3. SKUAD ELIT SENJATA MANUSIA

141 7 0
                                    

KAWASAN PEMINDAHAN
Tahun 2071. Kawasan tanah lapang di penuhi kehijauan dan tasik luas. Pintu gua yang ternganga luas berdekatan dengan tasik, muncul beberapa askar skuad elit mengiring Heiriz keluar dari gua ke kawasan pemindahan sambil melindungi beliau dari serangan zombi yang ganas. Beratus ratus zombi mengekori belakang mereka sambil di tembak beratus ratus das. Ada beberapa dari mereka di gigit di cakar tetapi gagal menembusi badan perisai yang di perbuat dari bahan aloi dan logam.

Ketika sedang berlari, mata Heiriz nampak sebuah pesawat menyelamat tak jauh dari pintu gua manakala lagi 6 pesawat telah pun berangkat. Dia toleh ke belakang ke arah puluhan zombi yang masih bertahan dari asakan tembakan. Matanya liar seolah olah sedang mencari sesuatu.

"BERGERAK CEPAT!! CEPAT!! BOM MASA LAGI TINGGAL BEBERAPA MINITI!!" Jerit suara lelaki salah seorang dari askar elit.

"CEPAT NAIK CEPAT NAIK!!"  Wanita askar elit menolak belakang  Heiriz masuk ke dalam pesawat menyelamat dengan kasar.

Heiriz terpaksa masuk ke dalam tanpa bersedia kepalanya dari terhantuk ke pintu pesawat. Heiriz periksa di dalam pesawat terdapat saintis yang di selamatkan hanya beberapa orang sahaja mungkin yang selebihnya sudah di selamatkan. Wanita itu turut naik ke dalam pesawat lalu duduk di hadapan Heiriz.

"MANA KAPTEN!! MASA DAH SEMAKIN SUNTUK!" Wanita itu menjerit ke arah beberapa ahli pasukan yang masih belum masuk dan masih terus menembak zombi.

BOOM!!! Letupan bergema, bersepai zombi zombi di pintu gua. Selang beberapa saat, muncul lembaga lelaki di pintu gua sambil memegang pelancar roket di atas bahunya. Khai Yaif, dia berdiri tegak dengan susuk tubuh yang sasa tegap tinggi berkulit madu cerah, wajahnya tegang penuh ketegasan, kacak dan penuh aura menakutkan seakan akan ia mampu membunuh hanya dengan kehadiran auranya sahaja. Mata Heiriz tertumpu pada Khai, lelaki yang pernah selamatkannya dulu.

Khai, "teruskan! Abaikan aku! Aku halang mayat hidup dulu! Nanti aku kejar!" Suaranya begitu dingin, tegas dan tenang. Nada nada seorang ketua pasukan yang memberi arahan, arahan yang tak boleh bantah, sesiapa dengar arahan dari suara itu tidak berani menidakkannya.

Pesawat itu perlahan lahan di naikkan ke udara, semua ahli skuad melompat masuk ke dalam kecuali Khai, dia sedang sibuk melepaskan peluru Pelancar roket ke arah zombi di dalam gua. BOOM!! Bersepai berpuluh zombi. Lalu dia melepaskan pelancar roket ke tepi lalu mencapai minigun lantas di belakangnya lalu tembak berpuluh das ke arah zombi. Ketika pesawat hampir 3 meter di udara barulah Khai berlari meninggalkan pintu gua sambil melepaskan tembakan berdas das. Ketika pesawat semakin tinggi, barulah Khai berhenti menembak, dia lemparkan minigun ke tepi lalu berlari dengan pantas sepantas kuda lalu dia lompat setinggi tingginya lalu berjaya masuk ke dalam tanpa perlukan bantuan.

Mata Khai liar melihat semua ahli skuadnya masih cukup tiada cedera parah, melihat beberapa saintis masih terselamat. Bila masa Heiriz mengenakan spek tu tak tau lah, tapi yang pasti dia agak teruja melihat lelaki yang dia tercari carikan itu berada di depan matanya. Pintu pesawat perlahan lahan tutup, dalam beberapa detik bunyi ledakan di setiap lorong pusat penyelidikan. Kesan daripada letupan itu memberi kesan gegaran pada pesawat serta gunung dan pintu gua runtuh. Khai segera duduk di sebelah wanita dari pasukannya. Topi perisai keselamatan di cabut lalu di serah kepada wanita di sebelahnya. Khai pandang semua orang di dalam pesawat itu.

Khai, "korang akan di pindahkan ke Pusat Penyelidikan Sayap AJ. Semua orang kat apartment dah di pindahkan ke sana. Mungkin ada sesetengah dari korang di pindahkan tempat lain diikuti keluarga masing masing."

Semua saintis angguk, Heiriz menyusun rambut depan tujuan tutup separuh mukanya. Khai tercari cari sesuatu tapi tak jumpa.

Khai bertanya pada wanita di sebelahnya sambil berbisik. "Mana budak tadi?"

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Where stories live. Discover now