12. PENJANA ELEKTRIK HIDRO

62 7 0
                                    

Mereka terkesima, 2 anjing itu bersemangat menerpa ke arah mereka sambil menyalak. Khai tolak Heiriz berlindung di belakangnya. Khai tembak 2 anjing beberapa das tembakan, anjing anjing itu mengelak lompat sana sini, mereka lebih pantas daripada zombi level 4. Kebanyakan tembakan Khai tersasar tapi tidak terlalu ketara tersasar cuma tersasar terkena bulu, walaupun ada yang mengena tepat di dahi dan tubuh mereka, tapi ia belum cukup menembusi kulit liat mereka. Saat 2 anjing itu hampiri Khai, white board muncul di hadapan Khai dari arah kanan maka 2 anjing itu langgar white board berkaki 4 roda ketika Heiriz menolak ia di hadapan Khai untuk melindunginya. White board itu tumbang akibat terpaan yang ganas.

Khai, "lari!!"

Bergegas mereka berlari pantas ke arah pintu manakala 2 anjing perlahan lahan berdiri dan berusaha mengejar mereka. Mereka keluar dari pejabat dan segera tutup pintu, maka 2 anjing itu menerpa ke pintu dengan ganas. Bergegar gegar pintu itu, mereka berundur ke belakang sedikit. Segera Heiriz ajak Khai ikut tunjuk arahnya, belum sempat mereka berlari jauh dari pintu itu, pintu itu tertanggal terpelanting terkena dinding. Walaupun senapang BT-3 itu ciptaan baharu hasil dari penyelidikan senjata, sepatutnya ia khas untuk zombi seperti level 4, cukup untuk beberapa das tembakan mampu tumbangkan level 4, kekuatan dan peluru khas telah terbukti keberkesanannnya kerana ia mampu menembusi dinding setebal 5 inci hanya kurang 10 das tembakan. Tak sangka pula ada yang lebih sukar di hapuskan selain level 4, kulitnya lebih liat dan lebih pantas berbanding level 4.

Khai blok jalan dan tumbangkan semua perabot dan item yang ada di sepanjang lorong acap kali dia berlari sambil menembak bagi memperlahankan pergerakkan dua anjing itu. Dia ikut je Heiriz berlari lorong ke kanan ke kiri tak tahu ke mana Heiriz bawa dia, tapi dia percayakan Heiriz. Kelibat dua anjing mutan dah tak kelihatan tapi salakkan dua anjing itu kedengarannya tidak jauh dari mereka, mesti dua anjing itu terhalang oleh item item yang Khai dah gunakan untuk blok tadi. Khai berlari tak pandang depan lalu bertembung dengan Heiriz, Heiriz berdiri tegak di hadapan pintu berkembar gelangsar perbuat dari berlian.

Heiriz, "pintu kecemasan aktif, semua pekerja lari ke kawasan pemindahan. Kita terperangkap."

"Letupkan je."

Heiriz berpusing pandang KHai.

"Tak boleh! Bahan perbuat dari berlian setebal 7 inci takkan boleh di letupkan, kecuali bahan biokimia."

Khai tengok alat pengimbas ID dan paskod di tepi pintu, dia melepaskan keluhan. Macam manalah industri penyelidikan boleh korek berlian sebanyak tu?

Heiriz, "kena cari main generator untuk hidupkan back up power. sekarang, sistem automatik back up power alami kegagalan. jadi, kena hidupkan generator secara manual, dan godam paskod untuk buka pintu."

Khai pusing menghadap bunyi salakkan anjing, nampaknya anjing semakin dekat tapi masih lagi terhalang. Dia berpaling ke Heiriz semula.

2 ekor anjing itu tersangkut dan tersepit antara di celah celah barang dan item item dan masih gagal, anjing A hanya kepala je tersembul manakala anjing B hampir separuh badan berjaya keluar. Khai berdiri di depan anjing A lalu dia cengkam kepala anjing itu sekuat kuatnya sehingga anjing itu meronta ingin melepaskan diri seolah olah tahu dirinya dalam bahaya, dalam sekelip mata kepala anjing itu berderai. Heiriz angkat kedua dua kening.

Heiriz, "Jadi betul khabar angin, senjata manusia boleh bengkokkan besi dengan tangan kosong?"

Khai berdiri tegak pandang muka Heiriz, Heiriz cuba tenggelamkan kepalanya.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang