14. MUTAN DAN ZOMBI

60 5 0
                                    

Dengusan nafas haiwan bergema di seluruh makmal, Heiriz dan Khai tergamam. Mereka toleh ke pintu masuk makmal Zon S-A , berdiri 4 ekor anjing zombi hitam, putih, kelabu, perang. 4 anjing menyalak kearah Khai dengan lendiran di celah celah bibir lantas mereka menyerang ke Khai, Khai segera melepaskan tembakan berkali kali sambil berlari mengelak serangan dari anjing yang lain. Heiriz bersembunyi di sebalik glob kaca, dia tahu dia takkan membantu malah membebankan.

Heiriz berkomunikasi melalui alat komunikasi di telinga, "Kapten! Biar saya cari Skuad Elit 2! saya yakin mereka berada di sini! Kapten ok sorang sorang, kan?"

"Pergi! Kau takkan banyak membantu kat sini!"

Lengan Khai di gigit, manakala lagi 3 cuba gigit Khai juga. Tanpa berfikir panjang, segera patahkan leher zombi anjing hingga terkulai tidak bergerak. Tak sangka rangka anjing zombi mudah di patahkan berbanding anjing mutan, cuma kulit mereka sukar di tembus. Khai tembak 2 lagi anjing, pada masa yang sama seekor datang menerpa dari belakang, Khai berpusing lalu tumbuk kepala anjing itu sehingga terpelanting ke kiri dan terlanggar kontena pada masa yang sama tapak kaki anjing tersentuh butang "Unlock" di skrin sentuh. Pintu gelangsar kontena terbuka.

Anjing tu cuba bangun, belum sempat nak bangun lehernya kena gigit dengan singa dari dalam kontena. Khai tergamam, hancur leher anjing si singa itu kerjakan, dia kunyah daging hamis itu lalu dia buang daging tu, mungkin tak sedap. Mata dan deria bau singa fokus pada Khai lalu mengaum, Khai tidak gentar malah dia berdiri tegak sambil mengacukan senapangnya, berdas das di lepaskan terkena tepat ke kepala dan badan singa, tapi tak mati pun malah terpecah kepada dua.

"Mutan ciptaan manusia lagi dasyat dari zombi."

Khai pandang meja besi dan kerusi besi di sebelah kiri dan kanannya. Ketika 2 singa sedang menyerang Khai, tangannya angkat kedua dua kerusi besi dan tampar 2 singa itu macam tampar nyamuk sampai penyek. Ingatkan dah selesai, eh hidup lagi rupanya boleh berpecah lagi pula tu, kali ni ada 4 ekor singa. Khai dah naik menyirap, 4 singa itu mengaum sekuat yang boleh.

Heiriz terhincut hincut mencari makmal spesimen. Kalau di sampel di label "Sample from Specimen", Heiriz yakin ia dari makmal Zon S-Specimen. Heiriz berhenti, dia berdiri di koridor yang suram, tiada cat warna putih lagi kelihatan malah lampu hijau malap di sepanjang koridor, berasa sangat seram. Dia siap sedia dengan senapangnya dan terus maju ke depan, dia sudah nampak label "Zon S-Specimen" di pintu gelangsar.

Dia imbas kad ID lalu dia masuk ke dalam, ruangan makmal itu seluruhnya putih. Heiriz tergamam, terdapat 5 orang terbaring di dalam katil bertutup kaca. Di sisi katil berkaca terletak monitor untuk pantau setiap nadi dan peredaran darah. Heiriz berlari terhincut hincut mendapatkan komputer, dia buka komputer dan mencari maklumat.

"Cubaan mengubah senjata manusia bionik ke zombi, kekuatan senjata manusia buat masa sekarang tak relevan. Eh, kalau makmal ni dah haruk piruk 2 minggu lepas, macam mana diorang boleh terjebak selepas berlakunya kemusnahan Bandar Labis?"

Tit! Terdengar pintu terbuka, Heiriz terkejut, ada orang dari dalam keluar dari makmal. Heiriz segera berlari keluar untuk kejar orang yang keluar dari makmal. Dia berlari sampailah keluar dari koridor gelap, baru dia sedar, dia dah lama kehilangan lembaga itu. Macam ada sesuatu tak kena. Koridor ke spesimen memang bersih seperti tiada zombi di sekitar ini. Heiriz berundur ke belakang perlahan lahan kemudian dia berpusing cuba berlari masuk ke dalam makmal semula. Belum dia langkah kaki ke pintu, dia berpusing ke belakang sambil mengacu senapang.

Khai angkat kedua dua tangan petanda dia menyerah kalah. Heiriz tergamam kemudian dia hela nafas lega. Segera dia heret Khai masuk ke dalam. Khai di dudukkan ke atas katil pesakit. Heiriz terasa seram melihat tubuh Khai penuh dengan luka dan gigitan, nasib baik Khai imun tinggi, kalau tak dah lama jadi zombi, tapi risau dia jadi pembawa. Khai jeling pada Heiriz.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Where stories live. Discover now