Bab 6

3.1K 150 0

Nia seperti kepanasan apabila sampai di kantin. Mukanya yang kemerah-merahan menghairankan Syafira.

" Nia. Kau kenapa? Macam nangis je? " tanya Syafira hairan.

" Muka aku nampak macam nangis ke Fira. " ujar Nia yang masih termengah-mengah.

" Dahtu awat muka kau merah-merah? "

Eeii minah ni banyak tanya betul.

" Ahh. Err takde pe lah. Panas. Cuaca kan panas. " Nia berbohong.

" Haa dah siap ke kerja kau? Cepatnya turun. Rasanya baru 5 minit aku turun ni. " tanya Syafira lagi.

" Belum lah. Haih. " rungut Nia geram. Ni semua sebab mamat tak guna tu. Kalau tak aku dah siapkan kerja tu sampai habis tadi. Grr!

" Lah tadi beria noh buat kerja. Ingatkan dah siap. " ujar Syafira. Eh minah ni tak reti berhenti cakap ke?

" Haih kau ni diam bole tak. Makan je lah pokpekpokpek. Makan pun membebel. " getus Nia.

" Eh Nia. Bila kau turun? Ala kacau ah Nia ni, baru nak date dengan Fira. " tegur Farhan yang secara tiba-tiba datang.

Nia yang malas hendak melayan hanya membalas pertanyaan Farhan dengan muka jerk!

Nia yang sedang mengelamun tiba-tiba ditegur oleh Qazif.

" Nia. You belum makan ke? I ingat you turun dah makan. " ujar Qazif.

Duh pe lah mamat ni semak buat kat sini! Haih!

Nia hanya membatukan diri.

Syafira yang sedang berbual dengan Farhan terdiam dan melihat ke arah Nia.

" Nia. Helo, I'm talking to you. "

" Fira. Aku bla dulu lah nanti cari aku kat tempat biasa eh. Bye. " ujar Nia lantas meninggalkan mereka yang terpinga-pinga.

Nia yang baru saja ingin berlalu pergi, lengannya direntap oleh Qazif.

" Nia! " panggil Qazif sambil memegang lengan Nia.

Nia yang terkejut dengan tindakan Qazif menjadi berang.

" Eh Qazif! Kau jangan suka hati kau nak sentuh aku eh! Kau kacau hidup aku kenapa haa!? " marah Nia yang hilang sabar.

Semua yang ada di kantin terkejut dengan situasi tersebut. Ziyad yang ada di situ juga hanya terdiam memerhati.

" kan cakap dengan you. Kenapa you tak layan? "

" Aku nak layan ke tak ke suka hati aku lah! Yang kau suka hati kau nak sentuh aku pahal! Kau jangan sesekali cari pasal dengan aku Irfan. Kau tau tak kau orang paling aku benci dalam dunia ni! " ujar Nia kemudian berlalu pergi. Nia sedaya upaya menahan air mata yang bertakung.

Qazif Irfan hanya terdiam.

Nia. I sayang you. Sampai hati you bencikan I.

Padan muka kau Qazif! Dulu kau permainkan perasaan Nia. Takde guna kau nak menyesal!

******************************

Nia sampai di rumah kemudian terus menuju ke biliknya. Kejadian rehat tadi sungguh meremukkan hatinya.

" Kenapa lah aku maki dia macamtu. " ujar Nia kesal.

" Ah lantak dia lah! Dia yang kacau aku! Tak sedar diri lagi dengan apa dia buat kat aku dulu. Lepastu nak tagih simpati aku. Memang tak ah! " rungut Nia geram.

Selepas kejadian Nia memarahi Qazif di kantin, dia terus menuju ke tandas. Dia melepaskan segala marahnya disitu beserta air matanya yang  ditahannya.

Nia mengaku memang dia membencikan Qazif. Tapi sayang terhadap lelaki itu masih belum hilang sepenuhnya dan Nia berusaha untuk menghilangkan perasaan itu jauh dari hatinya. Nia berkeras untuk tidak mencintai mana-mana lelaki mahupun mempercayainya.
Ia itu tekad Nia Sofea.

Minah BrutalRead this story for FREE!