9. PERSEDIAAN

78 5 0
                                    

Ting! Ting! Ting! Ting! Ting! Ting! Smartphone milik Heiriz berdering beberapa kali, kemudian senyap beberapa saat kemudian berdering sekali lagi. Banyak kali sudah smartphone miliknya berdering, Heiriz masih tidur tidak sedarkan diri, peristiwa gelap semalam membuatkan dia penat dan kelihatan letih, tubuhnya sakit, lubangnya kurang terasa sakit lepas di sapu ubat, begitu juga bekas luka sudah hilang kerana di sapu ubat luka tetapi masih terasa sakit. Heiriz terasa malas nak bangun dan jawap panggilan itu, walaupun dia sudah tidak ingat kejadian pahit semalam di sebabkan pil itu, tapi dia terasa tidak selesa pada badannya yang dia sendiri tak tahu mana puncanya, sebab dia dah lupa. Heiriz segera capai smartphone lalu jawab dan biarkan ia terbaring di sebelah telinga.

"hei budak! Turun bawah sekarang! Dah banyak kali aku call tak angkat angkat! Kau turun sekarang sebelum aku naik aku kerjakan kau! Sekarang nak masuk waktu makan tengah hari! Jangan nak buang masa aku!"

Kedengaran suara milik Khai di sebalik panggilan itu, segera Heiriz bangun, matanya terus segar. lelaki menakutkan itu hubungi dia, untuk apa panggil dia turun ke bawah.

"oi! Kau dengar ke tak?!

"Ah saya dengar saya dengar! 5 minit 5 minit!"

Terus panggilan itu di matikan dari sana, jam menunjukkan sudah pukul 11. Segera Heiriz bangun masuk ke bilik mandi, mandi kurang 1 minit terus dia cari t-shirt tanpa hirau berkedut segera di sarungkan. Tanpa pakai stokin, terus dia sarung kakinya ke dalam kasut dan berlari masuk lif dan turun ke bawah. Setelah kakinya melangkah keluar dari pintu hostel, Jalal, Oscar, Winnie, Khai dan Lee Sun dah berdiri di depan bangunan, di belakang mereka terdapat MPV warna putih.

Jalal, "jom makan makan."

Heiriz di heret ke sebuah restoran 3 bintang, dia di heret ke sebuah meja bulat di mana Erina dan Yoshi sedang menunggu, banyak makanan mereka sudah tersedia hidang membuatkan air liur Heiriz meleleh mengenangkan dia sudah berapa lama tak menikmati makanan sesedap ini selepas kejadian menimpa di Sayap AZ. Seorang demi seorang dari mereka duduk di atas kerusi yang ada, Heiriz terdiam bila tiada kerusi kosong yang lain, yang ada pun hanya 2 buah kerusi kosong di kedua dua belah Khai. semua Skuad Elit 1 pandang Heiriz sambil tersenyum menampakkan gigi, senyuman mereka seperti ada makna. Hanya Khai je fokus dengan smartphone dan tak tahu apa yang kru miliknya dan Heiriz sedang lakukan.

Jalal, "duduklah Heiriz! Ada 2 kosong kat sebelah kapten."

wajah Heiriz dan menyeringai ketakutan, kebetulan pula Khai pandang Jalal kemudian pandang Heiriz dengan wajah dingin dan bengisnya itu, dah la handsome tapi sayang bengis betul. Heiriz tertelan air liur samaada nak duduk sebelah kapten itu atau tak. Heiriz merasakan semua orang cuba kenakan dia dengan Khai, cuba buli dia.

Heiriz, "Kenapa ada 2 kosang sebelah kapten, kenapa abang Jalal tak duduk sebelah kapten? Akak Erina kan rapat dengan kapten."

Erina, "dia kapten, kami hormat dia. Kenalah nampak sikit dia tu ketua."

Heiriz menjerit dalam hati. Habis aku ni kenapa kena duduk sebelah dia pula! Kang dia pancung aku tak pasal pasal dia cekikkan aku dengan tulang pula! Eih geram pula aku dengan diorang ni! Saje je nak buli aku!

Heiriz dengan redha, dia duduk sebelah kanan Khai dengan perasaan takut dan berat hati yang menggunung dalam diri. Baru je Heiriz duduk, Khai tiba tiba berdiri membuatkan Heiriz menggelabah, Khai ambil segelas air gas perasa strawberry lalu di angkat tinggi hingga ke paras kepala.

Khai, "hari ini kita adakan makan besar besar untuk meraikan rekruit baru kita iaitu Heiriz Zil."

mereka tepuk tangan, Heiriz terpinga pinga, apa yang sedang berlaku.

Khai, "walaupun bukan permenant, tapi harap boleh membantu kita menjalankan misi dengan lebih baik. betul tak Heiriz?"

wajah Khai masih tegas, series dan bengis, tetapi dia sangat sangat kacak! Heiriz kelam kabut berdiri, mukanya merah padam kerana malu dan segan dengan sikap dirinya yang tergopoh gapah, dia tersengih sengih.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Where stories live. Discover now