dengan kau ni. Suka hati along lah nak siap macam mana pun." Marah Ziyad. Pantang orang menyindirnya.

"Hah dah siap belum ni?" Puan Mariam yang dari tadi menunggu mereka berdua, mula bertanya.

"Ni hah ibu along. Tengok lah. Sikat rambut lah apa lah berdandan macam perempuan." Sindir Nasrullah lagi.

Belum sempat Ziyad membaling sikat tersebut, Nasrullah segera keluar.

"Apa saja lah korang ni. Hah along, cepat sikit siap tu. Ayah dah tunggu lama dah. Cepat ya." Tutur Puan Mariam lembut. Masak dengan fiil anak sulungnya.

"Ya ibu dah siap dah ni." Ujar Ziyad lalu membuntuti Puan Mariam.

******************************

Selepas puas mengambil gambar pemandangan yang indah serta selfie dirinya dan abangnya Nizam, Nia dan Nizam masuk ke bilik mereka untuk bersiap.

Encik Hisyam Hanafi menyuruh anaknya bersiap kerana mereka sekeluarga akan keluar untuk menjamu selera.

Meskipun perjalanan tidak mengambil masa yang panjang, namun perut yang masih kosong tetap perlu diisi.

Nia hanya mengenakan T-shirt panjang bewarna kelabu dan shawl hitam. Nia bukan tidak reti berfesyen, tapi dia malas. Malas untuk menunjuk. Cukup lah baginya berhias ala kadar.

"Kita nak makan dekat mana abang?" Tanya Puan Lela kepada suaminya.

"Nak cari lah ni. Kita cari dekat-dekat je lah ya? Lepastu kita pergi jalan." Ujar Encik Hisyam Hanafi.

Semasa mereka keluar daripada resort untuk ke kereta, secara kebetulan mereka berjumpa dengan orang yang sangat dikenalinya. Bukan mereka, tapi Nia dan Encik Hisyam Hanafi.

"Hisyam!" Ujar lelaki yang agak kelihatan muda sedikit daripada ayah Nia.

"Eh Fauzi?!" Ujar ayah teruja plus terkejut.

Nia yang juga agak terkejut, hanya memalingkan mukanya.

Ayah kenal? Ya Allah, jangan kata ayah kenal please. Omel Nia sendirian.

"Buat apa sini?" Tanya Encik Ahmad Fauzi seperti tidak percaya dengan pertemuan itu.

"Aku baru je sampai ni. Saja bawak isteri dengan anak-anak aku berjalan. Kau pulak?" ujar Encik Hisyam.

"Sama lah. Kebetulan pulak aku nak pegi makan ni. Jom lah sekali?" Ajak Encik Ahmad Fauzi.

"Wahh. Jom lah. Aku pun memang nak cari kedai makan dekat sini." Jelas Encik Hisyam Hanafi, mungkin gembira kerana berjumpa pada tempat dan masa yang sama. Seperi jodoh pula. Eh?

Ziyad tenang saja dengan perjumpaan kebetulan ini. Kerana baginya, dia sedia maklum dahulu ketika sampai di resort. Waktu terpandang Nia yang sakan mengambil gambar.
Tapi Ziyad hanya terkejut kerana tidak sangka bahawa ayahnya dan ayah Nia kenal. Seperti kawan.

Nia yang seakan terkejut bahawa mereka akan makan bersama dengan keluarga Ziyad, seperti hendak terjun pulau yang luas itu.

Setelah menemui restoran yang berkenan, mereka terus menuju ke restoran tersebut.

Minah BrutalRead this story for FREE!