Bab 12

2.7K 139 1

"Nia,Nizam. Ayah lupa nak bagitahu. Cuti Tahun Baru Cina ni kita pergi bercuti ya." ujar Encik Hisyam Hanafi kepada dua orang anaknya.

"Pergi mana ayah?!" ujar Nia teruja.

"Langkawi." Encik Hisyam Hanafi memberitahu tempat percutian mereka.

"Seriusly?! Wahh bestnyaaaaaaaaa!" Excited noh Nia.

"Eh adik. Bla ah." Nizam cuba mencari pasal.

"Eh abang tu kenapa? Sewel ke?" getus Nia tidak puas hati.

"Dah dah. Kang ayah tak jadi bawak pergi Langkawi kang." ugut Encik Hisyam Hanafi.

Kedua dua mereka hanya terdiam.

******************************

Finally! Cuti yang dinantikan telah tiba yihaaaaa! Eh eh?

"Nia dah siap ke belum? Lambat tinggal." laung Puan Lela. Haih anak perempuannya yang satu ini memang lambat bersiap.

"Kejap mama!" ucap Nia tergesa gesa.

"Abang ni teruk tau. Bukan nak angkatkan bag Nia. Dasar brengsek!" rungut Nia geram.

"Haha padan muka. Dah tu siapa suruh lambat. Dah lah bag berat macam bawak apa." sakat Nizam.

"Sudah sudah. Pergi masuk dalam kereta. Bergaduh je kerja. Hah Nizam. Lain kali tolong lah adik tu, kan sebagai abang kena tunjuk contoh yang baik." ujar Encik Hisyam Hanafi membela Nia.

"Haha padan muka!" Nia menjelir lidah kepada Nizam.

Selesai memasukkan barang ke dalam boot kereta dan memastikan rumah berkunci, mereka meneruskan perjalanan mereka ke airport.

Encik Hisyam tidak kuat untuk memandu jarak jauh. Puan Mariam juga tidak mengizinkan suaminya memandu untuk ke Kedah. Oleh itu mereka ke Kedah dengan menaiki kapal terbang.

Lebih kurang 30 minit, mereka sampai di Senai International Airport.

******************************

Perjalanan yang mengambil masa tidak lama itu akhirnya mendarat di Langkawi International Airport.

Selepas selesai urusan di airport, mereka terus memasukkan barang-barang ke dalam kereta yang disewa.

Kereta yang disewa oleh Encik Hisyam Hanafi menuju ke tempat penginapan mereka.

******************************

"Wah! Cantiknya tempat ni!" puji Nia teruja.

Mereka akhirnya sampai di tempat penginapan mereka iaitu di Berjaya Langkawi Resort.

"Haah bang. Cantik tempat ni. Pandai abang pilih." puji Puan Lela pula.

Masing-masing kelihatan teruja melihat suasana resort itu. Mana taknya, resort atas air, gila tak gila?! Haha!

"Tengok orang lah sayang. Haha." Encik Hisyam Hanafi mula dabik dada.

Mereka mula mengangkut barang masing-masing. Encik Hisyam Hanafi segera ke kaunter untuk check in.

Selesai urusan di kaunter, mereka segera menuju ke tempat yang ditetapkan oleh pihak resort.

Lengkap dengan ruang tamu, dapur, bilik tidur dan bilik air. Juga terdapat balkoni yang boleh melihat alam sekeliling.

Nia yang amat teruja bergerak ke balkoni resort tersebut.

"Ya Allah, indahnya ciptaan-Mu!" luah Nia sambil menghirup udara segar. Balkoni yang menonjolkan pemandangan alam sekitar yang cantik, pokok-pokok besar yang kehijauan, dan lautan yang luas di hadapan resort mereka. Maklumlah resort atas air.

"Abang tengok ni! Cantik kan pulau dia!" Nia yang teruja memanggil Nizam untuk turut serta melihat keindahan Ilahi.

Nia mula mengeluarkan kamera DSLR kesayanganya. Rugi jika tidak mengambil gambar pada pemandangan yang cantik ini.

