Bab 14

2.8K 143 0

"Fuyoo along kena usha ah! 'Awak. Kawan saya sorang tu nak ambil gambar dengan awak. Boleh tak? Eh takpe lah,ayah saya panggil.' Hahahaha!" Sakat Nasrullah sambil mengajuk semula apa yang dilihat sebentar tadi. Bukan setakat mengajuk, dengan lenggang lengguk gaya bahasa semua dia ajuk!

Nasrullah yang ketawa seperti setan kuntilanak itu ditumbuk oleh Ziyad.

"Hahaha aduh sakit lah along hahahaha!" Adu Nasrullah dalam masa yang sama masih ketawa. Apa entah yang geli hati sangat haha.

Eeii budak ni dah kena tumbuk pun ketawa lagi. Gila! Omel Ziyad sendirian.

"Dah lah angah. Tak lawak okay?!" Ziyad yang bengang mula bersuara.

"Haha lawak lah. Kenapa along tolak? Kesian tau perempuan tadi tu. Muka dia mencuka je macam ni." Nasrullah mempamerkan pula reaksi muka perempuan itu tadi.

Tergelak Ziyad melihat muka yang dipamerkan Nasrullah. Buruk sungguh kalah beruk dekat hutan simpan kekal!

"Haha tu bukan muka dia. Tu muka kau ngah! Haha sesuai lah pulak along tengok hahahahaha!" Ziyad mula ketawa jahat memulangkan paku buah keras. Haa amek kau rasakan!

"Kurang asam! Hish. Betul lah muka dia macam tu tadi. Tapi, kenapa along tolak dia nak selfie dengan along tadi? Lawa tu along." Betah Nasrullah yang kehairanan. Sempat lagi memuji.

"Buat apa? Takde kerja lah. Dah lah tak kenal. Lepas tu minta selfie dengan orang? Nonsense." Ziyad meluahkan rasa tidak puas hatinya.

Baginya rimas melihat perempuan atau lelaki yang mula menggedik atau cuba meng'usha' orang yang tidak dikenali. Seperti tiada adab pula. Walhal sepatutnya mereka mempunyai perasaan malu dalam diri, malu itu juga merupakan sebahagian daripada iman mengikut Islam. Tak gitu?

"Ala kalau angah lah kan, angah terima je perempuan tu nak selfie tadi." Ujar Nasrullah agak poyo.

"Tu kalau kau. Bukan along!" Jelas Ziyad dengan pendiriannya! Wow. Ziyad is special and different!

Mereka yang sibuk berbual tentang hal tadi, kini sampai di tempat dimana Nizam Shah sedang duduk. Ziyad dan Nasrullah duduk bersebelahan dengan Nizam Shah.

"Pergi mana tadi?" Nizam mulakan bicara.

"Jalan-jalan je dekat sana." Ujar Ziyad pendek.

"Lepas tu ada orang usha along." Kini Nasrullah pula bersuara. Cari pasal budak ni.

"Hish diam lah!" Marah Ziyad. Alolo comelnya blushing haha!

"Haha. Kena usha? Wow. Ala relax lah. Kau handsome apa? Memang patut lah orang usha." Jika tadi Nizam memuji Ziyad di hadapan Nia, kini Nizam memuji face to face dengan empunya diri.

"Ala tak lah. Abang pun handsome jugak." Ziyad mula merendah diri. Eh eh? Puji orang balik pula.

"Aku memang lah handsome." Nizam berlagak sendiri.

"Haha tak ada lah. Gurau je. Eh nama kau siapa eh?" Ujar Nizam yang ingin tahu nama dua makhluk ini.

"Ziyad." Tutur Ziyad sepatah.

"Mak ayah kau memang bagi nama kau pendek tu je ke?" Nizam mula dengan soalan bangangnya! Duh Nizam.

"Err haha abang ni buat lawak lah. Mesti lah tak. Haha nama saya Muhammad Fakhrullah Ziyad. Panggil Ziyad je." Ujar Ziyad panjang lebar.

Pandai juga dia ni buat lawak. Haha like sister like brother! Eh? Sukati I lah nak buat perumpamaan sendiri.Haha! Desis Ziyad.

"Oh. Sedap nama. Yang sebelah tu pulak? Adik kau ke? Nama dia sape?" Nizam bertanya lagi.

Minah BrutalRead this story for FREE!