48. TATU

23 6 3
                                    

⚠️⚠️warning⚠️⚠️

Negara Z, Kota Nil, Hexagon Waterpark

8 malam. Perjalanan ke Negara Z memakan masa 10 jam. Pesawat itu menghampiri tapak taman tema air terbesar yang dah usang dan banyak kerosakan akibat terkesan dari letupan. Heiriz lihat suasana di luar, pesawat itu masuk ke dalam ruang bawah istana terbesar iaitu permainan untuk kanak kanak. Saat pesawat itu masuk ke bawah istana taman tema, di permukaan lantai itu turun seolah olah membuka laluan ke ruang tanah maka pesawat itu sejurus masuk ke dalam. Mata Heiriz terbeliak lebar, ruang bawah tanah itu sungguh luas rasa macam bukan realiti, betul ke ini bukan mimpi? Suasana dalam itu, seolah olah bukan bawah tanah. Pulau terapung mini sana sini dengan air terjun mengalir ke arah sungai di bawah, boleh di lihat ada satu magnet warna silver yang besar menempel pada permukaan bawah itu bermungkinan magnet itu yang apungkan pulau mini tersebut. Pelangi kelihatan di sana sini, sangat menakjubkan! Bangunan bertingkat tingkat mencakar ke siling, siling pula terdapat berjuta projektor memancarkan suasana langit, boleh terlihat beberapa bulan di situ terasa macam berada di planet lain sangat sangat realistik!

Kereta terbang yang dah lama manusia impikan, terapung di udara sana sini begitu juga kenderaan lain kecuali muatan berat masih lagi menggunakan jalan bawah. Senang kata, ciri ciri bandar ini lebih kepada feuturistik! Malah matahari tiruan juga terletak elok di tengah tengah bandar buatan. Bungaan yang dah lama tak wujud mekar di dalamnya, pokok tumbuhan daunnya warna hijau yang cantik tak suram. Burung berterbangan berkumpulan sambil menyanyi. Pari pari yang comel berterbangan sana sini. Heiriz rasa dia bermimpi, bandar buatan!! Bandar idaman manusia yang mengimpikan dunia fantasi! Heiriz, JS, Josh turun dari pesawat dan melihat bandar itu. Mulut Heiriz ternganga luas berasa menakjubkan.

JS, "Bandar Fantasi. 100 tahun yang lalu, para saintis ada melakukan projek bandar fantasi, ramai para saintis, engineer berkerjasama untuk merialisasikan impian mereka mencipta bandar buatan, bandar idaman yang selalu di impikan seolah olah berada di dunia fantasi. Lebih 10 tahun mereka usaha tapi usaha mereka sia sia, setelah siap semuanya projek ini terpaksa di hentikan "

Heiriz pandang JS dengan berkerut kening, dia sebenarnya tak nak bercakap dengan JS mahupun Josh tapi memandangkan dia berminat sangat nak tahu pasal Bandar Fantasi.

Heiriz, "Kenapa?"

JS, "Ada orang dah bocorkan projek mereka dan jual maklumat itu ke orang luar dan orang berpusu pusu untuk cipta bandar fantasi mereka pula selepas itu, berlakunya pembelotan maka projek itu gagal. Sedangkan bandar ni, hampir siap sepenuhnya cuma perlukan di hidupkan je. Sekarang, Neutis temui bandar yang di cari carikan selama ini, kami dah temui bandar ni 7 tahun lepas."

Heiriz bagaikan tak percaya, mereka temuinya dah lama.

"Tapi di sebabkan Projek ni dah lama terbengkalai jadi kami usahakan balik sikit demi sedikit dan..jadilah ini. Bandar ni, baru di buka 3 bulan yang lepas. Bandar buatan yang tahan lasak dari ancaman luar, benteng yang kukuh, tahan lasak dari bencana alam."

Heiriz sindir, "Kau siapa pula nak menidakkan kuasa Tuhan."

JS hanya senyum je, "Siapa pula yang bawa malapetaka kat dunia ni?"

Wajah Heiriz terus suram, lepas tu dia tak nak bercakap dengan JS lagi. Kereta hitam terapung, elegen dan nampak mewah mendarat di hadapan mereka. Heiriz tak ada mod nak kagum dengan kereta terapung tu. JS buka pintu dan pelawa Heiriz masuk, Heiriz pun masuk ke dalam, kemudian JS masuk ke dalam, Josh terkedek kedek nak masuk juga tapi JS dah tutup pintu, Josh tercengang kat situ.

JS turunkan tingkap dan senyum pada Josh, "Cari kereta lain."

Lalu tingkap itu di naikkan lantas kereta itu terbang ke udara. Josh genggam kedua dua tangannya berasa marah, sakit hati, geram, benci, semua ada. Dia hanya mampu melihat kereta itu meninggalkannya sendiri. Heiriz mengeras macam patung, dia sangat berasa tidak selesa, terasa macam nyawa dan badan terpisah naik kereta terbang. JS tergelak tengok reaksi Heiriz lalu dia tarik bahu Heiriz untuk di peluk tapi Heiriz segera melepaskan diri dari pegangan JS, JS hanya mampu menahan marah je lalu dia pun pandang ke luar tingkap.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Where stories live. Discover now