25. KAWALAN KETAT

68 6 1
                                    


Erina bersama dengan seorang doktor lelaki masuk ke dalam wad lalu memeriksa keadaan Khai. Doktor menjelaskan bahawa Khai semakin stabil tetapi Khai perlu dirujuk kepada Doktor Psikiatri terlebih dahulu untuk pengesahan mental yang di alami oleh Khai sekarang ini samaada sudah semakin baik atau tidak. Heiriz MC hari ini kerana tubuhnya letih penat dan sedikit sakit pada pinggang. Heiriz kalau boleh ingin meluangkan masa lebih lama sedikit dengan Khai, berbual dari hati ke hati mengenai status hubungan mereka tetapi malangnya Kru Skuad Elit tak berganjak malah doktor psikiatri sedang memeriksa dan memantau keadaan kesihatan mental Khai, dia jadi tidak selesa berehat di situ lama lama maka dia ambil keputusan untuk pulang dan berehat di apartmen.

Khai suruh Oscar teman Heiriz pulang, sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Oscar asyik mengusik membuatkan Heiriz merah padam. Oscar hantar sampai depan apartmen sahaja lalu merela melambai tangan lalu berpisah. Heiriz berasa terlalu letih untuk angkat kaki, dia pegang pinggangnya yang terasa sengal sengal itu. Seorang lelaki warga india berusia lingkungan 40an bertubuh tinggi lampai berkulit gelap ada sedikit jambang tetapi masih terserlah ketampanannya, lelaki itu berdiri di depan pintu apartmen Heiriz. Mata Heiriz terbuntang luas, hati berasa berbunga bunga segera dia menuju ke lelaki itu.

"Komander Aarav!!"

Komander Aarav mencari pemilik suara tersebut, matanya juga terbuntang terpegun melihat Heiriz berjalan kearahnya dalam keadaan terhincut hincut tapi masih kelihatan baik baik dan bersemangat lalu dia menuju ke Heiriz. Mereka berhenti di hadapan satu sama lain.

"Komander, komander semakin sihat. Saya, saya tak sempat nak melawat komander."

"Tak ada apalah. saya dah ok cuma tak berapa baik macam masa sihat dulu dulu."

"Syukurlah! Jom jom masuk, kita berbual kat dalam."

Komander Aarav pun ikut Heiriz masuk ke apartmen. Apartmen Heiriz sangat luas dan bersih malah ada robot pembantu yang sentiasa mengemas. Heiriz menyediakan secawan kopi lalu di letakkan ke atas meja, komander Aarav duduk di sofa kecil sesuai saiznya dengan apartmen tersebut.

Heiriz, "komander tau saya tinggal sini..mesti presiden Rashid yang bagitau, kan?"

Komander Aarav, "Yup, macam mana keadaan awak sekarang ni? Saya ada dengar dari presiden Rashid awak bertempur bersama sama dengan skuad Elit 1 dua kali termasuk misi Bandar Labis."

"Anggaplah itu pengalaman baru."

Mereka berdua berbual mengenangkan balik ketika mereka di Sayap AZ, begitu tenang tiada ancaman bahaya. Walaupun mereka tak bebas dan terikat tetapi sekurang kurangnya mereka di jaga dengan baik dan rapi serta terkawal. Komander Aarav juga menjelaskan statusnya di Bandar Kuching  dan siasatan atas kehilangan Presiden AZ masih di teruskan.

"Ada pembelot dalam kalangan orang atas."

Heiriz tidak terkejut dia boleh agak.

"Presiden Syahira melarikan diri bersama dengan senarai nama yang terlibat dengan penyelidikan serum dan vaksin, ini semua demi keselamatan awak dan Josh juga. ramai pihak atas dan saintis Gred S dan A yang di culik untuk soal siasat menggunakan hipnosis Transmit Gelombang Otak. kami tak tahu siapa pembelot tapi presiden Kamal dapat detect ada pembelot di kalangan orang atas selepas segala pengkalan maklumat dalam sistem di geledah..."

Raut wajah Komander Aarav berubah suram dan gelap, "Dan..kali pertama dalam hidup saya dan presiden Syahira..perintahkan saya bunuh semua orang atasan..dan buat seolah olah mereka bunuh diri."

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Where stories live. Discover now