38. TRAGEDI 14 TAHUN LALU part.1

36 6 5
                                    


Ruang Ujian Klinikal Zon S, Unit 1
Khai duduk di atas kerusi klinikal, tubuh atasnya tidak berbaju hanya berseluar askar sahaja di tubuhnya. Tubuhnya penuh dengan wayar tertampal sana sini, di sebelahnya terdapat 2 beg cecair yang tidak dikenalpasti dan ia bersambung ke tangan kanan dan kirinya. 3 jenis Monitor yang berbeza tujuannya ia berada tidak jauh darinya dan di pantau oleh 2 orang perempuan yang berjumpa dengan Heiriz tadi iaitu Suci dan Dianie serta beberapa orang lagi saintis yang berada di dalam bilk itu. Dia catat bacaan monitor ke dalam rekod. Manakala Ersyad perhatikan proses ujian di jalankan dari luar bilik melalui tingkap berkaca.

Seorang doktor perempuan masuk ke dalam bilik itu di ikuti dengan seorang lagi Senior I lelaki. Ersyad beredar dari situ memandangkan dia tak terlibat dalam projek itu dia cuma nak tahu perkembangan pesakitnya sahaja. Doktor itu baca report yang di beri. Doktor itu cadangkan tambahkan lagi dos MHvirus ke dalam Khai, nampaknya walaupun kadar MHvirus dalam Khai 79%, tiada tanda tanda Khai hilang kawalan itu amat mengagumkan, Genetik Dominan memang hebat.

Doktor, "Tiada tanda tanda perubahan ketara. Kita tunggu 1 jam sehingga kadarnya cecah 83%, kita lihat keadaannya samaada masih waras atau tak. Kemudian uji dengan zombi level 1, kita tengok dia boleh control zombi atau tak."

Doktor itu mendekati Khai, Khai dapat rasa ada orang mendekatinya lalu dia buka mata pandang doktor.

"Macam mana keadaan awak? Ada rasa berbeza?"

Khai geleng, "Rasa biasa."

"Tapi suhu awak semakin menurun. Awak betul tak rasa pape?"

Khai geleng.

"Kalau rasa tak ok, bagitau. Kami takkan paksa awak."

Khai, "Saya ok. Dok, jangan rasa serba salah. Saya yang setuju jadi makmal tikus. Saya ikut je arahan awak."

Doktor tu angguk, dia melepaskan keluhan berat. "Oklah. Baguslah kalau awak ok."

Sebelum doktor tu keluar dia sempat memberi arahan kepada saintis di situ berhati hati ketika menambahkan dos ke dalam Khai. Senior I di tinggalkan untuk pantau kerja saintis di situ. Suci terlanggar wayar Defibrilator yang bersambung di dada Khai, Suci ambil wayar itu untuk tampal semula ke dada Khai. mata Suci terpegun melihat dada tegap Khai, ada sedikit bulu halus garis panjang di antara dua dada tegap itu. Mukanya merah padam, tangannya perlahan lahan ingin menyentuh dada tegap itu. Belum sempat dia nak sentuh dada itu, pergelangan tangannya di rentap. Suci terkejut lalu dia angkat muka, mata Khai terbuka pandang dia.

Khai, "Nak buat apa?"

Muka Suci merah padam, "Tak tak de pape. Saya cuma nak pasang ni je."

Khai lepaskan tangan Suci lalu dia pejam mata semula, Suci jeling pandang kawannya Dianie. Kawan dia bagi thumb up, Suci tersipu malu sambil memegang pergelangan tangannya yang di pegang oleh Khai tadi, dia segera sambungkan balik pelekat wayar ke dada Khai.

Selepas peristiwa di bilik Wave Brain Transmitte, Heiriz jatuh pengsan dan dia di kejarkan ke hospital dan di sahkan Heiriz ada masalah tekanan emosi tiada masalah apa apa melibatkan kecederaan otak. Heiriz di rehatkan beberapa hari, maka makmal peribadi itu kosong buat beberapa hari membuatkan saintis di Makmal Zon S (Unit 2) hairan mana perginya Heiriz sehinggalah Supervisor cakap Heiriz masuk hospital. Pakar Almida nasihatkan Heiriz berehat dari menggunakan CWBT untuk 3 minggu sehingga emosinya kembali stabil sepenuhnya.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang