7. MESYUARAT

88 7 0
                                    

BANDAR XANER, KETENTERAAN SAYAP AV

Setelah di selamatkan dari Pusat Penyelidikan AZ, mereka di asingkan dan di kuarantin selama 2 minggu. Skuad Elit 1 yang alami kecederaan akan di asingkan untuk memastikan mereka tidak jadi pembawa virus ke dalam bandar mereka. manakala saintis yang terselamat di periksa jika terdapat cedera atau tidak, tetapi meraka tetap di asingkan bersama dengan Skuad Elit 1 yang bersih tiada cedera, di khuatiri cecair zombie termasuk ke dalam rongga tubuh.

4 saintis yang baru kali pertama melihat dunia luar berasa teruja, ada yang merasakan mungkin sudah takdir tempat tinggal mereka tewas mungkin bertujuan membebaskan mereka dari terperuk di tempat itu dari kecil sehingga besar. yang terselamat akan menunggu doktor datang untuk ambil air liur dan cecair dalam hidung untuk di buat saringan untuk mengenalpasti kejala jangkitan virus.

Mereka kuarantin di dalam penjara, di kelilingi askar yang sentiasa memerhatikan 24 jam. Doktor perempuan bersama 3 pembantu 2 lelaki dan 1 perempuan hadir di hadapan pintu jail sambil melihat mangsa yang terselamat.

Yaya, "Saya Doktor Yaya, saya doktor yang akan ambil sampel air liur dan cecair hidung. Tolong beri kerjasama."

Doktor Yaya senyum, Heiriz dan yang tidak cedera tidak memberi apa apa reaksi. Pintu pun di buka, Doktor Yaya melangkah masuk ke dalam lalu berdiri di depan Heiriz, sebab dia yang paling dekat dengan dia. Air liur dan cecair hidung di ambil, yang lain turun di ambil secara bergilir. Yang bagusnya, mereka memberi kerjasama dengan begitu baik tanpa memberontak.

Sel yang lain pula, di mana yang tercedera, termasuk 2 saintis lelaki dan perempuan. Mereka tidak akan di ambil sampel di khuatiri mereka akan bertukar dalam jangka tempoh yang pendek dan akan menyerang orang lain. oh lupa di maklumkan, Setiap 1 sel kuarantin ada 6 katil, lelaki dan perempuan berada di sel berasingan. Yang tak cedera, Heiriz, Lee Sun dan saintis lelaki di sel 1. Yang cedera, Oscar, Khai, Jalal dan Yoshi iaitu merupakan salah seorang ahli Skuad Elit 1, mereka di sel 2. Yang cedera, Winnie, Erina, 2 saintis perempuan di sel 3. seorang saintis perempuan tidak cedera di sel 4.

mereka tidak tahu ingin buat apa di dalam sel selama 2 minggu. Adakah mereka hanya perlu bermundar mandir dan tidur sambil menggemukkan badan? Mereka di beri makanan yang cukup, hanya Heiriz kurang berselera untuk menjamah apa apa makanan walaupun itu adalah makanan kegemarannya. Dia terkenangnya Josh, pembantu makmalnya. Apa khabar Josh? Dia baik baik ke? Pembantu yang sentiasa mendengar arahan dan tekun tanpa membantah sedikit pun, setia berada di sisi saat melakukan sebuah penyelidikan tanpa mengeluh dan kenal erti penat.

Winnie, "tak pelik ke kenapa kita yang di serang tapi pesawat menyelamat yang lain tak di serang? Lagi lagi pesawat Bond majority Gred S dan A dan kebanyakan dari mereka adalah orang penting. Tapi kenapa tak serang mereka? tetapi kita? Yakin pula tu siap pergi tembak  di mana letaknya posisi radio kita. Tak pelik ke?"

Khai bersandar ke dinding di atas katil aras bawah, sambil dia mengusap dagu yang tidak berjanggut itu, seolah olah dia sedang proses apa yang Winnie katakan tadi.

Lee Sun, "betul, aku pun rasa hairan. Orang takkan menyerang secara tiba-tiba kalau diorang tak target sesuatu. Mesti ada sesuatu yang mereka cuba hapuskan, berkemungkinan target itu memberi manfaat kepada umat manusia?"

Erina, "Setuju. Macam yang kita baca dalam data. Tempat tu tersorok betul, sape je yang boleh kesan ada makmal penyelidikan yang sedang menjalankan projek sulit dan rahsia, betul tak? Lagi pun, semua saintis Gred S dan A, tak berapa jelas pun identity sebenar mereka. yang paling hairan sekali, belum pernah ada zombie sebanyak itu kat sana. Tak ke ada orang cuba sabotaj?"

Yoshi, "Tak pelik pun kalau ada pengkhianat dalam kalangan diorang tak pun penyamar yang dah lama bergaul dengan diorang sejak bertahun tahun dan mendedahkan maklumat dari dalam."

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα