1. HEIRIZ ZIL

238 9 0
                                    

Tahun 2071
14 tahun telah berlalu setelah bermulanya penularan wabak jangkitan virus yang boleh mematikan serta menghidupkan organisma hidup. Para ahli sains masih meneruskan usaha untuk menghasilkan senjata terkuat iaitu Senjata Tenaga dan Senjata Api. Buat masa ini mereka masih menggunakan Grenade (Pelancar Bom Tangan), Roket, Minigun dan Senapang yang di ubahsuai menjadi lebih tahan lasak dan peluru istimewa yang boleh menandingi dan mematikan mayat hidup tahap 3.

APARTMENT PENYELIDIKAN SAYAP AZ
Kediaman ini wajib di huni oleh ahli keluarga ahli sains untuk di lindungi. Di zaman kepupusan manusia ini, ahli sains adalah harta terpenting di dunia untuk penyelidikan dan mengkaji vaksin, serum, senjata dan sebagainya. Kediaman ini sangat terpencil antara gunung ganang di lindungi oleh para tentera elit iaitu Senjata Manusia yang dah di ubahsuai. 

8.00am. Heiriz Zil berdiri tegak di depan cermin sambil menung pantulan dirinya di cermin. Dia memakai t-shirt warna krim, rambut depan agak panjang cecah ke hidung tapi di selak ke kiri sikit menutupi separuh dari mukanya. Warna matanya warna kelabu seakan kebiruan, bulu mata panjang dan sedikit melentik, bibirnya seperti itik senang kata orang panggil mulut manja, warna rambut coklat seakan kemerahan, kulitnya putih mulus tiada misai dan janggut di wajahnya. Nampak seperti budak baik, dia ambil cermin mata di atas meja sebelah katil lalu di pakai, sangat-sangat nerd.

Tubuhnya pejal tak terlalu kurus tak gempal, sedap mata memandang. Tingginya 176cm, 67kg. Segera dia keluar dari apartment.

PUSAT PENYELIDIKAN SAYAP AZ
Pusat penyelidikan ini berada di bawah tanah, untuk masuk ke dalam perlu melalui pintu gua yang di litupi dengan daun-daun dan akar dan tidak di ketahui umum dan tak ramai ahli sains yang berkerja di situ, maklumat sulit sangat ketat hanya ahli sains yang mempunyai gred S dan A sahaja di benarkan kerja di sini secaran rahsia, manakala gred B, C dan D adalah pembantu untuk mengaburi mata musuh jika makmal mereka terdedah. Kerana di situlah para saintis gred S dan A berkerjasama menghasilkan serum, vaksin dan senjata terbaru yang paling kuat.

Heiriz menitiskan setitik cecair biru ke dalam cecair berwarna kuning pudar didalam tabung uji. Warna beransur ansur berubah ke hijau lembut, kemudian di titiskan beberapa titis keatas segenggam daging kenyal yang kelihatan sedikit hitam macam hati perokok yang dalam kritikal. Kemudian dia letak di bawah mikroskop lalu die merapati mata ke eyepiece. Melalui tinjauan mikroskop, sel sel serabut hitam terputus di antara 1 sama lain, dalam sekelip mata sel sel hitam tersebut mereput dan ada sebahgian mereka bertukar menjadi sel merah. Heiriz angkat kepala lalu melihat daging kenyal itu perlahan lahan berubah merah dengan perubahan pantas.

Heiriz tersenyum, dengan cepat die mencatat kajian ke dalam komputer. Cermin mata sempat perbetulkan kedudukan di tengah tengah hidung. Senyumannya lebar macam nak terkoyak. Tiba tiba lonceng amaran berbunyi, lampu amaran turut memberi amaran merah berkelip kelip. Heiriz terkejut, dia sorang je yang ada di makmal tu, sebab makmal tu khas untuk kegunaan dia dan pembantunya. Terdengar suara di speaker memberi amaran.

WARNING!! WARNING!! THERE ARE INTRUDERS!!
WARNING!! WARNING!! THERE ARE INTRUDERS!!
PLEASE EVACUATE IMMEDIATELY!!
I SAY AGAIN!
PLEASE EVACUATE IMMEDIATELY!!

Heiriz segera pasang penutup tabung uji yang dah di campur tadi lalu di masukkan ke dalam poket baju saintisnya. Dia dah berlari menghampiri pintu kemudian patah balik ke komputer, dia ambil pendrive lalu di cucuk ke komputer. Dia sedang download perisian penting ke dalam pendrive, baru 30% , Josh meredah masuk ke dalam makmal.

Dia berlari ke arah Heiriz lalu rentap tangan Heiriz,

Josh, " Iriz! Kita kena pergi sekarang! Makmal di ceroboh! Banyak zombi kat aras bawah! cepat keluar!!" Dia nak tarik Heiriz tapi Heiriz tak berganjak.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Där berättelser lever. Upptäck nu