4. MENYELAMATKAN DIRI

104 6 0
                                    

Heiriz terkejut lehernya di cengkam kuat oleh Khai. Heiriz cuba melepaskan cengkaman itu dari lehernya tapi apakan daya kekuatan lelaki itu lebih kuat darinya.

Erina, "Kapten! sudah sudahlah tu, jangan buat macam ni. kesian budak tu, dia tak sengaja."

Khai, "aku tak suka orang pengotor sentuh aku. kau buat sekali lagi siap aku kerjakan kau."

Khai lepaskan cengkaman di leherkan Heiriz lalu dia beredar membiarkan Heiriz tercungap cungap kumpul nafas yang tersangkut sebentar tadi.

'aku tak buat apa apa pun. apa salah aku.'

Oscar lelaki kelihatan berusia 30 an, dia tepuk bahu Heiriz.

Oscar, "Kapten memang macam tu. agak baran. sabar eh."

Oscar beredar, Heiriz perlahan lahan berjalan ke sungai lalu membersihkan lumpur di baju sedikit demi sedikit, lumpur sangat tebal melekat di bajunya agak sukar di bersihkan dengan air yang sikit. beberapa ahli skuad berpecah menjaga dan memerhati sekeliling kawasan mereka, manakala Khai dan ahlinya yang lain berkumpul dan berbincang.

Winie, wanita cantik lingkungan 20 an bersuara, "apa perlu kita lakukan, kapten?"

Khai bercekak pinggang sambil memandang ahli pasukannya.

Khai, "kita pergi cari pesawat terhempas, dan periksa radio jika masih boleh di gunakan untuk minta bantuan." mereka angguk.

Lee Sun, lelaki berkulit cerah berwajah korea tubuhnya tegap dan tinggi, sedikit tinggi dari Jalal.

Lee Sun, "macam mana dengan yang terselamat?"

Khai, "Kita tinggalkan beberapa orang orang kita untuk jaga mereka. hanya bawa beberapa orang je untuk ke pesawat terhempas."

Erina, wanita jelita berkulit sawo matang dari asia, dia agak rendah sedikit tapi comel, usianya dalam lingkungan pertengahan 20an.

Erina, "Semua ammo ada di dalam pesawat. Peluru yang kita ada ni pun belum tentu cukup untuk tangani serangan beratus ratus zombi kalau yang kebanyakannya level 2 dan 3."

Khai, "3 orang je dah cukup untuk pikul semua ammo."

Oscar, "kena ada engineer yang pandai handle elektronik."

Erina, "Akukan ada." dia tepuk dadanya sambil senyum dengan rasa bangga.

Oscar tersenyum, "tak, maksud aku. Kau belum pakar dalam elektronik. Buatnya radio tu rosak dalam keadaan kritikal aku tak rasa kau orangnya."

mereka saling berpandangan antara satu sama lain tertanya tanya apa yang di maksudkan Oscar. Erina angguk kepala faham.

Erina, "aku cadangkan kita bawa budak tu sekali, kapten."

Khai pandang Erina, "sape?"

Erina, "super scientist." Erina angkat kening kiri sambil tersenyum.

Khai toleh pandang Heiriz di tepi sungai sedang membersihkan pakainnya.

"ADA ZOMBI! ADA ZOMBI! LARRRIIIII!"

teriak seorang saintis lelaki bercermin mata berlari keluar dari semak di ikut bersama dengan seorang ahli skuad Khai sambil menembak sesuatu di belakangnya. 

"Kapten! berpuluh zombi ke arah kita!" jerit askar yang sedang menembak tadi.

kesemua askar mengacukan senjata satu arah di mana seorang askar tadi menembak, sejurus itu berpuluh zombi keluar dari semak berlari dengan pantas kearah manusia yang masih  bernyawa, semua saintis menjerit ketakutan. 

Erina, "Tembak!!" sambil menembak zombi.

Khai, "Lindungi yang terselamat!" dia turut menembak tanpa dia sedar Heiriz berlindung di belakangnya.

Bangkit Dari Malapetaka (MxB)Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum