Bab 22

2K 87 0

Selesai Ziyad dan Nasrullah membeli tiket movie, mereka bergerak ke McDonald untuk mengisi perut.

Nia membuntuti Nizam ke kaunter pembelian tiket. Nizam memberitahu pekerja tersebut movie yang ingin ditonton mereka, seat pula dipilih oleh Nia. Nizam sedia maklum bahawa Nia agak cerewet dan memilih berkaitan seat di wayang.

"Kenapa abang beli tiket 3? kan kita dua je yang nak tengok Boboiboy tu? Abang salah sebut ke?" Soal Nia bertalu-talu.

Nizam disebelahnya hanya membuat muka selamba bodoh sambil bermain handphone.

Nia yang geram mencubit lengan Nizam dengan sekuat hati.

"Auch sakit gila! Ergh budak kecik ni! Haa nak apa?" Marah Nizam. Dia menyinsing baju lengannya untuk melihat kesan cubitan Nia. Haih. Berbekas, gila betul lah minah ni!

"Adik tanya, abang beli tiket 3 tu kenapa?! Tu lah buat buat pekak lagi, haa padan muka. Kang malaikat jadikan pekak betul betul baru tahu!" Nia memulangkan paku buah keras.

"Ala adik sibuk lah. Diam jelah. Orang dah bawak keluar banyak bunyi pulak." Tutur Nizam bersahaja. handphonenya yang berdering minta diangkat itu, terus dislide Nizam untuk dijawab.

Nia yang perhati Nizam atas bawah geram akan abangnya. Entah apa aja orang tua ni.

"Hai! Sory I'm late!" Ujar seorang gadis yang tiba tiba muncul entah dari mana. Nia mula tercengang.

What going happened?

"Hye. It's sokay. I pun baru je sampai. Wayang pun akan start about 30 minutes from now." Nizam yang tahu maksud tersirat disebalik muka Nia, hanya membatu.

"Oh okay. Ini adik you ke?" Gadis yang sedang berbual dengan Nizam, bertanya pula tentang Nia.

"Oh ya. Ni adik I. Nama dia Nia." Nizam memperkenalkan adiknyam

Nia yang masih blur, masih mampu untuk tersenyum bila diperkenalkan. Meskipun geram dengan abangnya, Nia tidak lah mahu menjatuhkan air muka abangnya dan dirinya.

"Hai pretty. I'm Sarah." Sarah menghulurkan tangannya ke arah Nia.

Dengan perasaan belah bahagi, Nia menyambut tangan tersebut.

"Saya Nia. Nia Sofea." Ringkas Nia.

Perkenalan yang singkat itu membawa mereka ke Starbucks sebelum movie tersebut mula.

Sejak dari tadi Nia hanya membisu. Marah,geram,kecewa dengan abangnya masih tersumat di dalam hatinya.

Sampai hati abangnya membawa teman lain tanpa memberitahunya, sudahlah dia menjadi seperti tunggul saja disitu.

Nia membuangkan pandangannya ke luar, melihat manusia yang berulang alik jalan. Tak kurang juga pasangan remaja yang berlegar di kaki lima City Square itu. Sakit mata juga melihat. Agas betul. Ini lah antara sebab mengapa Nia tidak suka menjejakkan kaki ke CS itu. Tidak kurang juga memorinya bersama Qazif Irfan yang terpahat di situ.

"Ah bodoh, aku tak nak ingat!" Bentak hati Nia. Seperti membara hatinya mengenangkan memorinya bersama Qazif.

25 minit sudah pun berlalu, 5 minit sebelum tayangan dimulakan, Nia mengajak abangnya untuk beredar dari situ.

************************************

"Walauweh, best gila lah cerita Boboiboy tadi. Haha. Papazola memang tak boleh bla!" Luah Nasrullah selepas tamat pawagam. Masa yang ditayangkan selama 1 jam 40 minit itu betul-betul bermanfaat.

Ziyad juga memuji cerita tersebut. Banyak pengajaran yang terdapat. Tapi, hatinya teringat ketika di dalam pawagam itu.

Nia Sofea

"Betul ke aku nampak dia tadi? Haih tak mungkin lah. Em mungkin salah orang? Tapi, kalau betul, siapa laki sebelah dia tu? Abang dia ke? Nizam?" Ziyad mula berteka-teki dalam hatinya.

Nia berpuas hati dapat menonton movie favouritenya. Gembira tidak mampu dibendung, habis setiap satu sight dalam movie itu dirakamnya, paling penting sekali apabila scene Boboiboy dan Papazola.

Teringat sendiri apabila Boboiboy dan rakan-rakannya dikejar oleh Sotong gergasi ketika mereka di atas bot. Sempat pula Papazola mengambil gambar, katanya "Tak dapat candat sotong, ambil gambar dengan sotong pun jadilah"

Haha apalah Papazola ni.

Selain itu, ketika mereka berada di Pulau Terapung, sewaktu Gopal dalam kecemasan apabila pokok-pokok yang berakar itu melingkari badannya. Kecoh Boboiboy dan rakannya yang lain apabila terasa dipermainkan, apatah lagi Papazola cuba melakonkan kembali aksi Gopal. Haha sadis sungguh Gopal tiada seorang pun percayakannya. Dan paling comel sekali apabila Papazola memujuk anak-anak muridnya, "ala, sory lah anak anak muridku, cikgu bergurau je. Ala-ala merajuk pulak dia". Haha Nia seakan teringat akan Cikgu Arif. Sebijik benar gelagat insan berdua itu mengusik anak muridnya. Haih, rindu pula dengan Cikgu Arif.

Okay done. Tutup cerita.

Minah BrutalRead this story for FREE!