37. EMOSI

38 5 4
                                    

Pagi esoknya Khai memandu SUV miliknya hantar Heiriz ke Makmal Sayap QU. Sebelum Heiriz keluar dari SUV, Khai sempat mencapai tangan Heiriz dan menarik ke arahnya lalu bibir mereka bertabrak. Ciuman mereka bertahan cuma 5 minit. Nafas Heiriz terengah merasai nafas sedikit dingin walaupun bibir Khai dingin macam mayat. Khai cium belakang tangan Heiriz sambil senyum, Heiriz cium dahi Khai lalu dia keluar meluru masuk ke dalam bangunan melepasi Fasha dan Rafael yang dah lama berdiri terpacak menunggu Heiriz, kemudian mereka ikut belakang Heiriz, macam mafia.

Khai dapat panggilan kecemasan, Ketenteraan Sayap QA memerlukan khidmat dia. Segera Khai beredar dari situ.

Pusat Ketenteraan Sayap QA
SUV hitam pecut masuk ke perkarangan tapak ketenteraan lalu berhenti mengejut di depan bangunan. Khai keluar dari SUV lalu dia berjalan laju masuk ke dalam bangunan. Khai masuk ke dalam lalu memberi tabik hormat kepada setiap anggota yang ada di dalam bangunan itu. Anggota Skuad Elit 1 dan 2 serta beberapa orang berdiri tegak melihat Khai masuk ke dalam dan pandang beberapa dokumen, 2 smarthol dan 4 phone di atas meja.

Victor, anggota Skuad Elit 2 berdiri depan Khai, "Kami dan anggota Jabatan Perisikan berjaya memberkas 2 orang spy yang berada di kalangan anggota tentera. Ini bukti dan segala data yang kami perolehi dari tempat persembunyian mereka."

Khai belek dokumen dan juga SmartHol (alat komunikasi hologram). Dia turn on SmartHol, dia periksa sejarah panggilan dengan nombor yang tidak di kenali dengan berbeza nombor, malah peta setiap penjuru Bandar Kuching juga turut ada di dalam peranti itu. Kemudian keluar maklumat mengenai Heiriz, tujuan mereka memang Heiriz. Kemudian tiada apa yang menarik dia jumpa dalam peranti itu segera dia matikan kemudian dia belek dokumen yang ada di atas meja. Melihat semua tarikh ini nampaknya ia bermula dari tahun yang lepas lagi. Khai belek lagi beberapa minit, keningnya berkerut seperti ada sesuatu yang ganjil lalu dia tutup dokumen tersebut.

Khai pandang Victor, "Apa kata Leftenan Jabatan Perisikan mengenai maklumat ni?"

Victor, "Komander kata, berdasarkan maklumat yang kita dapat, bukan 2 orang, sepertinya ada lagi ramai spy di kalangan kita. Bukan itu saja, sepertinya 2 spy ni dah tau kita sedang jalankan misi mencari tikus tikus dalam kalangan tentera. Semasa kami serbu mereka, mereka sedang cuba melarikan diri tapi dalam keadaan yang sudah bersiap sedia. tapi komander minta kami serahkan maklumat pada kapten John terlebih dahulu untuk mendapatkan arahan susulan, tapi Kapten John mahu pendapat dari Kapten Khai."

Khai picit dahinya, dia bergumam, "Orang tua ni suka lepas tangan. Padahal benda ni bukan bawah arahan kitorang." Dia pandang Victor.

Victor, "Sekarang, macam mana kapten?"

"Kapten korang pun sama je." Di sebabkan mod die tengah baik jadi dia abaikan, "Siasat semua yang terdekat dengan 2 orang spy, cari di kalangan staf ofis. Ni bukan kerja luar ofis je, ada tikus di kalangan pentadbiran."

Dia Pandang dokumen tu lama lama, kemudian dia tersentak. Dia gerakkan tangannya panggil Victor mendekatinya. Victor tanpa was was pun mendekati Khai, Khai membisikkan sesuatu ke telinga Victor. Mata Victor terbuntang, dia pandang Khai terkejut lalu raut wajahnya kembali tenang seperti tiada apa apa. Khai tepuk bahu Victor beberapa kali.

Khai, "Saya serahkan kepada pasukan awak. Memandangkan Leftenan tua tu tau makan gaji buta je.. Mana John?"

Victor sedang kumpul dokumen lalu jawab, "Oh, Kapten John. Ada di sel tahanan bawah tanah di kurungan seksaan. Dia sedang soal siasat 2 spy."

Khai angguk lalu dia beredar. Sel bawah tanah, tempat seksaan. John berdiri di luar sel melihat 2 orang lelaki tanpa pakaian hanya berboxer je di ikat di atas kerusi. Tubuh mereka penuh luka serta pukulan dari cabuk dan berdarah teruk, tak de rupa macam manusia langsung.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Место, где живут истории. Откройте их для себя