Bab 31

1K 31 1

"Apa bagusnya Nia ni? Aku tengok biasa je sampai Qazif macam orang gila bagai." Nurin berkata demikian semasa dia sedang stalk akaun Instagram Nia.

"Weh jom keluar nak?" tegur rakannya Aina.

"Pergi mana weh? Malas lah." Ujar Nurin menunjukkan muka malasnya.

"Tengok wayang jom lah weh. Aku bosan ni." Aina tidak putus untuk memujuk rakannya.

"Nurin jom lah. Aku belanja kau. Please weh aku tak ada partner ni."

"Haih bising lah kau ni. Yelah yelah aku teman. Tapi tak payah belanja bagai. Aku ada duit sendiri." Bidas Nurin.

Sebenarnya Nurin ni tak ada lah kejam macam korang sangka. Dalam erti kawan mungkin ya. Tapi percintaan, perangai dia lain sikit haha.

************************************

"Hoi. Mengelamun je. Ingat kat siapa tu? Nia ke?!" jerkah Nas.

"Kau ni aku tumbok kang. Mana ada hish." Ziyad menafikan apa yang diujar oleh Nas.

"Eleh. Dah teringat tu mengaku je lah. Tak baik pendam. Kalau dah sayang, cepat lah bertindak sebelum kena kebas."

"Apa kau merepek ni ngah?" marah Ziyad.

"jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang"

Usikan adiknya membuatkan hati Ziyad terhibur. Haha ada jelah angah ni.

Tiba tiba Ziyad teringatkan Nia. Macam mana lah gadis itu sekarang.

************************************

Mereka berdua berjalan menuju ke destinasi mereka. Dalam masa 15 minit lagi cerita yang mereka ingin tonton akan mula.

Nasrullah terlanggar seorang perempuan yang berjalan ke arahnya. Popcorn yang jatuh itu segera dikutip.

"sory sory. Saya tak sengaja."

"Weh. Popcorn akuuuu! Awak ni jalan macam mana tak pakai mata ke?" marah Aina. Walhal yang berlanggar dengan Nas ialah Nurin.

"Eh dah lah. Aku yang salah." ujar Nurin pada Aina, matanya melirik kepada manusia di sebelah Nasrullah.

Ziyad yang terpandang seakan mengalihkan pandangannya. Dia tidak selesa dengan renungan itu. Dengan segera dia menarik Nas beredar dengan pantas.

Nasrullah yang terpinga-pinga menurut sahaja.

"Sombong betul lah perempuan tu. Aku dah mintak maaf kot. Kerek betul. Dah tentu kawan dia yang jalan tak tengok orang. Bongok." bebel Nas seorang diri.

"Dah lah. Tak payah bising. Biar je." tegur Ziyad yang tidak suka mendengar adiknya membebel ketika ini.

Dia terfikirkan perempuan yang merenungnya tadi. Entah kenapa perempuan itu memandang Ziyad begitu. Tak senang hati Ziyad. Tapi cepat-cepat dia melupakan hal itu.

"Mungkin perempuan tu ingat muka aku macam artis fav dia kot sebab tu tengok aku macam tu." desis hati Ziyad. Perasan pulak.

Minah BrutalRead this story for FREE!