15. BERJAYA KELUAR

72 8 1
                                    

Kerbau itu di tendang terpelanting ke kontena sehingga pintu itu kemek, pintu terbuka sendiri pada masa yang sama air keluar belimpahan dari dalam kontena. ikan piranha gergasi sais sebesar kerbau terjelepuk di atas kerbau, mulut nganga luas dan ngap tengkuk kerbau itu, kerbau itu meronta ronta untuk melepaskan diri tapi gigi piranha lebih tajam menembusi kulit kerbau.

Kerbau yang lagi satu pula teriak ke arah ikan piranha seolah olah marah rakan speisisnya di baham, piranha pun balas jeritan, kerbau itu segera terkam piranha, piranha tak nak kalah, giginya lebih tajam dan panjang dia gigit kaki kerbau, kaki berjaya terlepas lalu pijak kepala piranha. Dua haiwan buas itu bergelut di hadapan Heiriz dan Khai. Khai memapah Heiriz.

Khai imbas kad ID, Heiriz tergamam, lah ada pada Khai rupanya, ingatkan hilang. mengenangkan Skuad Elit 2 masih bergelut di dalam, Heiriz matikan automatik pintu tersebut agar pintu itu sentiasa terbuka. Khai pimpin Heiriz di sepanjang koridor menuju ke kawasan pemindahan. Akhirnya mereka sedikit jauh dari Zon S dan makmal kecil, mereka hampir masuk ke kawasan bahgian mesin dan kimpalan penjana kuasa. Heiriz perasan Khai sengaja cicirkan pelekat sejenis lampu suar di lantai sepanjang jalan sejak keluar dari makmal Zon S.

Heiriz, "Untuk apa?"

Khai, "Mudah mereka jejak kita. Harap mereka selamat."

Waktu tinggal 57 minit, mereka tak banyak lagi masa sebelum gas bahaya melemaskan mereka. Bau gas sedikit kuat kerana mereka sudah berdekatan dengan bahgian mesin dan kimpalan penjana kuasa. Kali ini mereka terdengar suara garau yang agak kasar datangnya dari belakang mereka, mereka toleh ke belakang, berpusu pusu zombi dan mutan datang membanjiri sepanjang koridor, John dan 4 orang kru miliknya kelihatan sedang berlari di hadapan banjiran zombi, zombi sedang mengejar mereka.

Heiriz, "Wadda fuck, diorang bawa tentera mayat?"

Khai, "Mereka veteran, mereka tau apa nak buat."

Khai gendong Heiriz dan berlari. Khai berhenti berlari, 3 ekor buaya mutan sedang berjalan keluar dari arah koridor kanan di depan, Khai berundur perlahan ke belakang tetapi melihatkan banjiran zombi semakin dekat, Khai berhenti mengundur dan kembali tengok 3 buaya.

Buaya itu tak perasan kehadiran mereka, setelah terdengar suara banjiran zombi barulah buaya itu perasan mereka. 3 ekor buaya raawrr ke arah mereka, Heiriz pandang dinding di sebelahnya, ada pintu cerobong sampah bersaiz 46 inci dan ketinggian kira kira 80cm dari lantai.

"Kapten! Ikut sini!" Dia tunding ke pintu itu.

Khai pandang pintu itu, matanya beralih pada John dan kru yang sedang berlari. Khai seakan menghantar bahasa isyarat pada John yang hanya mereka sahaja yang tau, John angguk.

Khai tumbuk pintu besi itu sehingga kemek lalu buang ke tepi, buaya buaya itu sudah bertindak berlari kearah mereka, Khai dengan cepat masukkan Heiriz ke dalam kemudian dia masuk. John dan kru pun sampai lantas Rafael dan Amar bergelut dengan buaya, tendang dan tumbuk. Amar sepak vending machine di dinding dan ia terbang tepat mengena buaya buaya itu pada masa yang sama Rafael tunduk saat ia terbang kearahnya dan buaya buaya.

Fasha orang pertama yang masuk dulu, John dan Victor blok koridor dengan semua perabot yang ada, mereka menahan blok dari tertolak oleh zombi. Rafael berlari menggantikan tempat John, Amar masuk ke dalam cerobong, John seterusnya, Victor dan Rafael masih menahan blok dari asakan zombi. Victor campak semua barang yang ada di sepanjang koridor untuk tambahkan lagi blok agar tak terobos.

Giliran Victor masuk ke dalam cerobong, tergesa gesa Rafael masuk ke dalam tapi malangnya sebelum kepala sempat masuk sepenuhnya, salah satu dari buaya itu berjaya gigit telinga Rafael, Rafael berteriak kuat sambil cuba bergelut dengan buaya itu untuk menyelamatkan telinganya. Blok yang menghalang zombi tak bertahan lama, banjiran zombi berjaya menerobos lalu menerpa ke arah buaya lalu hilang dalam banjiran zombi, telinga Rafael terputus, akhirnya Rafael segera turun ke bawah sambil bajiran zombi menerpa ke arah pintu. Beberapa zombi berjaya masuk ke dalam.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Where stories live. Discover now