20 TENTERA ZOMBI

64 7 2
                                    

Notes : chapter novel ni x byk. Mungkin antara 40-60 chapter

2 bulan masa telah berlalu, sempadan Malsia-Thai masih belum perolehi kemenangan, kebijaksanaan tentera zombi tak boleh di sangkalkan. Bila mereka hampir tewas mereka akan berundur dan akan membuat serangan hendap bila bila masa saja. Pihak tentera manusia hampir tewas juga, ramai di kalangan mereka gugur, di sebabkan majoriti dari mereka ialah askar biasa, walaupun mereka di baris belakang mereka tetap tewas.

Heiriz berasa lega John tak mengganggunya lagi setelah dia menolak ajakan itu berpuluh kali kemudian dia lesap seperti angin. Yang menjadikan igaun mimpi ngeri dalam hidupnya iaitu Harry, boleh kata setiap minggu 2 atau 1 kali mereka akan seks selama 1 atau 2 jam. Dia benar benar penat dan sakit lagi lagi dia perlu fokus pada tugasan dan vaksin serum, dia kerap tertidur membuatkan dia kadang kadang terabaikan kerjanya. Josh akhirnya ingin bercakap dengan dia semula, mereka berbual dan berkongsi seperti biasa.

Berita tergempar kemunculan raja zombi telah tersebar luas, gambaran zombi sempat di rakam dan di muat naik di halaman ketenteraan kemudian beberapa hari berikutnya barulah di dedahkan kepada ke semua Fasiliti penyelidikan samaada kecil atau besar. Heiriz di ruang makmal, dia duduk dan perhatikan rakaman raja zombi di dalam video klik komputernya. Dia sorang je tak berbuat apa apa manakala rakan sekerja yang lain sedang sibuk menjalankan tugas. Mereka tak kan tegur urusan Heiriz sebab mereka tahu Heiriz buat kerja lagi cepat dan pantas walaupun dia nampak banyak masa dan tidak berbuat apa apa, jika dia mula menjalankan tugas, tak sampai beberapa hari mesti dah siap berbanding rakan kerjanya yang memakan masa lebih seminggu walaupun mereka tak banyak bermain, cemburunya mereka dengan otak geliga milik Heiriz ni, rasa nak tukar kepala je.

Heiriz pandang rakaman raja zombi itu lama lama, dia teringatkan makhluk yang dia ternampak di kawasan larangan di sebelah makmal di bandar Xaner, nampak sama dan serupa. Memori dia kuat mustahil dia boleh lupa rupa makhluk itu. Tapi dia tak tahu kenapa pandangan mata itu rasa déjà vu, sama seperti didalam video klip. Beberapa minggu ni dia dah lama tak dengar khabar berita dari Khai, tiada siaran secara langsung dari Khai di kamera, hanya ada sekilas kelibat dia sedang berperang tapi tidak lama, sebenarnya itu pun sudah cukup memadai menandakan dia selamat.

Waktu rehat pun tiba, Heiriz kenal semua muka pekerja di makmal Zon A. Dia kira semua pekerja makmal Zon A, semua cukup. Dia beli roti dan makan cepat cepat dan pesan pada Josh dia ada urusan di makmal peribadinya, Josh angguk. Sebenarnya Heiriz tak pergi ke makmal peribadi malah ke zon Radiasi 3D, zon itu sunyi sepi. Dia tolak pintu dan masuk ke dalam mencari sesiapa di dalam itu. BIB! Kebetulan pintu berkunci di buka dari dalam, gadis asia bermata sepet berkulit cerah memakai baju kasual keluar dari bilik tertutup, gadis itu terkejut melihat kehadiran Heiriz.

gadis itu senyum, "Hello? Ada apa apa saya boleh bantu?"

Heiriz balas senyuman itu, "Em, boleh saya print image." Dia ketik kepalanya beberapa kali.

Gadis, "Boleh, jomlah."

Heiriz ikut gadis itu masuk ke satu bilik perimejan radiasi, di dalam itu terdapat kerusi Kerusi Hidrolik yang sama macam kerusi Dental cabut gigi, di atas kepala kerusi itu ada satu alat seperti topi keledar tapi berbentuk sedikit mesin dan moden canggih. Heiriz baring di atas kerusi itu lalu alat keledar itu di letakkan di kepala Heiriz. Gadis itu berlari masuk ke bilik tertutup, bilik tertutup itu ada cermin yang boleh melihat pesakit di bilik perimejan radiasi. Saat lampu di bilik perimejan radiasi malap, proses mencetak imej melalui gelombang otak pun bermula. Beberapa keping cetakan di cetak melalui mesin cetakan. Gadis itu susuh cetakan itu mengikut kategori sementara menunggu beberapa minit untuk cetakan terakhir.

Pada awalnya gadis itu tidak berminat dengan imej pada cetakan tersebut, saat dia ambil cetakan terakhir untuk di susun, barulah dia terpandang imej di cetakan tersebut. Imej itu sangat jelas, teliti dan tersusun dan begitu nyata, imej raja zombi di dalam kapsul, gadis itu terkedu. Nama spesimen itu begitu jelas dan terang "Spesimen JS". Tangan gadis menggeletar.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora