Eceh minah ni. Pesan kat diri sendiri ke kat aku ni? Haha padahal dia yang berjam berjanggut aku tunggu. Hm nasib baik sayang kau Fira.

Memandangkan masa ada lah lagi satu jam lebih lebih, aku mengambil masa untuk siap lebih awal.

******************************

Aku sampai di tempat biasa seperti yang dirancang pada pukul 5.10 petang. Biasalah ambil masa berjalan nak ke sini. Ceh!

Hmm manalah Fira ni. Tadi kata jangan lambat.

Aku duduk di atas bangku yang disediakan di taman.

" Nia! " sergah Syafira.

" Eeii aku tumbuk kang terkejutkan orang je dah lah lambat. " marahku.

" Ala sory lah beb. " ujar Syafira membuat muka comel.

" Kau ingat comel ke bla ah. Haha. Poyo betul minah ni. " ujarku.

" Hello bro whats up! "

" Lah. Mamat ni pun ada sekali? " tanyaku.

" Yela. Aku nak jugak date dengan Fira. " omel Farhan.

" Tak lah. Dia ni hah sibuk je nak ikut. " ujar Syafira.

" Ala whatever lah. Ni ajak aku lepak ada apa? " tanyaku lagi.

" Saja je. Lah macam tak biasa lepak dengan aku. Dah tak nak lepak dengan aku ke Nia? " Syafira membuat muka comelnya lagi.

" Alamak minah ni gurau pun nak sentap. Haha aku lempang kang. " omelku

" Yela. Jom main penny! Dah lama tak main kan? Rindu ni. " ujar Syafira riang.

" Ye ye. Eh ni kau ajak aku je ke? Mana Mai dengan Ika? " tanyaku hairan.

" Dah ajak dah. Ika mak dia tak bagi keluar. Mai pula senggugut malas nak keluar. Ala kau faham kan dia senggugut macam mana? " terang Syafira panjang lebar.

" Oh faham. Em jom lah. Eh Farhan. Kau pun bawak skate jugak? " tanyaku kepada Farhan.

" Yela. Habis tu nak aku putih mata tengok korang main penny? No way woman! Aku pun nak tunjuk skill-skill aku main skate! " ujar Farhan poyo.

FYI, Farhan ni memang budak skate. Boleh dikatakan dia ni famous jugak lah dikalangan budak-budak skate. Ramai yang kenal dia. And actualy, membe kesayangan aku ni mula berkecimpung dengan penny pun daripada Farhan lah. Nak dikata sweet tak, apakan daya mereka hanya sekadar kawan!

End of Nia POV

******************************

Sedang Nia, Syafira dan Farhan sibuk bermain penny dan skate. Tiba-tiba Nia ternampak satu makhluk yang amat dikenalinya.

Makhluk tersebut sedang membawa moto dan, whatttt?!

Di belakangnya ada seorang perempuan.

Kau duduk diam-diam perempuan. Haa. Kau jangan sentuh. Kau sentuh siap! - monolog Nia.

Nia yang sedang memerhatikan makhluk tersebut, berhenti bermain penny dan terus memerhatikan makhluk itu.

Oh. Duduk dekat taman,date eh! Siap kau!

Nia segera ke taman permain kanak-kanak dimana dua makhluk itu berada.

Aha! Aku tahu nak buat apa! Haha habislah kau!

Nia datang ke arah mereka berdua dan memeluk lengan lelaki itu.

"Hai sayang. You buat apa sini? Ni siapa? Adik you eh? Cantik lah." ujar Nia berlakon.

"Hah. Eh? Hah Nia. Nia buat apa sini?" Tanya Nizam malu.

"Sayang. Ala you ni malu-malu pulak tukar panggilan. Jangan lah malu adik you mesti tak kisah pun kan?" Nia terus memainkan lakonannya yang tak dirancang. Haha kejamnya Nia!

Nia makin mengeratkan pelukannya pada Nizam.

Haih nasib halal disentuh tau kalau tak memang tak jadi lakonan aku! Tak guna betul laki ni! Siap kau abang! - monolog Nia geram.

"Nizam! Apa ni? Ni siapa? Awak kata awak tak ada perempuan lain? Awak kata awak baru kenal saya? Awak ni penipu lah Nizam penipu!" Marah perempuan yang bersama Nizam sejak dari tadi. Uish! Menjadi lakonan ni!

"Hana! Tak, tak bukan ni bukan awek saya ke apa bukan lah." ujar Nizam cuba memberitahu hal sebenar.

"Apa? Apa yang tak? Awak ni memang tak guna kan?! Dasar laki tak guna!" Amarah perempuan yang dipanggil Hana oleh Nizam tadi semakin meninggi, sampai dipukulnya lengan Nizam.

"Awak. Awak sakit lah! Stop Hana please!" Adu Nizam.

Waduhh gawat nih! Kok bisa gini sih? Ganas sekali ini cewek, mampus abang aku! - monolog Nia dalam hati yang sedang gelisah. Keluar terus bahasa Indon!

"Awak jangan cari saya lagi! Bye!" ujar Hana terus meninggalkan Nia dan Nizam.

Nia yang kaku kerana takut dimarahi Nizam, perlahan-lahan meninggalkan Nizam dan ingin menuju ke arah Syafira dan Farhan.

Belum sempat Nia melangkah, Nizam menarik Nia.

" Adik! What have you done?!" Marah Nizam.

Uish macam monster abang ni! Gulp ~

"A..Apa? I don't understand."

Habis lah kau Nia!

"Jom balik!" Nizam yang masih marah menarik tangan adiknya untuk balik.

"Nia nak main penny lah abang. Ah..ah nanti Nia balik sendiri okay." ujar Nia dan ingin beredar.

"No! You own me explanation!" Nizam terus menarik Nia naik ke atas motor dan menuju ke rumahnya.

" Guys aku balik dulu! See you tomorrow bye! ujar Nia sambil melambai ke arah Syafira dan Farhan yang masih tidak memahami apa yang berlaku.

Mati lah aku balik ni mati lah!

————————————————

Hai guys! Sory sebab dah lama tak update. Ni pun curi masa nak update. Dah lama tak update idea yang bernas semua tu pun dah hilang dah. Sob sob . Btw thanks ya siapa yang sudi tunggu next chapter Minah Brutal :) Love you more readers :)) jangan lupa vote and comment!

Minah BrutalWhere stories live. Discover now