6. BANTUAN MENYELAMAT

89 8 0
                                    

Mata Heiriz terbuntang.

Heiriz, "Kak, level 4 ada kat belakang tak jauh dari kita. Lagi laju dari akak."

Erina, "apa? guna senapang, boleh perlahankan dia."

Heiriz pandang minigun di belakang Erina, yang sekarang dia tengah duduk atas minigun tu. Dia nampak senapang berada di bawah sedikit di bawah minigun lalu dia capai risau tersentuh Erina kang jadi isu meraba pula. Senapang sahaja sudah cukup berat baginya, apatah lagi angkat minigun dan roket, uuuuuuhhhhh malunya sebagai lelaki.

Erina, "off safety dulu baru boleh tekan picu."

Heiriz perlahan lahan off safety, dah berjaya barulah dia putarkan badannya ke kiri, tangan kanan pegang senapang, lalu dia tembak sekuat kuat hatinya walaupun ada sedikit gugup dan gentar ketika pegang senapang dia beranikan diri. Senapang itu tidak mampu mematikan level 4 tapi mampu membuatkan ia perlahan sedikit. Tengah tengah tembak boleh pula peluru habis.

Erina, "Ahhhh! Siallah! Time camni lak dia habis!! Aku tak sempat nak isi masa lari tadi!"

Heiriz tengok level 4 kembali laju mengejar mereka.

Heiriz, "kak, boleh saya guna gun yang ni?"

Erina, "tak boleh, minigun berat untuk kau. senapang pun dah cukup berat untuk kau."

Tersembur air liur, Heiriz menangis di dalam hati, sangat sangat jatuh maruahnya sebagai lelaki. Kalau lelaki yang cakap macam tu takpelah ni perempuan sendiri.

Heiriz, "kak, saya lelaki, tak boleh ke saya cuba."

Erina, "kalau terlepas jatuh macam mana, kang takde senjata lain pula. Aku ada satu ni je yang ada ammo full."

"berat minigun berapa kilo?"

"19 kilo."

"saya boleh angkat. Kalau perempuan lebih 30 kilo saya boleh angkat tak kanlah 19 kilo saya sebagai lelaki tak boleh angkat?"

Erina senyap seketika.

"Oklah." Erina setuju.

Heiriz cabut tali penyangkut minigun di leher Erina lalu di pakai, dia turunkan sedikit punggungnya lalu di capai minigun yang dia baru je duduk tadi, masih terasa haba milik punggungnya. Memang terasa berat minigun ni, tapi dia masih mampu angkat bukanlah hal yang besar baginya. Perlahan lahan di halakan kearah level 4 yang semakin hampir, dia off safety lalu di lepaskan das bertalu talu. Walaupun tak berapa mematikan sangat tapi ia cukup menambah cedera yang ia dah alami pertarungan yang sengit bersama Oscar dan Khai tadi.

Level 4 teriak, walaupun tak sakit tapi ia mampu melemahkan tubuh mereka. Heiriz menembak tanpa henti, agak terketar menahan berat lagi bila dia di gendong oleh Erina dengan dirinya terpaksa memusingkan pinggang, mau patah ini pinggang begini. Mula mula level 4 semakin perlahan, tiba tiba ia kembali pantas dari Erina seolah olah tidak sabar untuk menerkam mangsanya tanpa menghiraukan tembakan di tubuhnya.

Heiriz, "kak Erina! Dia makin laju! dah tembak pun macam tak berkesan!"

Erina, "kita masih jauh lagi ni, dik. Akak akan guna implant kelajuan, kau tembak je semampu yang boleh. Kita tak mampu melawan dia."

Heiriz angguk lalu dia teruskan menembak level 4. Erina tepuk kedua kedua dua kakinya, implant kelajuan serta merta aktif. Kelajuan akan di tambah sebanyak 30%. Erina berjaya mengatasi kelajuan level 4 dan meninggalkan ia paling belakang sekali. Tetapi tembakan demi tembakan masih belum berakhir, Heiriz terus menembak tanpa henti.

Heiriz, "Fuh, lajunya."

Erina senyum je, kali ini betul betul hilang bayang bayang level 4, bertapa lajunya. Heiriz berhenti menembak lalu ambil nafas lega.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon