16 SAYAP QA

56 6 0
                                    

Pusat Penyelidikan Sayap AZ

Sepasang kasut but lelaki berjalan di sepanjang koridor yang di penuhi dengan batu bata dan dinding berkecai sana sini. Dia tersepak tabung uji di dalam cecair warna hijau lembut, dia tersepit di antara celah celah batu. Lelaki itu ambil tabung uji itu lalu di simpan ke dalam poket lantas dia beredar.

Fasiliti Sayap QA , Pusat Bandar Kuching

Fasiliti merupakan induk kepada cabang 5 pusat iaitu Pusat Pemerintahan, Pusat Penyelidikan, Pusat Ketenteraan, Pusat Ekonomi dan Pusat Industrial. Kawasan fasiliti seluas 56 ekar bersamaan 243,9360 kaki persegi, mempunyai beberapa buah bangunan dan melebih 4 aras. Asalnya itu kawasan tempat kompleks membeli belah, bangunan hotel kecil yang sudah di ubahsuai, kompleks membeli belah tidak lagi di perlukan di zaman malapetaka ini dan perlu di ubah kepada sesuatu yang penting.

Sebelum misi bermula, Skuad Elit 1 di beri arahan pulang ke Bandar Kuching setelah menyelesaikan misi, mereka tidak sebut apa apa tentang Skuad Elit 2 jika terselamat. Kepulangan Skuad Elit 2 dan Skuad Elit 1 menggemparkan seluruh Fasiliti Sayap QA. Berita keberangkatan mereka juga tersebar di setiap bandar. Tak sampai 24 jam keberangkatan skuad legenda, senjata manusia bionik generasi pertama, Skuad Elit 1, mereka pulang membawa kru Skuad Elit 2 yang terselamat. Bukan itu sahaja, malah kehadiran Heiriz bersama mereka menjadi bualan warga fasiliti itu sehingga ia merebak ke pusat pusat yang lain sehingga ke setiap bandar.

Ada yang menyatakan Heiriz kru baru di rekruit, senjata manusia terbaru kerana kecederaan pada pahanya tidak pulih seperti senjata manusia yang lain. Ada yang menyatakan, Heiriz iaitu kru baru itu memiliki penampilan yang menarik, wajah yang kacak comel, semua orang terpegun melihat penampilannya. Ada yang menyatakan itu mungkin anak ikan Kapten Khai atau ahli keluarganya sebab ketika Heiriz menjadi tatapan umum, Kapten Khai memberi mereka jelingan maut seakan dia memberi amaran, dia juga mengeluarkan aura overprotective. Ketika gambar Heiriz di ambil, Khai rampas smartphone itu lalu padam lalu memberi amaran.

Yang menjadikan desas desus tergempar, Skuad Elit 2 kehilangan 2 lagi kru kini yang tinggal 5 kru dalam pasukan, adakah mereka akan merekruit orang baru atau pasukan mereka akan dirombak atau akan ada tarik kru dari pasukan lain. Heiriz di rehatkan buat seketika di hospital di mana ia terletak dalam kawasan fasiliti, Heiriz tidak dibenarkan terlalu aktif selama seminggu kerana kecederaan pada pahanya amat dalam lagi lagi dia bukannya senjata manusia. Semua staf yang berurusan dengan Heiriz harus merahsiakan hal Heiriz kerana risau jika ada tahu Heiriz bukan senjata manusia mesti akan berlaku pemberontakkan atau kesempatan keatas Heiriz.

Skuad Elit 1 dan 2 wajib menyerahkan maklumat sulit yang mereka dapat dan setiap dari mereka perlu siapkan laporan dan di hantar sebelum tarikh akhir. Di sepanjang Heiriz dalam rawatan, dia kerap di lawati oleh Skuad Elit 1 kadang kadang Skuad Elit 2, yang paling kerap 24 jam sentiasa ada seperti tak de kerja lain ialah John, sampaikan Heiriz minta pengawal jangan bagi dia masuk kerana Heiriz tak selesa.

Di atas arahan pihak atasan, Skuad Elit 1 dan 2 menyerahkan maklumat penyelidikan ke makmal biohazard, maklumat sulit itu tidak akan di dedahkan kepada orang lain sehinggalah di sahihkan ketepatan maklumat tersebut. Walaupun Pusat Penyelidikan itu industri perubatan dan dadah yang hanya saintis gred A, B, C dan D, walaupun saintis di situ tiada kepakaran dalam penyelidikan tubuh zombi dan mutan, mereka ada kelebihan untuk menyelidik maklumat yang di terima jika ada terkait dengan sel manusia, ia boleh di gunakan untuk memeriksa jika terdapat kajian yang sama berlaku keatas Skuad Elit 2.

Jika mereka gagal membokar kesahihan maklumat itu, mereka terpaksa memberi maklumat itu kepada pihak lain secara rahsia, iaitu salah satu 5 pusat penyelidikan rahsia yang memiliki saintis gred S.

Skuad Elit 2 di hantarkan ke makmal penyelidikan untuk memeriksa tubuh mereka jika ada bahan terlarang telah di suntik ke dalam tubuh mereka ketika mereka berada 2 minggu di makmal rahsia. Mereka telah jalani pelbagai ujian untuk memastikan tiada tanda tanda mereka di suntik dadah atau akan bertukar jadi zombi seperti yang di terangkan oleh Skuad Elit 1.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Where stories live. Discover now