Prolog

472 11 0
                                    

Tahun 2057, dunia di gemparkan dengan serangan virus yang berbahaya. Bahan uji kaji milik negara Z yang merupakan pembawa virus terlepas, siapa sangka virus itu memberi impak malapetaka hampir seluruh dunia. Virus bukan sahaja membunuh malah menukarkan organisma kepada pemakan daging, yang hidup perlahan-lahan bertukar menjadi pemakan daging, yang mati dalam sekelip mata bertukar kepada pemakan daging, mereka di gelar zombi atau mayat hidup.

Punca kewujudan virus itu masih tidak di ketahui siapa dalangnya samaada ada yang sengaja merancangnya atau bahan uji kaji yang terlepas. Negara Z yang berhubung dengan tanah negara lain di sekat setelah berlakunya eksiden beberapa bulan kemudian. Kerana lambat tindakkan pihak kerajaan dan pihak ketenteraan,  beberapa buah negara di sempadan negara Z turut tumbang, yang hanya masih berdiri teguh beberapa buah negara kerana jauh dari negara Z. Tapi itu tidak bermaksud mereka akan kekal selamat maka negara-negara yang terselamat memulakan operasi membina pengkalan keselamatan dengan benteng yang kukuh serta bersenjata yang canggih, sekatan dan kemasukan memeriksa setiap rakyat mereka sebelum membenarkan mereka masuk ke dalam pengakalan keselamatan.

Walaupun penularan virus mulai perlahan setelah beberapa buah negara melakukan sekatan operasi menyelamat serta pemeriksaan yang di jalankan, negara-negara tersebut berganding bahu untuk melakukan operasi menyelamat di negara Z dan negara sempadan kerana mereka akan bom negara tersebut agar virus tidak menular ke tempat lain.

Tahun 2059, Kajian penyelidikan mendapati virus boleh masuk melalui darah, luka yang di hasilkan oleh mayat hidup, cecair mayat hidup masuk ke dalam rongga terbuka serta di gigit. Ia juga bergantung pada sistem imun dalam badan manusia. Berdasarkan kajian mereka, tahap imunisasi wanita lebih tinggi daripada lelaki, tahap imunisasi berbeza setiap individu, imun yang tinggi akan sekat virus dalam badan, virus  itu terikat pada sel dan menukar mereka kepada manusia super yang memiliki kekuatan fizik 3 kali ganda lebih tinggi dari manusia normal.

Tahap imunisasi ade 3 tahap, manusia tahap tinggi sangat sedikit hanya 3%. Tahap imunisasi sederhana 30% dan merupakan golongan yang boleh bertarung dengan virus antara 50-50 bergantung nasib, jika gagal mereka akan bertukar secara perlahan dan makan beberapa hari. Jika terselamat virus akan terikat pada sel dan kekalkan imunasasi lebih tinggi, apa-apa virus tidak akan memberi kesan kepada mereka.

Manakala  tahap rendah yang paling ramai, ada di antara mereka yang berjaya melawan virus dalam badan dan memakan berhari-hari serta berminggu bergantung pada nasib,  tetapi wajah mereka akan berubah menjadi sangat buruk atau pun biasa-biasa sahaja  jika mereka manusia kacak atau cantik. Tetapi itu tidak akan mengekalkan merekan imun sentiasa, mereka mudah terdedah kepada virus jika berlaku jangkitan sekali lagi. Wanita adalah paling ramai dalam golongan imunisasi tahap rendah.

Tahap paling rendah antara paling ramai dan mudah terdedah pada jangkitan dan lebih pantas. Tiada terselamat jika terdedah kepada jangkitan, serta merta bertukar kepada mayat hidup. Golongan ini sukar di selamatkan. Lelaki adalah paling ramai dalam golongan tahap imunisasi ini.

Tahun 2066, penularan wabak jangkitan kembali aktif lebih pantas setelah beberapa yang terselamat di kalangan tahap imunisasi tinggi dan sederhana menjadi pembawa virus dan telah menjangkiti yang lain. Ada juga ada sisa sisa mayat hidup di negara Z dan negara sempadan yang gagal di musnahkan berjaya menerobos ke negara lain kerana sudah bermutasi ke tahap 3, lebih pantas dan tangkas dari tahap 1.

Tahun 2062, penemuan terbaharu dari makmal penyelidikan, iaitu Senjata Manusia. Senjata Manusia generasi 1 di tubuhkan, mereka terdiri dari manusia imun tinggi yang terikat pada sel virus dan di ubahsuai menjadi bionik, masih banyak perkara yang perlu di perbaiki. banyak latihan, uji kaji dan pantauan dari Pusat Penyelidikan sehingga mereka benar bentar stabil dan bersedia untuk meneruskan peringkat seterusnya, iaitu mencipta Senjata Manusia Generasi 2.

Tahun 2067, beberapa buah negara yang di anggap selamat semakin goyah akhirnya lumpuh. Bandar yang masih terselamat adalah bandar-bandar yang telah di usahakan beberapa tahun yang lalu untuk menjadi benteng dan tempat perlindungan manusia dalam waktu kecemasan.

Tahun 2071, di mana manusia mula belajar perlahan-lahan keluar dari ambang malapetaka, memajukan diri, sisa-sisa manusia di selamatkan, belajar dan mengkaji untuk meneruskan hidup serta mengkaji vaksin dan senjata.

Badan Pertubuhan Kesihatan dan Kerajaan yang baru pulih telah mencipta berpuluh skuad tentera penyelamat dan barisan hadapan untuk menjalankan misi menyelamat dan bersihkan mayat hidup. Skuad tentera yang sering kirim ke misi ialah Skuad Elit iaitu Senjata Manusia yang telah di ubahsuai, dan penambaikan semakin dari tahun ke tahun. Skuad Elit semakin bertambah, Skuad Elit berpengalaman kurang dari 5 tahun masih di gelar budak hijau, untuk Skuad Elit berpengalaman lebih 5 tahun dan ke atas akan di gelar Veteran Skuad Elit.

Kini beratus bandar yang masih tegak megah berdiri sambil memiliki tembok hanya 10 meter serta pertahanan di hadapan demi keselamatan rakyat yang masih terselamat. Siapa sangka, berlakunya pengkhianatan di antara bandar-bandar yang terselamat serta jenayah khianat dan rasuah di dalam Sistem Ketenteraan dan Penyelidikan demi kepentingan diri.

Seorang Penyelidik Baru Genius nerd, Heiriz yang membesar didalam Pusat Asuhan Penyelidikan khas untuk anak-anak para saintis yang belum kenal erti dunia kehancuran. Titik gelap sejarahnya membuatkan dia sudah serik keluar berlari di luar kawasan Asuhan Pusat Penyelidikan. Beberapa tahun kemudian, dia diseret secara paksa dari kehidupannya yang tenang, terpaksa menghadapi pelbagai pembunuh dan zombi, sentiasa perlu mempertaruhkan nyawanya di ambang kematian, dan akhirnya menjadi penyelidik maju yang diiktiraf oleh semua orang. Dan sepanjang pengembaraannya, dia bertemu dengan mesin pembunuh yang memikat hatinya.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Where stories live. Discover now