52. HQ NEUTIS

29 6 9
                                    

Sekeliling Heiriz bercampur imej memori yang berbeza, dia tak tahu dan tak pasti yang mana satu memori sebenar, dia keliru tak pasti yang mana satu. Heiriz melihat imej memori bermain di depan matanya, sangat nyata dan emosi itu sangat ketara sekali berbeza dengan memori bersama dengan Js dan Josh. Wajah Evan dan Iris, wajah Evana, Qianlu, Josh ketika mereka masih pelajar, wajah wajah Skuad Elit 1 dan akhir sekali pemilik mata berwarna emas yang kerap di igaukan tapi tidak tahu siapa pemiliknya akhirnya menampakkan seluruh identitinya, Khai.

Di hati Heiriz berdetak kuat, seribu emosi menyergah ke tubuh dan mentalnya. Dia masih teringat Khai berada di dalam dunia mentalnya dan bergabung kekuatan mental untuk menentang Aizat. Perasaan yang Heiriz sangat kenal tapi pada masa yang sama tidak kenal. Khai di hadapannya tersenyum lembut, Khai menghulurkan tangan padanya. Heiriz tak berasa ragu ragu, dia segera capai tangan itu tanpa berfikir panjang, dia yakin mungkin ini jawapan yang di cari cari.

Heiriz buka mata, nampaknya dia dah sedar dari pengsan. Perlahan lahan dia bangun dari baring dan lihat sekitarnya. Nampaknya seperti ruang pesakit di kem askar, sebab ada tirai tirai langsir putih kiri kanan depan belakang sebagai pemisah antara pesakit yang lain. Kali ini tubuhnya berasa segar dan sihat, dah tak berasa sakit.

"Awak dah bangun?" Sapa seorang wanita.

Heiriz pandang pemilik suara itu, Dianie, kakak kepada Khai. Heiriz berasa ingat ingat samar tentang Dianie. Dianie senyum segera dia berdiri sebelah katil Heiriz. Komplikasi Heiriz nampak sihat berbanding hari pertama dia datang dengan muka yang pucat.

Heiriz, "Awak? Siapa, ek? Pernah jumpa, kan?"

Dianie hulur tangan, "Saya Dianie, kakak kepada Khai."

Heiriz gumam nama Khai, "Khai, siapa ek? Pernah dengar tapi..macam samar samar."

Dianie tersenyum, dia faham apa yang Heiriz maksudkan. Segera gadis itu tarik kerusi berdekatan dengan hujung katil lalu dia duduk, matanya tak lengkang dari Heiriz.

Dianie, "dalam kepala awak dah di tanam dengan implan memori. Segala kenangan awak di Negara Z sebenarnya palsu. Ya, kita pernah berjumpa, saya kenal awak, awak kenal saya. Awak di kirakan senior saya. Sebenarnya pangkat awak sekarang Senior II. Saya masih lagi Gred-S."

Heiriz termati kata, betul ke di tanam dengan Implan memori, "Apa buktinya ada implan memori? Awak nak tuduh Jonathan dengan Joseph sepakat untuk tipu saya?"

Dianie, "Iya. Cuba awak fikir, kenapa ada memori lain yang clash dengan memori awak? Untuk kepastian, mana satu memori yang awak rasa paling dekat dan berasa sangat beremosi?"

Heiriz tak sangka Dianie banyak tahu pasal ini. Heiriz hanya melepaskan keluhan, nampaknya apa Dianie ketengahkan betul belaka.

"Saya boleh buang implan tu, awak ok ke?"

Heiriz terkejut Dianie nak buang implan tu. Heiriz pandang Dianie lalu dia angguk setuju tanpa fikir panjang.

Heiriz, "Sebelum tu, tolong carikan anak saya."

"Anak?"

"Errhh, dia..ada darah daging saya dengan Jonathan."

Hah? Ada anak? Dari mana datang anak tu? Diorangkan lelaki!

Heiriz, "takpelah pedulikan pasal darah daging tu. Awak boleh buang implan ni?"

"Ye, awak percayakan saya?"

"Semestinya."

Dianie, "Oklah kalau macam tu. Saya berbincang dulu dengan doktor yang lain, sebelum itu kami perlu pantau kesihatan awak dan pastikan mental awak dalam keadaan yang stabil sebelum kami buang implan memori."

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Where stories live. Discover now