28. MANUSIA-ZOMBI

50 6 2
                                    

3 bom memberi letupan besar di sepanjang laluan di mana zombi-zombi yang menghalang laluan ke lif kecemasan, bangunan itu berbentuk bulat dan di tengahnya kosong dan terdapat taman flora dan fauna di aras lantai. Bayangkanlah bangunan tu macam design sekolah menengah ada anjung, cuma berbentuk bulatan, ianya bersambung dari bangunan blok C ke bangunan fasiliti utama. Semua zombi yang menghalang laluan ke lif kecemasan berderai hancur di bom tetapi tidak dengan 2 zombi level 4, cedera sedikit je lalu berlari ke arah mereka, sekor di hadap sekor lagi paling belakang sekali.

Hibari dari Skuad Elit 15 berkata, "kapten, ammo saya tinggal suku, begitu juga dengan yang lain. Kita tak mampu nak lawan 2 level 4."

Khai, "Berapa bom yang tinggal?"

Anggota wanita balas, "dah habis."

"Hanya tinggal 4."

Saat sekor level 4 menhampiri mereka, Khai pukul level 4 yang paling depan sekali sehingga terpelanting ke arah anjungan, kaca berderai di langgar level 4 lalu jatuh ke bawah. Nampaknya zombi level 4 masih hidup walaupun jatuh dari aras 7.

Khai, "tarik perhatian, aku akan cuba jatukan yang lagi satu. Heiriz!"

Heiriz, "Saya! kapten!"

Khai, "Cover my back."

Heiriz angguk, dia tengok bar peluru tenaga pada senjata api hanya tinggl 4/10. Dengan kuantiti peluru yang ada mampu bertahan sehingga mereka masuk ke dalam lif kecemasan turun ke kawasan pemindahan yang selamat.

Khai, "soldiers! Bawa yang terselamat ke dalam bilik terdekat dan check jika ada yang terjangkiti!"

2 anggota tentera membawa yang terselamat ke bilik pejabat yang tidak di kenalpasti, saat pintu di buka seorang anggota di gigit oleh zombi dari dalam bilik berkenaan, seorang lagi anggota melepaskan tembakan berkali kali sehingga semua zombi di dalamnya rebah. Tapi malangnya anggota yang di gigit itu bertukar dalam sekelip mata dan gigit salah seorang yang terselamat, suasana menjadi kacau bilau seketika. Anggota tentera itu tiada pilihan dan akhirnya menembak kedua duanya sekaligus, para terselamat terkejut dan ada yang menjerit, mereka berasa takut melihat yang terselamat itu turut di bunuh kerana di gigit.

jeritan itu telah menarik perhatian para zombi yang lain dari semua arah lalu berlari ke arah mereka, segera anggota itu menolak para yang terselamat masuk ke dalam bilik tersebut dan bergabung semula dengan pasukan yang lain dan melempar bom kearah sekumpulan zombi. Zombi level 4 sangat pintar, nampaknya ia tahu Khai akan cuba menjatuhkan dia menggunakan batang besi itu dia mengelak dari berdepan dengan Khai lalu dia menyerang Heiriz sambil mengeluarkan lidahnya yang panjang ke arah Heiriz.

"Kau nak lari mana!!"

Khai dengan pantas tangkap kaki level 4 lalu di lempar ke luar tingkap tetapi level 4 berjaya melilit lidahnya ke tangan Khai dan menarik Khai keluar melalui tingkap bersama. Khai berjaya berpaut pada tingkap.

"KAPTEN!!"

Heiriz berlari dengan pantas mencapai tangan Khai yang berpaut di tingkap. Nampaknya level 4 cuba mencakar kaki Khai beberapa kali, lidahnya masih meliliti tangan Khai. Heiriz cuba menarik Khai tapi di sebabkan level 4 masih berpaut pada Khai menambahkan jisim berat. Level 4 cengkap kaki kiri Khai, kuku kukunya tenggelam ke dalam daging sehingga menusuk ke tulang, Khai terasa tulangnya hampir remuk dan darah mengalir banyak. Bunyi tembakan dan leputan berdetum dari belakang Heiriz tidak hiraukan. Heiriz perlu melakukan sesuatu, dia perlu selamatkan Khai.

"Kapten! Apa perlu saya buat?"

"Tembak dia!"

Heiriz segera mengacukan senjata ke arah zombi itu, level 4 sepertinya tau apa yang Heiriz cuba lakukan lalu ia menghayunkan tubuhnya ke depan ke belakang beberapa kali, maka Heiriz pun tak dapat fokus dengan baik, kalau tersalah tembak boleh terkena Khai, licik betul level 4 ni. BOOMM!! Letupan yang sangat kuat datang dari arah bertentangan mereka dari aras 8 telah mengalih perhatian semua orang termasuk semua zombi, level 4 turut berhenti hayun dan toleh ke arah 8. Heiriz pun ambil kesempatan lalu menembak mata level 4 sehingga berkecai kepala otaknya. Lidah dan cengkaman di kaki dan tangan Khai beransur lemah lalu longgar.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang