53. DALANG

23 5 4
                                    

Heiriz menggigil, dia berdiri tegak. Dia tak sangka apa yang di lihat di depannya merupakan satu ruang penyelidikan projek Echidma generasi kedua. Lebih kurang 10 kapsul yang di dalam kanak kanak antara usia 5 hingga 10 tahun. Kanak kanak tu tidak sedarkan diri, berada di dalam cecair biru di kenakan alat pernafasan, pelbagai wayar di sambungkan pada tubuh mereka. Khai berdiri di belakang Heiriz tidak berkata atau memberi sebarang reaksi, seolah olah dia dah mejangkakan semua negara memang buat benda terkutuk.

Suara Jalal datang dari earbud Khai, Khai diam menerima report, mata Khai terbuntang, dia tutup mulut menahan perasaan terkejut. Heiriz pula sedang mencari Evan di kalangan kanak kanak, akhirnya dia temui Evan dan cuba keluarkan Evan dari kapsul. Heiriz pandang Khai, Khai masih berdiri tegak cuba sembunyikan reaksi terkejut semampu yang mungkin.

Heiriz, "Kapten! Saya dah jumpa Evan!"

Heiriz tekan butang "Off" pada monitor di sebelah kapsul, serta merta cecair dalam kapsul surut, kapsul itu terbuka serupa sliding door. Heiriz capai Evan sebelum dia terjelepuk ke bawah. Dia cabut semua wayar yang bersambung pada tubuh kecil Evan, dia rasa nak menangis melihat tubuh kecil Evan di perlakukan begini, bibirnya pucat, terdapat banyak kesan bekas jarum.

Heiriz, "Evan! Evan! Bangun! Evan! Bangun!"

Kanak kanak di pangkuan Heiriz tersedar, dia menatap wajah Heiriz, dia sedikit keliru beberapa saat kemudian barulah fikirannya jelas.

"Mommy!" Dia peluk Heiriz sambil menangis teresak.

Heiriz peluk Evan erat, dia sangat sayang anak saudaranya, 2 tahun membersarkannya terasa seperti anak sendiri. Khai yang terdengar panggilan "mommy" dari mulut Evan segera pandang Heiriz sambil angkat kening belah kiri.

Heiriz, "...."

Heiriz, "Nanti saya explain."

Heiriz dan Khai pun membebaskan semua kanak kanak dari kapsul dan tunggu mereka bangun. Semua Kanak kanak menangis ketakutan tak tahu kenapa mereka di situ, katanya mereka di sembur dengan gas sebelum mereka tak sedarkan diri. Tujuan Heiriz dah selesai, mereka keluar dari makmal dengan tergesa gesa. Semua cctv telah di ganggu oleh Heiriz, semua pengawal telah di pengsankan oleh mereka berdua. Di sebabkan arahan palsu yang di keluarkan, tiada seorang pun saintis yang berlega di kawasan itu. Khai merasakan ada sesuatu di lorong gelap di hadapan, merasakan ada tekanan aura membunuh datang dari depan. Kebetulan pula Winnie dan Yoshi datang dari lorong kanan dan bertembung dengan mereka.

"Kapten!"

Khai tolak Heiriz dan kanak kanak kepada Yoshi dan Winnie. Yoshi dan Winnie terpinga, kenapa? Heiriz pandang Khai turut tertanya.

Khai, "Bawa Heiriz dengan budak budak ni pada Erina ngan Jalal. Bawa diorang keluar dari sini secepat yang mungkin."

Heiriz, "Awak pula?"

Khai segera ragut belakang tengkuk Heiriz dan mencium bibir lembut Heiriz dengan kelembutan, mata mereka bertentangan, terdapat kerisauan, resah dan gelisah terpancar di mata mereka.

Khai tepuk bahu Heiriz beberapa kali, "Ikut diorang."

Heiriz faham, dia tak bertanya lebih segera dia bawa semua kanak kanak ikut Yoshi dan Winnei lalu berlari ke lorong kiri. Khai memerhatikan mereka sehingga mereka benar benar hilang dari sudut pandangannya. Khai melepaskan keluhan berat, dia pandang ke hadapan, di lorong paling gelap, suiz lampu tak di nyalakan atau memang dah rosak.

Khai, "berapa lama kau nak menyorok kat dalam gelap?"

2 pasang mata warna merah menjelma dalam kegelapan, derapan kasut perlahan lahan mendekati Khai.

"Kau tau tak, nasib orang orang family kau? Bandar kesayangan kau?" Suara garau kedengaran dari lorong gelap.

Khai tidak memberi reaksi apa apa, derapan kasut itu berhenti di tempat berlampu. Raja zombi berdiri di hadapan Khai dengan tubuhnya yang besar, berotot kenyal, daging tersembul sedikit dan tinggi 3 meter.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Where stories live. Discover now