Nia mula mengambil sudut yang terdapat di situ. Bermula di kehijauan pokok-pokok sehinggalah pulau yang terbentang luas di hadapan mereka.

Nia Sofea seorang yang cinta akan alam sekitar. Tidak kira lah lautan, daratan, hutan atau apa jua sekalipun. Yang penting dia amat suka akan kehijauan, pemandangan yang tenang dan damai, udara yang segar bebas dari segala asap yang mengandungi campuran kimia akibat perbuatan manusia.Seperti yang dia lalui sekarang di Berjaya Langkawi Resort.

Nia yang juga amat arif dan pakar dalam bidang photography, tidak melepaskan peluangnya untuk mengambil setiap pemandangan yang menarik untuk dijadikan koleksi hidupnya.

Kamera DSLR kesayangannya yang merupakan pemberian daripada ayahnya, menjadi teman baik Nia dimana saja Nia pergi. Nia memanfaatkan sehabis mungkin peluang yang ada.

Nia yang begitu teruja tidak lepas untuk mengambil gambar setiap pemandangan disitu. Sempat lagi dia mencandid gambar Nizam berlatarkan kehijauan dan pulau.

Dalam diam tingkah laku Nia diperhatikan oleh seseorang.

******************************

"Akhirnya sampai! Yuhuuuuu!" ujar Nasrullah keseronokan.

"Cantiknya ibu tempat ni." puji Qalisya pula.

"You are the best ayah. Resort terbaik!" Ziyad memberi tabik kepada Encik Ahmad Fauzi.

Encik Ahmad Fauzi dan Puan Mariam hanya menggeleng gembira melihat telatah anak-anaknya.

Tanpa berlengah masa, mereka terus masuk ke dalam Berjaya Langkawi Resort.

"Wah baik ah! Bilik air best, bilik besar, ruang tamu baik. Fuh paling penting WIFI free siot. Laju pulak tu." Nasrullah mula memuji resort tersebut.

Ziyad yang baru saja meletakkan barang-barangnya di dalam bilik, terus keluar untuk melihat yang lain pula.

Balkoni yang besar itu agak menarik perhatian Ziyad. Ziyad menuju keluar ke balkoni tersebut.

Terbentanglah pulau yang luas dengan air yang bersih dan kehijauan yang terdapat di situ.

"MasyaAllah. Indahnya ciptaan-Mu." Ziyad tersenyum sendirian.

Sedang matanya khusyuk melihat keindahan pemandangan yang nyata, pandangan Ziyad tertumpu pada satu sudut dimana manusia itu juga sedang berdiri dimana seperti Ziyad sedang berdiri, iaitu di luar balkoni resort.

"Macam kenal lah? Siapa eh?" monolog Ziyad cuba mengingati manusia itu.

"Nia!" Dan akhirnya. Ziyad mula mengingati manusia tersebut.

"Siapa laki sebelah dia tu? Macam mana dia boleh ada dekat sini? Aih peliknya. Mungkin laki tu abang dia. Akrab je." teka Ziyad cuba menyedapkan hati sendiri.

Cantiknya kau Nia. Untung siapa dapat kau. Haha dah lah comel. omel Ziyad dalam hati.

Ziyad yang sedang ralit memerhatikan Nia, dikejutkan dengan Nasrullah yang menyergahnya.

"Hoi along! Tengok apa?!" jerkah Nas.

"Kau ni. Eeii takde apa lah. Haa nak apa?" Ziyad cuba selindung supaya tidak diketahui Nasrullah.

"Yela tu. Ni ayah suruh siap. Nak keluar kejap lagi. Pegi makan wuhuuuu!" ujar Nasrullah. Eh eh apahal budak ni excited noh?

"Yelah. Kejap lagi along siap." tutur Ziyad mendatar yang masih risau jika Nasrullah tahu apa yang sedang dilihatnya. Pasti mulutnya becok mengadu kepada ayahnya!

Ziyad masuk semula ke dalam biliknya untuk bersiap. Ala lelaki siap sekejap aja. Eh? Awak pasti Ziyad siap sekejap? Haha we will see ya?

**

Stay vote and comment. Thanyou :)

Minah BrutalRead this story for FREE!