51. BERSATU

33 6 4
                                    

Heiriz dan pengikutnya membawa keluar Evan dan 3 pengasuh keluar dari Bandar Fantasi, dari atas dia boleh nampak kacau bilaunya itu. Yang hairannya, bila masa pihak musuh masuk tanpa dia sedar? Bukan itu sahaja, peluru berpandu yang sangat besar berbanding saiz peluru berpandu yang normal menyusur masuk melalui gerbang, 2 kereta terbang itu sempat mengelak. Peluru berpandu itu mendarat berdekatan dengan villa Violet Lotus, peluru itu tak meletup malah rangkanya seperti pintu terbuka luas maka berpusu pusu askar senjata manusia berbadan tegap dan sasa, dari rupa paras mereka mereka sepertinya dari belah timur tengah, belah arab mungkin.

Heiriz terkejut, apa yang dah berlaku sebenarnya. Dia lihat ramai yang rebah di kawasan gerbang tak tahu mati atau pengsan. Sebelum 2 kenderaan itu meluncur keluar, mata biru Heiriz berkilau, suasana siang di bandar itu bertukar menjadi waktu malam dengan awan yang mendung tanpa bintang dan bulan. Heiriz tahu musuh mereka sedikit kurang peka pada waktu malam, tapi tidak kepada Js dan askar zombinya. Setelah mereka keluar dari bandar itu, mereka sangat terkejut. Boleh di kata beratusan pesawat tempur di luar sedang menunggu di luar.

"Tuan muda, mereka terlampau ramai." Lelaki itu berbisik di sebelah Heiriz.

Evan pandang Heiriz kemudian dia pandang ke depan, Heiriz bukan tak nak menentang tapi..dia ada Evan dan 3 pengasuh yang perlu di jaga dia risau jika dia lalai buat seketika dia akan kehilangan Evan. Dia tak mahu kehilangan orang dia sayang sekali lagi, dia peluk Evan di dakapan, Evan pun peluk Heiriz sambil usap kepala Heiriz, Heiriz tersenyum lemah.

"PLEASE SURRENDER! WE WON'T HARM YOU!! I HOPE YOU WILL COOPERATE!!" Suara lelaki di laungkan memakai speaker.

"Tuan muda?"

"Kita takkan surrender." Tegas Heiriz.

Mata birunya berkilau, dalam sekelip mata semua pesawat hilang kawalan. Manakala pesawat yang paling depan sekali iaitu pilot dan co-pilot serta orang yang mengenakan headset serta merta mental mereka di serang, telinga dan hidung mereka keluar darah. Semua pesawat goyah dan menjunam ke bawah.

"Echidma detect!!"

"Now! DO IT NOW!!"

Askar perempuan merupakan dari eropah berusaha untuk mencapai alat yang seakan bentuknya bom masa walaupun pesawat sedang menjunam. Askar wanita itu tekan butang, DING!! Bunyi desing yang sangat kuat tapi tidak sekuat seperti bom wrap. Telinga Heiriz berdesing, dia segera tutup telinganya. Di sebuah tapak kem sementara yang tidak pasti lokasi di mana, semua kepimpinan tentera dan pemerintahan berhubung dengan tapak kem tentera sementara itu. Tentera yang berpangkat menjalankan misi ini berkumpul dari 25 buah negara yang masih teguh berdiri, kali ini mereka perlu bersatu untuk menentang Neutis. Dah lama mereka menantikan saat ini setelah keadaan makin kritikal dan takut Neutis semakin berkuasa maka 25 buah negara berhenti berbalah dan bersatu untuk hancurkan Neutis.

Di Malsia, Dr. Ana yang berada di sebelah Presiden Halim dan bersama dengan semua presiden Malsia turut mendengarkan laporan yang di terima. Presiden Rashid masih ingat Dr. Ana pernah cakap bahawa, Echidma pun ada kelemahannya, semua itu tercatat dalam journal Iris tapi semua journal itu telah di hapuskan, dia satu satunya maklumat yang ada untuk data Echidma dan Genetik Dominan. Kelemahan Echidma atau erti kata lain kelemahan NCWI Cip ialah frekuensi yang menganggu proses sistemnya. Jadi benar apa yang Dr. Ana katakan, Heiriz terkesan.

"Don't kill him, we need him the most." Presiden Halim beri pesanan.

Di sebabkan Heiriz terkesan dengan frekuensi, segala sistem yang di pintasnya kembali kepada nil, bandar yang gelap menjadi siang, pesawat yang sedang menjunam kembali berfungsi dan berusaha untuk naik ke atas dan ada yang hampir terhempas dan ada yang gagal. Ini adalah risiko yang pihak mereka terpaksa ambil demi menentang Echidma.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Where stories live. Discover now