21 KHAI YAIZ

70 5 0
                                    

Raja zombi teriak suara buas dengan kuat sehingga membingitkan telinga. Setelah teriakan itu surut, suasana senyap seketika. Semua mata memandang raja Zombi, dalam sekelip mata datang banjiran zombi masuk ke dalam pusat membeli belah di setiap arah, mereka terkejut dengan serangan zombi dan mutan yang datang dari luar tiba tiba. Skuad Elit bergelut dengan semua zombi. Mata raja zombi dan Khai bertemu seolah mereka musuh sejati yang di takdirkan. Mata Khai ikut pergerakan raja zombi perlahan lahan beredar dari situ.

Khai, "Guys! Uruskan semua zombi! Ini arahan! Aku uruskan raja zombi!"

Mereka angguk, segera Khai berlari sambil hancurkan semua zombi yang menghalang laluannya, dia berlari naik tangga kejar raja zombi. Di aras itu sunyi, tiada satu pun zombi, manakala di aras bawah di penuhi dengan zombi. Khai melangkah maju sambil menghala mesingan, dia tahu mesingan takkan dapat membunuh raja zombi tapi mampu lumpuhkan raja zombi buat sementara. Di aras itu banyak kedai yang memiliki dinding kaca yang dah pecah kebanyakkannya, ada juga yang tak pecah.

Khai berhenti ketika melintasi cermin, lalu dia pusing menghadap cermin dan melihat pantulan dirinya ke dalam cermin. Di sebalik pantulan cermin, lorong ke arah tandas di antara dua kedai begitu gelap. Tetapi seperti ada sesuatu di sebaliknya. Sekilas bayangan raja zombi di sebalik kegelapan lorong, di kedua dua tangannya terdapat 2 mesingan serentak benar benar di acu kearah Khai. Khai segera berlari pada masa yang sama 2 mesingan raja zombi memuntahkan berpuluh peluru.

Sedang berlari, Khai sambil melepaskan tembakan kearah raja zombi, tetapi semua tembakan Khai di jamah oleh peluru raja zombi. Khai terus menembak sambil berlari kemudian dia masuk ke dalam lorong dan menuju ke tandas dan bersembunyi di sebalik dinding maka peluru berdas das itu mencucuh dinding sehingga berderai. Peluru itu tidak setanding dengan peluru milik mesingan Khai, namun serangan mesingan raja zombi lebih pantas dan ganas, pakai dua pula tu.

Yang paling celaka sekali tembakan itu terus menerus tanpa berehat sedikit pun, peluru banyak menembus dinding, pintu pintu, cermin dan sinki berkecai, dinding pun macam dah takkan bertahan lama. Memang raja zombi tak beri di peluang untuk menyerang, sadis betul. Tiba tiba serangan itu berhenti, Khai buntu, dia tinjau luar. Kedengaran 2 mesingan raja zombi sedang mengecas secara auto isi peluru. Khai segera keluar dan melepaskan serangan balas, kini raja zombi pula berlari. Dang! Dang! Dang! Punyalah berat si raja zombi ni, berlari pun bergegar di buatnya.

3 tong sampah terbaring di hadapan raja zombi, dia angkat dan baling 3 tong sampah ke arah Khai, Khai tembak 3 tong sampah hingga berderai, setelah itu kelibat raja zombi hilang dari pandangan. Sangat bijak raja zombi, trik tarik perhatian Khai dengan membaling sampah. Mata Khai liar mencari kelibat raja zombi tapi tiada. Khai toleh atas, raja zombi melompat dari atas udara ingin menghempapnya. Khai berguling mengelak sebelum di hempap raja zombi. DANG!! Raja zombi menghempas lantai sehingga retak.

Khai berdiri setelah berguling masa yang sama tubuhnya di kenakan peluru mesingan berdas das menembusi tubuhnya, tembakan itu berhenti, darah terpercik mengalir sana sini. Khai lihat tubuhnya berlubang dek peluru di tubuhnya. Terserlah kemarahan di wajah Khai, walaupun dia rasa sakit seperti terkena gigit semut, tapi ia tidak bermakna ia tidak memerlukan darah jika terlampau banyak tumpah darah.

"AGGHHHHH!!!!!"

Dia benar benar sudah marah dan sakit hati, dia lepaskan tembakan mesingan berpuluh kali pada raja zombi, raja zombi berlari ingin lompat ke aras bawah masa yang sama tubuhnya di tembak berkali kali ada yang tertembus ada yang melekat sahaja sehingga darah merah hampir kehitaman terpercik. Sebelum raja zombi sempat lompat ke bawah, tubuhnya di lingkari dengan beberapa wayar elektrik, raja zombi lihat wayar itu dari lantai di guna oleh Khai untuk melilitnya. Lalu Khai tarik raja zombi ke arahnya dengan sepenuh tenaga lalu Khai tusuk leher raja zombi dengan belati 50cm. Raja zombi berteriak, entah sakit atau tak itu tidak pasti, yang pastinya dia enggan kalah.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Where stories live. Discover now