27. BERTAHAN

69 8 1
                                    

Khai, "Kenapa lari sana sini? Tak boleh tunggu ke?"

Heiriz sepertinya ingin menangis, "Saya tak boleh tunggu, Josh dalam bahaya. Saya dapat rasa sesuatu yang tak kena, mungkin Josh..mungkin Josh..."

kata kata Heiriz termati saat bibirnya di sentuh oleh Khai, Heiriz terdiam lalu ciuman itu terhenti saat saat gerabak itu berhenti bergerak.

Khai terpandang balutan kain di lengan Heiriz. Heiriz gugup cuba menjelas pada Khai.

Heiriz, "Jangan risau, saya takkan jadi zombi. Saya dah di suntik dengan antigen yang belum sempurna hanya mampu memperlahankan penyebaran virus dalam tubuh saya. Saya, akan cuba sempurnakan antigen dengan segera."

Khai tengok balutan itu longgar dan haruk piruk, lalu dia koyakkan helaian kain pada lengan pakaiannya lalu dia cabut balutan pada lengan Heiriz. Agak mengejutkan, luka Heiriz kelihatan begitu teruk, sangat dalam boleh menampakkan dagingnya di gigit begitu dalam dan banyak darah mengalir tidak berhenti. Wajah Heiriz berkerut merasakan sakit di tiup udara. Bertapa berkecai hati Khai melihat gigitan di tangan Heiriz. dia buang balutan yang berlumuran darah lalu dia balut lengan Heiriz dengan kain yang baru dengan kemas, rapi, tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat. Khai tatap balutan itu begitu lama, wajahnya kosong tidak tahu bagaimana harus di ungkapkan di sebalik riak wajah itu.

Kedua dua tangan Khai sentuh lengan Heiriz dengan lembut, ada sedikit manik manik berkilau di tubirnya. Jantung Heiriz berdetak kencang, kali pertama dia melihat raut wajah lelaki tegas itu nampak sangat sangat tidak terdaya. Dia sentuh pipi Khai lembut, Khai angkat kepalanya sebagai respon, terdapat manik berkilau di matanya di kesat oleh Heiriz.

Heiriz tersenyum, "Kapten, saya takkan mati. Percayalah. Saya bukan selemah itu, awak pun tau, kan?"

Khai ambil tangan Heiriz yang berada di pipinya lalu di kucup tangan itu kemudian di tatap wajah remaja itu sekali lagi.

"Khai, panggil saya Khai bila kita berdua."

Heiriz hanya tersenyum, dia tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaannya sekarang ini, dia sendiri tak sangka hubungan mereka akhirnya begini, tak pernah dating, tak pernah ucap 'I love you' cukup sekadar berada di sisi dan merasai kehangatan antara satu sama lain sudah cukup baginya setakat ini, setakat ini. Khai yakin dengan kebolehan Heiriz. Lalu Khai buka penutup dan lihat banyak zombi berkeliaran sana sini, Khai tutup balik penutup dan tatap muka Heiriz.

Khai, "Seorang anggota Skuad Elit 15 dan seorang anggota askar Elit bersama dengan mereka, mungkin buat masa sekarang ini mereka masih boleh bertahan."

Heiriz geleng kepala, "dengan bilangan yang ramai ni mustahil mereka boleh bertahan!"

Khai genggam kedua dua bahu Heiriz memaksa remaja itu beri tumpuan padanya.

Khai, "buat masa ni awak perlu ikut saya keluar dari sini! Sini dah tak selamat!"

Heiriz tepis tangan Khai, perasaannya bercampur dengan marah dan takut.

"Saya takkan pergi dari sini tanpa Josh! Tau tak Josh penting pada saya dan juga untuk diri saya? Kalau mereka tangkap Josh mereka akan hipnosis Josh untuk bercakap jujur pasal saya! Awak ingat saya tak tau yang Josh pun patut di bawah perlindungan?!"

Khai terdiam, suasana yang hangat dan harmoni sebentar tadi berkecai hanya dalam sekelip mata. Heiriz enggan bercakap banyak lagi segera dia buka penutup sampah perlahan lahan tanpa membuat bising lalu dia tinjau situasi. Jeritan, suara zombi dan tembakan kedengaran sana sini. Kebetulan ada tukang cuci wanita berusia muncul dari simpang koridor T, dia di kejar oleh banyak zombi lalu di gigit dan ia berada jauh kedudukan mereka dan di baham beramai ramai. Heiriz dan Khai tidak dapat berbuat apa apa sebab jarak mereka terlalu jauh dan wanita itu baru sahaja muncul.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Where stories live. Discover now