5. LEVEL 4

93 7 0
                                    

Heiriz duduk di kerusi juruterbang lalu dia melihat keadaan radio terdahulu. Sistem radio benar benar sudah rosak di sebabkan serangan misil yang tepat menyasarkan kepala pesawat di mana radio berada, mesti radio boleh di perbaiki lagi lagi radio di perbuat dari bahan tahan lasak iaitu logam Kromium. Kromium adalah logam ketiga paling kuat di dunia dan mempunyai warna biru. Radio tiada kerosakan yang teruk pada fizikal mahupun wire tetapi alami kerosakan sistem yang teruk dan bukan bidang Erina.

Heiriz, "Fizikalnya masih tiada masalah teruk, akak boleh perbaiki bahgian ni. yang jadi masalah bahgian sistem sangat teruk berlakunya. Tanpa Kit dan Alat untuk perbaiki sistem agak susah nak buat."

Erina, "jadi sekarang memang tak de harapan ke?"

Heiriz pandang Erina lama lama, "Akak, boleh tak saya nak Chip LB-3DI."

*LB-3DI : Light Beam 3D Images/hologram

Erina angkat kedua dua kening, "Oh boleh."

Dia tak banyak tanya lalu dia cabut topi perisai lalu dia keluarkan chip LB-3DI lalu di serahkan kepada Heiriz. Heiriz ambil lalu dia tangkalkan bekas yang menyarung chip itu, chip tu berwarna hijau tua dan terdapat logo nama chip di situ serta dari syarikat mana. Syarikat gergasi yang terkenal yang banyak menyumbang dalam penyelidikan sains dan ketenteraan.

Lalu dia buka pusingkan radio ke belakang lalu dia buka semua skru kemudian dia tanggalkan pintu ada pada radio lalu dia alih ke tepi. Dia tanggal chip sistem yang dah rosak bersaiz buku latihan dari radio lalu dia serahkan radio pada Erina.

Heiriz, "akak boleh repair bahgian yang lain, akak boleh buatkan?"

Erina, "kau nak buat apa dengan chip tu?"

Heiriz senyum, "akak tau tak repair sistem boleh guna secara manual kalau ada chip LB tak kisah chip apa apa asalkan LB, tapi disebabkan askar elit sentiasa bawa topi perisai yang sentiasa di pasangan chip LB-3DI jadi tak susah sangat pun nak repair secara manual."

Erina, "selalu akak belajar dan repair secara auto, belum pernah lagi secara manual. Kali pertama juga ni."

Heiriz, "Tu kalau ada Kit dan Alat, kalau tak da, manual jalan penyelesaiannya."

Erina senyum, dia tahu Heiriz ni genius, tengok cara dia repair implan perisai badan dan cara dia guna Kit Pembedahan Implan dengan laju dan berhati hati boleh agak dia ni bukan saintis gred B, mungkin S atau A, mustahil dia seorang pembantu kalau tidak kenapa dia ada dalam senarai orang penting makmal penyelidikan, mesti ada sesuatu kajian dan penemuan penting yang dia dah buat. tapi di sebabkan maklumat sulit dan risiko ke atas saintis jika mendedahkan identiti sebenar, tak hairan kalau dia kata dia saintis gred B, mustahil gred B boleh repair implant tanpa ada kesilapan. Erina capai radio lalu di letak ke atas board pesawat lalu dia pandang Heiriz semula.

Erina, "Boleh adik terangkan kat akak macam nak repair secara manual. Akak minat bidang ni tapi akak tak segenius ni."

Heiriz hanya senyum je, "walaupun sistem dia rosak, chip LB boleh menghasilkan satu hologram iaitu gelombang cahaya yang terhasil dari pantulan. Kalau di sambung dan tukarkan sistem dengan chip LB, mungkin ia takkan dapat hasilkan pancaran gelombang ataupun S.O.S secara jauh, ia akan di minimakan sekurang kurangnya sejauh 30 batu berbeza dengan sistem asal yang boleh di kesan oleh satelit."

Heiriz tanggalkan beberapa wayar dari papan sistem dan chip lalu dia sambungkan ke chip LB.

Heiriz, "masa mungkin agak lama, nama pun manual jadi nak setting sistem guna chip LB pun agak manual sebenarnya. Dengan ini berkemungkinan dapat hantar panggilan dan bantuan kepada yang terdekat contohnya Sayap AC."

Khai, "Lee Sun, Jalal. Bawa 3 kotak ammo, 1 roket ke sana."

"Baik kapten!"

Segera Lee Sun angkat 2 kotak peluru, Jalal angkat 1 kotak peluru dan 1 roket di atas bahu. Segera mereka beredar sambil berlari ke dalam semak sehingga bayang mereka hilang dari pandangan.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Where stories live. Discover now