47. DETIK

24 6 5
                                    

*di atas gambaran Qianlu*masa tulis bab ni saya menangis banyak kali🥲

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*di atas gambaran Qianlu
*masa tulis bab ni saya menangis banyak kali🥲

Kenderaan konvoi mulai perlahan bergerak tapi tidak berhenti kerana takut mereka di serang mengejut. Mereka sangat berjaga jaga, lagi lagi permukaan lembah itu banyak dengan tanah liat dan lopak air sana sini, mereka perlu mengelak satu persatu. Mereka perhatikan di sekitar mereka, terdapat beberapa buah pondok gantung di bina pada lereng gunung, malah kelihatan beberapa kanak kanak dan orang dewasa tinjau dari pondok.

Grimm teriak, "Berhenti!"

Semua konvoi berhenti, di depan ada lopak air yang sangat besar. Grimm dan Jake turun serentak dari kenderaan yang berbeza, mereka mendekati lopak air yang besar. Mereka cuba teliti kedalaman lopak air terlebih dahulu. Jake capai ranting berdekatan sepanjang 1 meter lalu dia cucuk ke dalam lopak air dan dia tekan ranting ke dalam. Mereka tergamam, ranting itu tenggelam hampir tak kelihatan.

Grimm, "tanah selut," dia pandang sekeliling, "hati hati semua, ni kawasan tanah selut."

Sebut pasal tanah selut, mereka terdengar jeritan riuh rendah. Salah satu dari kenderaan pasukan Alex, 2 roda belakang kenderaan tenggelam ke dalam selut perlahan lahan. Ramai yang turun tolong rakan mereka.

Mereka hanya selamatkan rakan mereka dan barang yang penting sahaja seperti makanan dan senjata. Erina, Heiriz dan Huang Cheng turun dari kenderaan dan melihat huru hara di belakang. Qianlu dan Alex pun turun juga.

Erina, "Diorang cakap apa?"

Heiriz, "Tanah selut, encik Grimm kata ini kawasan tanah selut."

Bibir Heiriz mendatar, dia rasa kesal pula setuju ikut Alex ke misi S. Bukan sahaja bahaya malah bawa Qianlu adalah idea yang buruk. Dia risau kalau terjadi apa apa pada Qianlu.

Mereka hanya mampu melihat dan berasa sedih kenderaan itu tergenggelam dan hilang ke dalam selut. Semua barang penting dan rakan mereka berjaya di selamatkan. Mereka masih lagi bersedih atas kematian salah seorang dari anggota mereka, tapi kesedihan itu tak lama sebab mereka perlu keluar dari sini dengan selamat. Alex, Grimm dan Wu Xie berkumpul semula untuk berbincang keadaan dan situasi mereka. Manakala Jake dan kumpulannya termasuk beberapa anak buah Grimm periksa setiap lopak air dan pangkah dengan penyembur cat kereta berwarna merah tandanya ia bahaya.

Alex panggil Dede wanita salah satunya dari 5 manusia biasa dari kumpulan Lauren, di ajak untuk berbincang sekali mengenai peta dan laluan. Dede masih lagi berasa ketakutan. Hari pun dah makin cerah, keputusan muktamad. Mereka akan buat pusingan U dan masuk ke dalam hutan semula. Berkemungkinan tinggi bertemu dengan zombi haiwan tu tinggi tapi lebih baik dari termasuk ke dalam tanah selut dan mengorbankan lagi kenderaan. Erina tengok lokasi Khai dan yang lain dah masuk ke kawasan hutan Lembah Huang Long dan jarak mereka dah tak jauh sangat. Erina enggan bagitahu pasal Khai dah berdekatan dia takut Heiriz cuba melarikan diri sekali lagi jadi Erina buat buat tak tahu. Manakala Huang Cheng, dia tahu.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Where stories live. Discover now