8. UGUTAN DAN ANCAMAN

92 9 0
                                    

Baru 2 hari Heiriz bebas dari kuarantin, tak sangka saintis tercedera itu bertukar menjadi zombi ketika mereka hampir tamat tempoh kuarantin. Keadaan agak menjadi huru hara selepas pintu sel di buka, tiba tiba pengawal sel di gigit akhirnya terus berjangkit ke orang lain. Heiriz berjaya menyelamatkan diri bersama dengan Skuad Elit 1, tapi sayang, 2 lagi saintis yang sihat terselamat bersama dengannya juga mati di baham beramai ramai. Skuad ELit bertindak dengan pantas, dia menyuruh bangunan sel kuarantin untuk membuat penutupan dan penyekatan.

Tak kurang dari sehari Skuad Elit berjaya mengatasi dan hapuskan semua mayat hidup tanpa meninggalkan sekor pun, termasuk yang dah di gigit di hapuskan sekali. Mereka di hantar ke pusat menunggu dan istirehat sementara menunggu Pengutus dari orang atasan mereka, Heiriz turut ikut mereka ke pusat menunggu dan istirehat. beberapa jam kemudian, pengutus yang di kirim oleh ketua mereka menjemput Skuad Elit 1, Harry. Lelaki bernama Harry berusia pertengah 20an, lelaki berkulit sawo matang dari asia, warna mata hitam gelap, warna rambut hitam berlikat di selak ke sisi seperti lelaki baik. memandangkan Heiriz tiada hala tuju dan sentiasa ekori Skuad Elit 1 kerana masih trauma, dia lebih selesa dan selamat jika bersama dengan mereka.

Di sebabkan Heiriz merupakan orang penting dalam senarai Penyelidikan negara, dia di bawa ke bilik khas tetamu. Pada mulanya Heiriz enggan kerana takut untuk berpisah dengan Skuad Elit 1 yang sentiasa memberikannya keselamatan. Khai mula rasa rimas dengan sikap Heiriz yang sentiasa ingin ikuti mereka ke mana sahaja.

Khai, "Kau ingat kerja kami ni jadi bodyguard kau je ke? Banyak lagi nyawa yang perlu kitorang selamatkan berbanding kau sorang. Kau ingat dengan kitorang terjamin sentiasa selamat? Kitorang selalu di hantar ke misi berbahaya, tak de yang selamat, kau nak ikut juga ke kitorang gi misi?"

Heiriz angguk penuh tekun, "Saya rasa lebih selamat dengan korang walaupun korang jalani misi berbahaya. Saya yakin korang boleh atasi. Kalau saya tinggal sini sorang sorang, macam mana kalau terjadi lagi macam dekat sana, macam dekat Labis."

Khai, "Stop! Dah, kau pergi jauh dari kami. Kami ada urusan nak di bincang dengan ketua kami. Semoga tak berjumpa lagi."

Khai dan ahlinya beredar meningglakan Heiriz di luar Pusat Tentera, di belakangnya berdiri pelayan yang akan mengiringinya ke bilik tetamu. Di wajah Heiriz memancarkan wajah sedih, terasa pedih di tolak bulat bulat. Khai masuk ke dalam kereta, dia pandang pantulan imej Heiriz melalui cermin pandang belakang. Khai pun tak tahu kenapa dia berasa sedih tiap kali melihat keadaan Heiriz yang menyedihkan itu. Dia masih ingat kisah 5 tahun yang lepas, selepas dia bunuh semua perogol, hatinya begitu remuk melihat wajah halus dan kacak milik Heiriz bergelumangan dengan air mata. Khai merasakan dia mahu peluk budak itu ke dakapannya erat erat, ingin bawa budak itu pulang dan simpan di jaga dengan baik. Sedih dengan kehidupan budak itu, tak sangka pula setelah 5 tahun kali terakhir bertemu, budak itu sudah besar menjadi orang yang berjaya sehingga boleh termasuk dalam senarai orang penting semasa membaca maklumat yang di beri.

Heiriz, "3 hari dah berlalu. Apa aku nak buat kat sini. Aku nak call Josh dan tanya pasal serum tu. Tapi masalahnya aku tak tau kat mana Josh sekarang. entah hidup ke mati ke."

Heiriz tenung tab mini dan telefon pintar yang di berikan. Di skrin tab itu terpapar berita tentang kehilangan Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan Sayap AZ. Sebelum insiden berlakunya ketewasan Sayap AZ, Ketua Pengarah Tersebut sudah hilang tanpa jejak, manakala ramai orang atas bunuh diri selepas berlakunya insiden tersebut. Yang masih hidup adalah Komander Aarav Tentera Sayap AZ, dia juga alami kecederaan yang agak parah dan masih belum sedarkan diri. Pihak Presiden Bandar Xaner berkata, Heiriz perlu tunggu sehingga komander Aarav sedar dan mengikut keputusan yang akan di beri. Buat masa ini Heiriz akan di susun ikut peraturan milik Bandar Xaner.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Where stories live. Discover now