BAB 69 : Kemunculan semula

Start from the beginning
                                    

Harris berjalan menuju ke arah Qirah. Qirah mengangkat kapalanya apabila terlihat satu sosok tubuh menghampirinya.

Qirah memberikan senyuman mesra kepada Harris, Harris membalas senyuman Qirah sambil tanganya mengusap kepala Qirah yang di tutupi dengan tudungnya.

"Makan apa tengah hari tadi?". Tanya Harris dengan nada prihatinnya.

"Makan nasi goreng paprik tadi. Abang dah makan?". Tanya Qirah kembali.

"Dah sayang.. abang makan dengan client tadi. Okay laa abang masuk dulu ya.. nak sambung buat kerja sikit". Pinta Harris.

"Ermm.. okay abang.. kalau abang penat rehat dulu jangan terus buat kerja." Kata Qirah dengan nada lembutnya.

"Baik sayangg.. i love you". Balas Harris sambil mengeyitkan matanya sebelah.

"I love you too abangg". Balas Qirah sambil tersenyum mesra.

Harris membalas senyuman Qirah lalu Harris berjalan masuk ke dalam biliknya untuk menyiapkan kerjanya.

***********************************

"Please jangan kacau I lagi". Kedengaran suara Harris bercakap dengan telefon dengan nada suara marahnya.

Harris menoleh ke arah pintu apabila mendengar pintu bilik di buka dan di tutup kembali.

"Siapa tu?". Tanya Qirah sambil mengambil tempatnya di sebelah suami tercinta.

"Tak ada siapa-siapa sayang. Tak penting". Jawab Harris.

Iphone milik Harris berdering lagi. Harris terus menekan butang decline lalu menekan mode silent.

"Kenapa tak angkat?". Tanya Qirah dengan wajah kehairanannya.

Kedua tangan Harris memegang pipi milik Qirah. Mata Harris merenung lembut mata hazel milik Qirah.

"Tak penting sayanggg.. yang penting sekarang ni adalah cinta hati saya sorang ni". Kata Harris.

"Ni abang nak tanya sayang, Nak tido pun kena cantik ke? Ke sebenarnya sayang nak goda abang?". Sambung Harris lagi sambil mengangkat ke dua belah keningnya.

"Eeee mana ada.. abang ni nakal laaa". Balas Qirah sambil tersenyum malu.

"Elelele.. comellnya isteri abang ni.." kata Harris sambil membalas senyuman Qirah.

Harris merapatkan wajahnya ke arah wajah Qirrah.

"I want a good night kiss sayangg". Ucap Harris dengan suara romantiknya.

Qirah tersenyum lalu bibir mereka bertaut antara satu sama lain.

**********************************

Beberapa minggu lepas, Harris sering di berjumpa dengan Balqis kerana Balqis berkerja di dalam syarikat projek barunya itu.

Balqis juga dapat nombor telefon Harris melalui bosnya kerana Balqis merupakan penolong untuk projek tersebut.

Setiap hari, Balqis pasti akan menggangu Harris. Balqis akan menelfon Harris jika Harris tak angkat panggilannya Balqis akan menghantar Whatapps kepada Harris.

Harris mula rimas dengan kelakuan Balqis yang tidak mahu putus asa untuk mendapatkan perhatian darinya.

Harris penat memarahi Balqis tetapi Balqis langsung tidak peduli. Harris juga sudah memberi tahu dia sudah berkahwin dengan Qirah tetapi Balqis masih lagi berkeras.

Muak dengan rayuan Balqis, akhirnya Harris bersetuju untuk bersemuka dengan Balqis untuk kali terakhirnya.

---

Jodoh yang di takdir (Complete)On viuen les histories. Descobreix ara