31. EVANA

39 7 7
                                    

HOSPITAL SAYAP QA, BANDAR KUCHING
Khai tatap wajah tenang Heiriz, mata Heiriz terpejam rapat, bibirnya pucat, kulitnya juga pucat, terdapat banyak wayar bersambung di seluruh tubuhnya, balutan dan plaster seluruh tubuhnya. Drip darah, drip nutrisi dan pelbagai drip bersambung padanya, monitor nadi juga menunjukkan kadar nadinya yang normal. Khai merenung wajah kekasihnya dengan penuh harapan agar remaja itu buka mata namun ianya hanyalah sia sia. tangan lelaki itu genggam tangan Heiriz begitu erat sambil ibu jarinya mengusap kulit itu, dia melepaskan keluhan berat. Sepatutnya para askar dan saintis yang alami cedera parah perlu di rawat dan di rehatkan di Fasiliti kesihatan khas namun di sebabkan kemusnahan yang teruk, mereka terpaksa di hantar ke hospital terlebih dahulu.

Di sebalik pintu wad Heiriz, semua anggota Skuad Elit 1 berdiri dengan wajah yang suram terutamanya Erina, terpancar suram yang pekat lagi dalam. Apabila mengetahui Josh mengkhianati mereka semua, dia bagaikan di tembak hidup hidup. Seluruh tubuhnya menggigil menahan sakit di hati, dia cuba menjadi kuat dan menahan sebak di dadanya, tapi apakan daya, dia juga manusia walaupun dia separuh zombi.

Erina, "Sorry, aku nak pergi toilet kejap." Segera dia berlari mencari toilet.

Mereka faham perasaan Erina, sakitnya bila ketahui orang yang di cintai mengkhianati dan berkemungkinan besar, menjadi musuh orang yang pernah di sayangi pada masa akan datang tak tahu macam mana untuk berdepan dengannya.

Winnie bersandar ke dinding, "Dah 3 hari dia tak bangun. Kapten kata, sepatutnya side effect booster tu tak lama macam ni."

Oscar, "Tengok medical report, banyak keretakan tulang. Tanpa implan tu mungkin dah lama mati. Dia manusia biasa, bukan askar. Aku respect gila dia. Dia memang berani."

Mereka nampak John dengan baju pesakit perlahan lahan mendekati mereka.

John, "Hmm, dia tak bangun lagi?"

Jalal, "Eihh aku rasa nak pukul je sesape je ni! Si Josh tu! Dia..si bedebah sial tu kalau aku dapat aku seksa dia slow slow dulu. Punca dia! Punca dialah Bandar Kuching kena attack! Kalau rasa nak serah diri sangat pergilah direct kat Neutis tu, dah kenapa dia panggil musuh semata mata nak tangkap dia! Setan!! Siallah!!" Dia tendang dinding dengan tenaga yang paling rendah, risau retak pula dinding tu karang.

Yoshi, "Sabar Jalal, bawa bertenang. Kau tu kosong, hati aku lagi sakit."

Jalal pandang Yoshi, "Eh kau ni, tak habis lagi? Ingatkan dah give up."

Yoshi, "Itu lain cite, mana sama. Kan, Kapten John?"

John terpinga pinga, "Huh? Kenapa aku pula? Aku straight."

Mereka "?"

Pintu wad Heiriz di buka, Khai keluar dan pandang mereka semua, dia pandang John kemudian beri isyarat ikut dia. Khai beredar tanpa menghiraukan anggotanya, John pun ikut ke mana Khai pergi. Mereka pun masuk ke dalam wad Heiriz dan melihat keadaan Heiriz yang masih koma. Khai dan John masuk ke dalam wad VVIP milik Presiden Rashid, nampaknya komander Aarav duduk di kerusi sedang berbual dengan Presiden Rashid, Harry yang sudah pulih duduk di sofa sambil bermain dengan smartphone nya, mereka bertiga serentak pandang Khai dan John lalu memperlawa mereka masuk ke dalam. Suasana dalam wad itu agak tegang dan sunyi sepi, mereka merenung lantai atau pandang muka masing masing silih berganti.

Khai, "Komander Aarav, Presiden Rashid, adakah Projek Echidma yang gagal masih hidup?"

Mereka berdua tergamam pandang Khai, dia pandang mereka.

Khai, "Jika Joshua, Projek Echidma. Heiriz mesti salah satu projek Echidma yang gagal. Berapa banyak lagi di luar sana?"

Harry terkejut, "Josh Projek Echidma? Kenapa masa aku main dengan dia macam tak de rasa pape pun!" Semua mata menjeling pada Harry.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Where stories live. Discover now