46. LEMBAH HUANG LONG

21 5 4
                                    

*sorry kali ini agak lmbt sikit update. Ada beberapa chapter lagi bakal habis. Saya tengah buat buku baru hehehehe so jadi idea tu hilang skit. Selamat membaca☺️

Hutan Lembah Huang Long

Setelah berjaya meloloskan diri melebihi berkilo meter dan berhenti di luar kawasan hutan terbiar, barulah mereka semua melepaskan keluhan lega. Mereka bagaikan tak percaya mereka berjaya meloloskan diri malah Lauren pun tak sangka pasukannya masih hidup. Lauren tertanya tanya siapa yang bantu anak buahnya tadi. Dia keluar dari kenderaan lalu dia mendekati kereta perisai Skuad Elit 1. Dia berhenti di tepi pintu pemandu lalu dia ke mengetuk tingkap, tingkap pun di turunkan mempamerkan sekujur Erina yang comel, ayu dan cantik jelita sedang memandangnya. Lauren terpegun, kali pertama dia jumpa wanita berkulit sawo matang mempunyai rupa paras yang menawan cantik dan jelita. Mata yang bulat bersinar, keningnya teratur cantik, hidung sedikit mancung kecil comel, dagu tirus sempurna, pipi kelihatan apam gebu rasa macam nak cubit, bibirnya kecil comel macam nak di gigit, saiz tubuh yang agak kecil dan halus, ketinggian 155cm, sangat comel. Warna kulit itu tidak mampu menghapuskan kecantikan Erina. Tapi Lauren boleh tembak bahawa Erina juga senjata manusia sepertinya, hanya senjata manusia yang 3 kali berganda lebih cantik berbanding manusia biasa.

Antara Erina dan Heiriz, di hatinya rasa ingin memiliki kedua dua mereka, kecantikan mereka berdua tak boleh di bandingkan, sangat sempurna. Mata bulat Erina memandang Lauren dengan rasa tidak suka, tak tahu kenapa nalurinya membisik yang Lauren ni tak baik. Mata Erina bertukar arah ke Alex, Wu Xie, Grimm, Jake dan beberapa pasukan Alex yang baru sahaja berdiri di belakang Lauren. Erina tolak pintu lalu dia lompat ke bawah dan pandang semua orang, memang dia paling rendah dan sangat comel. Mereka sangat yakin Erina bukan berbangsa Cina.

Erina senyum, "Hai, I'm Erina, Erina Ku."

Lauren terhenti dari lamunan, dia segera hulur tangan ke Erina, "Hye! I'm Lauren! Thank you for helping us."

Erina angguk je dia tak pandang Lauren langsung mahupun berjabat tangan. Alex dan yang lain meniliti seragam santai dan pergerakan tegas Erina. Sebagai bekas anggota tentera sudah pasti mereka kenal pergerakan dan pakaian seorang askar di luar seperti mana.

Alex, "Who are you? Where are you from?"

Erina mendekati Alex lalu dia hulur tangan ingin berjabat, Alex yang masih dalam keadaan lemah perlahan berjabat tangan Erina, Erina tarik tangannya semula.

Erina, "I came from Yancheng City." Dia tunjuk skrin radar pada Alex, "My teammate is on its way here. We were separated and we had to go different paths. On my way here, I ran into swarm of scorpions and centipedes. I'm sorry to brought such disaster to you, how luck on our side this time, we didn't get any hurt." Dia tergelak kecil bersahaja.

Alex tergelak kecil, "we all fine anyway, we not put blame on you. I'm Alex. Jake, Wu Xie, Grimm, Kay and Momo and also all these people at behind me are my teammate, except that one." Dia maksudkan Lauren.

Pintu kenderaan itu di tolak, Huang Cheng turun, semua tertumpu pada Huang Cheng. Kali ini Lauren hampir keluar hingus darah, dia jumpa orang ketiga yang cantik pula. Mereka semua percaya yang Huang Cheng berbangsa Cina, tengok wajah dan rupa parasnya sudah cukup. Mata Erina liar mencari sesuatu, semua kenderaan tingkap di turunkan mempamerkan wajah penumpang di dalam hanya 1 je kenderaan yang masih tertutup tingkap, Erina dapat teka. Dengan wajah kosong, dia bergegas mendekati ke SUV milik Heiriz. Dia ketuk tingkap gelap yang tertutup rapat, wajah Erina terserlah di sebalik tingkap kaca dari luar. Heiriz merehatkan dahi ke stereng, dia enggan toleh ke Erina. Dalam hatinya, pilu, rindu nak je dia jerit sekuat kuatnya dan peluk Erina. Qianlu berasa takut tengok Erina dengan muka tanpa ekpresi terus mengetuk pintu tanpa henti. Semua orang berasa hairan kenapa Erina cari pasal dengan Heiriz. Pintu terus pberhenti di ketuk.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Where stories live. Discover now