39. TRAGEDI 14 TAHUN LALU part.2

38 6 0
                                    

Note : nak update cepat cepat sebab nak cepat habiskan cerita ni sebelum meleret jadi lain😄

Heiriz menyerang Jonathan, Jonathan terpaksa mengelak, serangan Heiriz lebih pantas hampir hampir dia gagal melindungi dirinya lalu di tendang bertubi tubi tak memberi Jonathan peluang untuk mempertahankan diri. Serangan Heiriz yang bertubi tubi tak henti telah mengheret mereka mendekati ke dinding berkaca tanpa sedar, boleh nampak dari luar. Tendangan terakhir yang padu dari Heiriz telah menyampakkan tubuh Jonathan ke dinding kaca sehingga berkecai dan tercampak ke bawah.

Dia berpusing, berjalan pantas mencari mangsa seterusnya. Dia dahagakan darah, sifat membunuh telah bergelojak dalam jiwanya. Dia nampak pengawal sedang berkawal di aras itu, dia nampak machine gun di tangan pengawal segera dia rampas senjata itu lalu dia bunuh pengawal itu dengan senjata. Bunyi tembakan itu telah menarik perhatian beberapa pengawal berdekatan lalu bertemu dengannya. Heiriz tanpa teragak agak dia tembak semua pengawal di depannya. Seorang pengawal berjaya tembak bahu Heiriz, Heiriz berhenti menembak lalu dia pandang peluru di dadanya. Dia korek peluru yang tenggelam di dadanya lalu dia lempar peluru itu dengan kadar sepantas kilat dengan tepat mengena ke dahi pengawal itu sehingga mati.

Dia bunuh siapa sahaja yang dia nampak di depan mata tak kira siapa. Dia ambil lagi satu machine gun di lantai, sekarang dia guna 2 machine gun di tangan. Dia terus mara tanpa jeling ke sana ke mari, apa yang ada di kepalanya ialah membunuh. Satu aras itu mengalir dengan darah tanpa henti, bunyi tembakan tak henti. Siren amaran dan lampu amaran menyala telah mengerahkan kesemua pengawal untuk mencari pembunuh tersebut tanpa mereka tahu pembunuhnya Heiriz, budak berusia 8 tahun.

Seramai 20 pengawal temui Heiriz, mereka baru sahaja menyaksikan pembunuhan pekerja beramai ramai di depan mata, mereka dah tahu siapa pembunuhnya.

"Budak!! Serah diri! Kalau tak kami tembak!!"

Salah seorang dari pengawal menghubungi seseorang, "Madam!! Tuan muda Aazliz bu..bunuh semua orang."

"Apa?!"

Heiriz tak takut langsung dengan ancaman itu, dia halakan 2 machine gun ke arah mereka. Mereka segera bersembunyi, mereka tahu Heiriz merupakan anak kepada Iris dan Evan sudah tentu mereka tak berani nak apa apakan budak tu. Tembakan peluru bertut! Tut! Tut! Tut! Tut! Tut! Tut! Tanpa henti.

"Tuan! Macam mana ni?"

"Tak de pilihan! Kita kena tembak dia!"

"Itu anak Doktor Iris dengan Chief Evan!"

"Jangan double standard! Kalau orang dah membahayakan nyawa orang dah membunuh ramai orang, kena pertahankan lagi ke?"

"Tapi tuan.."

"Dengar sini semua! Berkemungkinan dia kehabisan peluru, tembak dia! Itu bukan lagi manusia, itu raksasa yang dah bunuh ramai orang!"

Tembakan itu berhenti, mereka pun ambil kesempatan itu menembak Heiriz. Heiriz buang 2 machine gun di tangannya lalu dia sempat ambil selonggok pen yang bertaburan atas lantai lalu dia lompat ke udara mengelak tembakan ala ala gaya gimnastik. Dia lontar semua pen ke arah pengawal, desup! Tepat ke jantung, dahi dan mata, beberapa pengawal tumbang. Heiriz pecahkan tingkap lalu dia lompat ke bawah lobi yang tingginya 3 aras lalu dia mendarat ke bawah. Semua pengawal berlari mendekati tingkap pecah itu dan lihat Heiriz di bawah terkesima.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Where stories live. Discover now