44. HYBRID

32 6 1
                                    

Wilayah Cin Cang, Pekan Jiang Han

9 pagi. Bunyi tembakan dan teriakan zombi dan haiwan telah menyapa suasana pekan yang sudah lama terbiar dan tidak berpenghuni sejak sekian lama. Konvoi ke Lembah Huanglong bergelut cuba melepaskan diri dari asakan lautan zombi semua level. Bunyi letupan roket dan bom berselang seli tetapi asakan zombi tetap tidak berkurang.

Lauren teriak, "Bersihkan laluan dulu! Bagi kenderaan lalu dulu! Bersihkan laluan cepat!!"

orang bawah Lauren menyerang semua zombi yang menghalang laluan kenderaan mereka dari maju. 2 orang yang bom zombi. Pasukan Alex fokus di sekitar mereka sahaja.

Alex teriak, "Wu Xie! Tolong Lauren! Bersihkan laluan!!" Dia memberi arahan.

Anggota di bawah pimpinan Wu Xie ikut Wu Xie tolong bersihkan lalu. Heiriz tengok keadaan sangat kritikal, zombi yang entah dari mana tiba muncul menyerang mereka. Yang paling menyeramkan zombi level 5 dan 4. Heiriz dan Qianlu fokus menyerang level 5 dan 4. Heiriz mengawal 3 Dron tempur berkaliber tinggi, di mata semua orang mereka syak itu di kawal oleh Qianlu. Heiriz hanya menggunakan senjata plasma untuk mematikan level 4 dan level 5. Dalam banyak senjata, senjata Heiriz paling mematikan. 3 zombi serigala melompat ke arah Lauren, senjata plasma Heiriz dalam proses reload peluru. Lauren hanya berjaya mematikan seekor zombi serigala manakala lagi 2 hampir menerkamnya, bagaikan angin, kepala 2 ekor serigala zombi terpisah dari tubuh, bangkai zombi itu rebah di hadapan Lauren. Lauren terkesima, Heiriz berdiri di hadapannya sambil mengesat darah pada 2 belati itu di pakaian Lauren.

Lauren memang senjata manusia tapi dia tiada kemahiran seni bela diri atau apa apa pergerakan untuk mempertahankan diri, senang kata dia tak istimewa sangat pun, hebat dengan manusia normal je tapi berlagak, meh. zombi zombi yang cuba mendekati kenderaan di mana pekerja di bawah pelanggan mereka berada akan di habisi oleh Heiriz sendiri. Sepatutnya Lauren yang melindungi pekerja tersebut bukan Heiriz, tapi dah Lauren macam tak de fungsi. Medik perempuan di dalam kereta teriak kuat, di hadapannya beberapa orang askar di makan di bunuh di tangkap di gigit. Zombi level 5 berdiri di hadapan kereta Lauren, ramai yang menembak level 5 bertubi tapi serangan peluru yang lemah itu tak memberi kesan yang kuat pun padanya.

Serangan roket mengena ke muka zombi level 5, zombi itu berteriak berasa marah. Lidahnya sangat panjang melibas ke arah mereka, saat ia buka mulut dengan tak semena mena segala isi dalam mulut zombi itu berkecai sampai 2 biji mata pun bertaburan. Heiriz berdiri tegak di belakang mereka, senjatanya baru sahaja meludahkan peluru yang kuat ke mulut zombi level 5.

"Bos! Mereka terlalu ramai! Izinkan kami guna bom!!" Suara mereka bercampur ketakutan.

Lauren, "Jangan! Bom sangat terhad! Gunakan senjata selagi mampu!"

"Bos!! Kita takkan boleh bertahan!!"

Alex tolak Lauren ke tepi, "Kau uruskan belah belakang. Biar aku clear kan laluan."

Pasukan Lauren tukar posisi dengan pasukan Alex. Alex dan beberapa orang anggota berlari ke depan dan berdiri di sisi Heiriz. Heiriz tak berhenti menembak lautan zombi dan dia nampak tenang, tak panik langsung macam dah sesuatu kebiasaan. Alex tembak guna mesingan yang agak mematikan tapi level lebih bawah dari senjata Heiriz. beberapa orangnya juga tembak roket dan ada yang bom sahaja. Qianlu dan dronnya termasuk dron Heiriz masih terus menguruskan zombi di bahagian belakang halang dari zombi terus mendekati kenderaan mereka. Lidah membelit kaki Qianlu.

Qianlu teriak sampai tersungkur, "AHh! Abang!!"

Zombi level 3 menerkam Qianlu , tiada askar Lauren yang amik peduli pasal Qianlu. Qianlu panik dan dron miliknya juga tak terkawal malah hampir menyerang orang lain.

Level 3 yang cuba menggigit Qianlu di tembak oleh dron Heiriz, Qianlu menggeletar, dia masih terkejut. 2 dron milik Heiriz pimpin Qianlu bangun dari duduknya. Qianlu pusing pandang Heiriz di depan, dia tersenyum melihat Heiriz, dia berasa bangga bertemu dengan Heiriz. Beberapa orang lain di makan dan cedera. Alex kerap di cakar, tapi dia abaikan cakaran itu, itu tidak akan mengjangkitinya langsung. Senjata Heiriz berhenti, dalam proses reload. Heiriz keluarkan 2 belatinya, dia berani mati mengelar leher zombi di hadapan mereka. Alex tergamam, mereka tak pernah berani bertindak mati macam tu tapi Heiriz begitu tenang seolah olah dia boleh ramal segala pergerakan zombi level 3 dan 4 ke mana, di mana dan bila mereka akan menyerang.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Where stories live. Discover now