11. MAKMAL RAHSIA

88 7 0
                                    

Mereka terus maju sambil perhatikan keadaan sekeliling untuk lebih berhati hati. Mereka berasa hairan, walaupun Bandar Labis sudah di bom, yang pelik item dalam bangunan itu tidak musnah tapi tingkap pecah pula, walaupun sudah di bom tetapi perabot dan item di dalam bangunan ini masih utuh seolah olah tidak pernah di sentuh bom.

Heiriz, "Berdasarkan ketahanan konkrit diperbuat aloi logam besi, kromium dan batu bata merah, jika jarak ledakan bom nuklear kurang dari 20km tidak akan memberi kesan kepada bangunan ni termasuk dalamnya sekali."

Yoshi, "maksudnya, zombie dalam bangunan ni pun tak musnah?"

Heiriz angguk.

Oscar, "tak hairanlah kenapa banyak gagak berkumpul berdekatan dekat sini. Masih ada mayat hidup yang masih hidup."

Khai, "Lebih kurang sama kes macam negara Z, ada 1 bangunan yang di perbuat bahan logam tungsten termasuk ruang bawah tanah yang terlampau dalam, ledakan bom takkan sampai ke situ sentuh pun payah."

Heiriz, "kalau bangunan biasa mustahil ada ruang bawah tanah yang sangat dalam, kecuali Pusat Makmal Penyelidikan, ada ruang rahsia yang terletak lebih dalam berbatu batu bagi mengelak risiko. Contoh, Pusat Makmal Penyelidikan Sayap AZ."

Jalal, "betul, antara makmal dan hospital, aku lebih suka hospital, nampak cahaya matahari."

Erina, "Tapi, bukan ke Bandar Labis tak de Pusat Penyelidikan?"

Mereka terdiam sejenak. Heiriz sentuh hidungnya, dia sepertinya tahu. Dalam suasana senyap seketika, kaki mereka tak berhenti ikut arah seretan bekas darah di lantai.

Heiriz, "err, kalau saya bagitau ni, boleh tak jangan bagitau sape sape pasal ni? maklumat ni sangat sulit dan Cuma saintis Gred S dan A je yang tau."

Mereka pandang Heiriz penuh suspen.

Heiriz, "Pusat Penyelidikan ada 7 termasuk Sayap AZ, 18 Makmal kecil kecilan di beberapa buah bandar kecil. 5 dari itu adalah Pusat Penyelidikan rahsia dan sulit. Ada beberapa bandar takde Pusat Penyelidikan untuk cover supaya takde pihak musuh tau yang mana ada dan yang mana takde.

Hanya 2 je yang tersembunyi di bawah bandar dan lagi 3 bersembunyi di mana mana je termasuk lah kat gunung, dalam laut, kawasan kampung terbiar. Apa yang saya cuba cakapkan, bandar ni salah satunya tersembunyi satu Pusat Makmal Penyelidikan rahsia dan sulit di bawahnya."

Mereka semua terkejut, bagaikan tak percaya. Tak salah mereka rekruit Heiriz, memudahkan mereka melakukan pembersihan nanti.

Oscar, "berdasarkan pandangan kau, kat mana lokasi makmal tu agaknya, apa ciri cirinya."

Heiriz, "ciri ciri, satu tempat tu mesti memperolehi konkrit yang kukuh dan stabil tak kira apa jua ledakan ia mampu bertahan."

Mereka dah faham, mestilah mereka tahu di mana makmal itu dan barulah mereka tahu puncanya gugur Bandar Labis dari dalam. Patutlah kenapa bermula jangkitan dari bangunan telekomunikasi, iainya berada di bawah bangunan telekomunikasi, segalanya dah terjawab. Persoalannya, macam mana zombie ada di dalam, adakah berpunca dari kecuaian atau khianat.

Tanpa mereka melengah, mereka segera maju ke depan. Mereka mendapati kesan seretan darah di lantai menuju ke satu bilik. Mereka masuk ke dalam, dalam tu terdapat kerangka komputer untuk alat komunikasi, banyak computer sana sini berterabur dan rosak. Dalam itu penuh dengan lumuran darah membuatkan mereka hampir termuntah. Ruang itu tidak terlalu besar dan tidak kecil, kesan seretan itu berhenti tepat tepat di hadapan dinding dengan jarak hanya 2 meter.

Hairan, tiada mayat, Cuma penuh dengan darah bergelimpangan dan kesan seretan darah ke sana sini hingga ke depan dinding di mana seretan itu berhenti kemudian seperti tiada apa.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Where stories live. Discover now