35. BAD MOD

39 8 5
                                    

Esok paginya, hari pun dah siang, Heiriz bangun berasa segar, tetapi ada sedikit penat dan lenguh pada tubuhnya tetapi dia berasa puas. Melepaskan geram dan marah di sesuatu tempat itu perkara yang sangat menarik dan lega. Heiriz tengok jam, dia dah terlambat masuk kerja, bergegas dia bangun dari katil. Pagi pagi lagi beberapa orang dari Saintis Gred S dah berlonggok di meja, mereka membelek maklumat yang ada dalam dokumen.

"Serieslah, complicated antigen ni. Yakin ke calculation kita sama tepat macam dalam data ni?"

"Siapalah genius yang berjaya temui antigen? Walaupun tak lengkap tapi berkesan, dah terbukti."

"Sape orang pertama yang cuba?"

"Sape lagi, saintis tu sendiri. Dengarnya dia terkena gigit dan cuba kat diri sendiri, antigen tu memperlahankan pergerakan virus dalam kadar 70% bergantung imun individu."

"Tinggi juga kadar tu."

"Agak agaknya, orang yang sama ke buat antigen ni dengan orang yang Neutis tu nak?"

"Mungkin, sebab antigen ni pun dari Bandar Kuching jugakan, saintis tu pun ada kat sini."

"Umm, dia ada kat sini ke agaknya?"

Seorang perempuan berlari masuk lalu dia berdiri dengan muka excited pandang semua orang.

"Korang tau tak, aku dapat berita yang makmal kita akan reproductive Antigen Separa Lengkap. Kita akan keluarkan antigen ni tak lama lagi!! Dah lama kite tunggu tunggu berita ni!!" Dia meloncat loncat gembira.

"Dah lama tau.." Dengus lelaki itu.

"eh dengar dulu, Makmal Zon S Unit 1 pula akan cuba lengkapkan Eksponen Implan." ujar perempuan tu gembira.

Mereka semua blur tak faham.

"Apa tu?"

Perempuan itu menjeling, "Booster implan nama lain Eksponen Implan, implan kesuaian manusia normal bukan Senjata Manusia."

Mereka terkejut, sesuatu yang baru dan ia amat mengejutkan dan juga mengembirakan.

"Kita ada benda tu ke?"

"Sape penemunya?"

Perempuan itu balas, "Aku tak pasti, sebab so so confidential. Dengarnya orang yang sama yang temui antigen tu."

"Ni idola baru aku ni, dulu aku idolakan pasangan saintis lagenda tu.. sekarang..aku rasa nak jumpa dengan dia." Ujar gadis berambut hitam di tempatnya.

Heiriz masuk dengan langkah yang pantas dan tergesa gesa, sekumpulan saintis yang berkumpul dan bergosip tadi berhenti bergosip dan toleh pada Heiriz dengan muka tak semengah. Suasana yang riuh rendah tadi senyap seketika bagaikan malaikat lalu. Lelaki bernama Miller dari sekumpulan yang bergosip tadi menyilang kedua dua tangannya ke dadanya sambil bersandar sedikit ke meja dengan muka lagak sambil melihat Heiriz.

Miller, "Hei orang baru. Lambat nampak, tak nak jumpa dengan boss ke minta maaf?"

Heiriz termati langkah lalu dia pandang Miller, "Saya dah mesej Supervisor yang saya masuk lambat, uhm, kurang sihat."

Miller, "Wah, mudahnya? Kalau kitorang punyalah kena marah kalau bagi alasan macam tu."

Heiriz senyum terpaksa, "Saya masuk dulu." Nadanya sopan.

Miller, "Ei nanti dulu." Dia bawa copy dokumen ke arah Heiriz lalu dia lemparkan ke lantai, "Tu, Pegawai Pakar I dah keluarkan arahan semua Saintis unit 2 kena reproductive antigen ni sampai berjaya, tepat dan sebiji seperti calculation dalam data ni. Antigen ni perlu di siapkan lusa dengan cepat dan ujian makmal akan di mulakan pada hari keempat dan perlu di edarkan kepada askar askar elit."

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Where stories live. Discover now