Bab 2

5K 199 4

Nia yang kekenyangan terbaring di atas katil empuknya. " Aih penatnya baru naik sekolah dah berlambak kerja sekolah cikgu bagi. Ah! Buat nanti jelaa. Hehe ni kalau tidur lepas makan alahai indahnya dunia. "  omel Nia dalam hati. Tidur lepas makan? Fuh siapa yang tak senang hati kan?

Sebelum Nia melelapkan matanya, sempat lagi dia membuka account wechatnya.

" Eh. Ade friend request lah. Em Alif, siapa ni? " Nia terus membuka profil empunya diri.

" Ceh! Siapa entah tak kenal. Alaa approve jelaaa. " ujar Nia. Setelah diapprove friend request tersebut, Nia dengan senang hatinya memejamkan matanya untuk tidur.

Tidak sampai 5 saat Nia memejamkan matanya, tiba-tiba handphonenya vibrate menandakan pesanan yang masuk.

Pop

" Aih siapa lagi yang kacau ni. Aku tembak kang huh. "  getus Nia.

Pop

Tiada reaksi.

Pop

Pop

Pop

" Ya Allah siapa lah yang ganggu time-time macamni dia taktau ke orang nk membuta ke ape ke aih masalah betul! " marah Nia yang sudah separuh mamai itu.

Dibuka account wechatnya semula.

" Em. Eh ni mamat tadi. Adeh dia nak ape eh? "

Alif : Assalamualaikum. Err hai. Thanks approve.
Nia: Waalaikumsalam. Oh hai. Welcome :)
Alif : Awak Fea kan?
Nia : Hm ya. Knp ya?
Alif : Oh takde ape lah. Saje. Ganggu ke?

" Aduh si mangkuk nih. Yelaa memang lah kau kacau aku. Orang nak tidur sibuk nak chat-chat ingat aku ade mase nak layan. "

Nia : Em boleh lah busy sikit. Nanti chat lah eh awak. Bye!

Nia tanpa membuang masa laju saja memejamkan matanya semula untuk tidur. Bunyi vibrate dari handphonenya dibiarkan begitu saja. Ah! Tidur aku lagi penting dari mamat tu.

******************************

Bunyi azan Asar yang berkumandang mengejutkan Nia daripada tidurnya. Nia mengamati jam di handphonenya.

" Dah masuk Asar. Aihh nasib baik lah tak terlajak tidur. Emmmm! " Nia yang mengeliat terus bangun dan menuju ke bilik airnya untuk mengambil wudhu.

Selesai mengaminkan doa, Nia melipat telekung dan sejadahnya. Nia yang masih dalam keadaan mengantuk, terus duduk di meja belajarnya. Yelaa takkan nak duduk atas katil, mahunya tak kelaut tidurnya nanti.

Nia mengambil keputusan untuk menyiapkan kerja sekolahnya.

" Aih. Banyaknya homework. Tak aci lah cikgu ni baru naik sekolah homework bertimbun macamni. Hm baru nak freedom sikit. " rungut Nia.

Aih teringat akan nasihat guru-gurunya di Tingkatan 4.

"  Awak semua dah masuk Form 4 ni, jangan berangan nak honeymoon bagai eh. Masuk Form 4 ni lah waktu awak serius, dah takbole nak main-main lagi dah. Tinggalkan semua perangai awak yang dulu tu. Awak kene ingat tahun depan awak akan hadapi peperiksaan besar! Takde mase nak honeymoon lah freedom lah. Saya tahu awak semua jadi ' tikus putih ' untuk PT3. Tapi tak bermakna tahun ni untuk awak berehat. PT3 tu PT3 lah. Past is past! Focus untuk tahun hadapan, masa depan awak! "  Nasihat yang sama didengar daripada guru-guru Tingkatan 4. Sama saja seperti Cikgu Arif yang suka mengulang nasihat yang sama.

Minah BrutalRead this story for FREE!