17 KAD CP

47 7 0
                                    

Semenjak seminggu Heiriz bermula bertugas di makmal, dengan penampilannya, dia tak lagi di ganggu oleh John malah sentiasa berselisihan seolah olah mereka tak kenal antara satu sama lain. Heiriz kadang kadang keluar makan bermai ramai dengan Skuad Elit 1, takkan nak sombong dengan mereka pula.

Dewan Besar, Fasiliti Sayap QA, Pusat Bandar Kuching

Hari di nantikan sudah pun tiba, Heiriz masih lagi mengenakan pakaian elegen, rambutnya tetap menutup separuh wajahnya sedikit, cermin mata bulat di pakai, dia tersenyum puas. Josh pula mengenakan pakaian formal dan plain warna putih, rambutnya di pomade bagi macho-lah kata kan. Dan lagi 6 orang rakan kerja, 4 perempuan 2 lelaki. Mereka berdiri di luar dewan, rasa berdebar debar. 5 orang pengawal berkawal di pintu masuk. mereka akan memeriksa setiap tetamu, kad ID perlu di imbas di mesin pengimbas, ia sama macam smartphone hanya pengawal je yang boleh baca nama pemilik ID itu, untuk memastikan mereka warga Sayap QA. Semua rakan kerja Heiriz termasuklah Josh imbas kad ID, Heiriz yang terakhir di antara mereka yang mengimbas. Nama Heiriz terpapar di Smartphone, di sisi maklumat Heiriz terpapar nombor tempahan.

Pengawal itu tarik lengan Heiriz.

"Maaf encik, nampaknya ada orang booking meja untuk encik."

Heiriz angkat kening tak mengerti.

"Sape?"

Pengawal itu senyum, "Maaf encik, saya tak tahu, tapi kat dalam ni ada tulis ada orang booking kan. Sila pergi ke aras 4 dan bertanya pada pengawal di situ."

Heiriz balas senyuman itu, "terima kasih."

Heiriz tengok meja VIP ada 8 kerusi, cukup untuk dia dan rakan kerjanya. Heiriz tengok rakan sekerjanya dah bersiap duduk di meja yang masih kosong, meja itu kosong tidak terhidang apa apa, mereka perlu ambil sendiri di ruang makanan yang tersedia. Heiriz mendekati mereka.

Heiriz, "Hey, guys. Ada meja vip sedang menunggu."

Dia tersenyum lebar pada mereka, mereka terkejut.

Anis,"Seriously? Sape yang booking? Untuk sape?"

Heiriz berkerut kening sambil tersenyum memek muka tak tahu.

"Tak tahu, ada orang booking untuk saya. Jomlah, cukup kerusi untuk kita."

Mereka begitu gembira dapat merasakan meja dan ruang makan vip, mereka masuk ke dalam dan Heiriz berurusan dengan pengawal lalu mereka panggil pelayan menyuruh pelayan iringi mereka ke meja. Meja mereka terletak di tepi anjung separa bulat, mereka boleh nampak seluruh dewan dari atas ke bawah, berasa gayat dan kagum. Meja vip mereka juga berbentuk bulat, ada ukiran emas dan bercorak elegan dan mewah, pelayan tarik kerusi untuk mereka lalu menyediakan meja, sudu dan cawan. Di atas meja itu sudah tersedia pelbagai makanan yang enak, berbeza dengan hidangan makanan untuk bukan vip. Pelayan meninggalkan pesanan jika mereka perlu apa apa boleh tekan butang di bawah meja.

Pelayan itu beredar, tanpa membuang masa, mereka ambil makan dan menjamu selera. Lagu "My Heart Will Go On" di mainkan, rasa romantik pula. Mereka berbual dan gelak tertawa, makan sampai kenyang, dah tak de sisa makan tertinggal satu pun.

Tisna, gadis Indonesia, "Vip mana yang awak kenal ni? Ni bukan vip, ni kira vvip punya meja ni."

Heiriz tergamam, "Yeke? Manalah saya tau. Kenal pun tak orang tu."

Li Jun, jejaka Cina, "heish, takde lagu lain ke nak mainkan."

Meja no.534 milik Heiriz dan rakan sekerjanya berada, di sebelah meja no.535 dah penuh, meja seterusnya no.536 pun penuh, hanya meja yang lagi satu no.537 tu kekal kosong. Semua meja yang mempunyai angka tengah no.3 je berada di anjungan. kebetulan pula Skuad Elit 1 sampai dan duduk di meja no.537. Mata Heiriz bulat, tak sangka pula mereka nampak Heiriz lalu mereka melambai ke arahnya berserta dengan senyuman yang ramah, mau nak tersembur air liur di buatnya. Heiriz berasa janggal pula, dia tak mahu menarik perhatian, kalau boleh dia nak tenggelam kepalanya agar mereka tak nampak dia.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Where stories live. Discover now