33. HEIRIZ DAN KHAI

66 7 5
                                    

Oscar, Jalal, Yoshi, Winnie dan Khai berkumpul dalam wad Heiriz, mereka menunggu doktor lelaki memeriksa kesihatan Heiriz terlebih dahulu.

Doktor, "Nampaknya, BP dan peredaran darah dalam badan berfungsi dalam keadaan normallah. Untuk keretakkan dan kecederaan dalaman.. kami akan menjalankan pemeriksaan susulan seterusnya. BUat masa ini, encik Heiriz perlu berehat di hospital buat beberapa hari dulu sehingga report kesihatan keluar."

Khai, "keadaan dia sekarang boleh ke untuk berhubungan?"

Tersembur air liur semua orang, muka Heiriz merona merah perlahan lahan dia tutup muka dengan kain selimut.

Doktor itu terpinga pinga sebentar, kata katanya tersekat di kerongkong, ia sangat sangat memalukan, "ah, buat masa ni saya nampak macam tak de masalah."

Doktor tu hanya mampu senyum kerang busuk, semua anggota skuad cuba menahan malu, siapa sangka kapten yang tegas ni tak de rasa malu langsung.

Nampaknya walaupun lebih 2 bulan Heiriz koma itu tidak menjadi penghalang untuk mereka berdua berhubungan badan. Sepanjang lawatan mereka, mereka menerangkan apa yang berlaku sepanjang lebih 2 bulan dia koma. Skuad Elit 1,2 dan 15 termasuk askar Elit akan di rehatkan dari terlibat mana mana misi selama 3 bulan. Saat pendedahan mengenai Jonathan Smith dan Johnny Smith padanya, yang paling mengejutkan Heiriz ialah Jonathan Smith, iaitu a.k.a raja zombi atau JS. Tiba tiba tubuh Heiriz berasa seram sejuk, bulu romanya meremang, saat mata mereka bertemu itu sudah cukup seluruh tubuhnya hampir berhenti berfungsi, naluri Heiriz menyatakan JS lebih berbahaya dari Aizat, pada masa yang dia berasa nostalgia.

Khai tanpa segan silu suap bubur ke dalam mulut Heiriz, muka Heiriz merah padam, dia tak sangka Khai ni ada kinky suka menunjuk depan orang tanpa segan silu, itulah sifat posesif Khai. kemudian Heiriz di panggil untuk membuat rawatan susulan. Sampel darah di ambil, kepalanya di imbas, tubuhnya di x-ray. Doktor menyatakan tiada masalah ke atas tubuhnya semuanya baik baik sahaja. Heiriz keluar dari ruang radioaktif, Erina seorang sahaja berdiri di depannya dengan tanpa senyuman di wajah, dia kelihatan suram tak ceria seperti dulu.

Heiriz, "Kak Erina, are you ok?"

Erina geleng, "Jom, ada Pakar Perubatan dan Ubatan nak berjumpa dengan kau."

Heiriz pun ikut Erina, dia tengok Erina tidak bercakap dia mula berasa kekok.

Heiriz, "Kak Erina, saya.."

Erina genggam sesuatu di tangannya, leret senyuman paksa terukir lalu dia pandang Heiriz.

Erina, "Kau tau tak Heiriz, dia melamar aku, kitorang officialy bertunang senyap senyap, sepatutnya tahun depan kitorang bersedia untuk berkawin and bagi surprise kat korang." Senyum paksa itu terus hilang di gantikan dengan air mata, "Aku tak sangka, yang aku dapat adalah pengkhianatan. Musuh yang akan aku hadap adalah dia. Memang betullah, orang kalau dah angau kau dah tak rasional. Aku tak sedar aku terlalu di bodohkan oleh cinta, sebenarnya semua salah aku. Dia kenal, rapat dengan aku bagi aku harapan ada makna lain. Apa yang dia tanya pasal misi, apa yang dia nak tau pasal kau dalam Skuad semua aku ceritakan takde yang tak di ceritakan sebab aku percaya dan aku terlalu sayangkan dia. Kau faham tak aku percayakan dia bulat bulat tanpa aku selidik hanya sebab dia bestfriend kau and aku percayakan dia 100%."

Heiriz terkejut.

Air mata Erina berjujuran membasahi pipinya, "Mental aku break down, aku break down weh bila tau dia pengkhianat, dia dalang sebalik semua ni. Sakitnya jiwa aku ni aku tak terkata, hanya Tuhan je tau bertapa sakitnya di tipu hidup hidup, semuanya terjadi sebab kecuaian aku."

Erina kesat air matanya sendiri, "Kau tau tak, beruntungnya kau dapat kapten, kapten takkan pernah sia siakan orang yang dia sayang. Dia jujur orangnya, aku nak sangat cari orang macam kapten, aku sangkakan dah jumpa tapi silap, semua lelaki memang sama! tak menyakiti hati perempuan tak boleh!"

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Where stories live. Discover now