BAB 65 : Harris merajuk

Start from the beginning
                                    

"Kau cakap apa? Sorry aku tak dengar tadi". Tanya Qirah lagi.

"Kau ni orang tengah bercakap, boleh pulak kau termenung."

"Aku tanya, makanan kau tak sedap ke? Dari tadi tak habis-habis. Orang lain dah nak habis makan dah". Tanya Kamal kembali.

Qirah memandang pinggannya, lalu memandang pinggan yang lain yang sudah licin.

Tanpa menunggu jawapan dari Qirah, Khalis dengan pantas menyenduk makanan Qirah lalu di masukkan ke dalam mulutnya.

"Sedap jer aku rasa." Kata Khalis.

"Errr.. hmm.. memang sedap pun.. heee". Balas Qirah.

"Dah tu makan laa cepat. Orang lain semua dah siap". Kata kamal.

Qirah menundukkan wajah apabila terasa Harris merenung wajahnya. Qirah tidak berani memandang wajah Harris, Qirah terus menyuapkan makanannya ke dalam mulutnya.

"Kalau kau nak gerak dulu, gerak laa bro. Barang semua dah settle kan?" Kata Harris.

"Takpe ke bro?". Tanya Kamal.

"Takpe bro. Tengok dari gaya, Puan Qirah ni macam lama lagi nak habis makan." Kata Harris.

Tangan Harris menggusap rambut Qirah. Kulit wajah Qirah bertukar menjadi merah apabila Harris membelai rambutnya.

"Okay bro.. kita orang gerak dulu laa. Yang ni aku bayar. Thanks tau". Ucap kamal.

"No problem bro. Hati-hati drive". Kata Harris sambil menyalami kamal.

"Qirah thanks sangat-sangat tau." Ucap liya.

"Most welcome". Balas Qirah sambil tersenyum awkward.

Kamal, liya dan Khalis terus beredar meninggalkan Harris dan Qirah.

Qirah fokus memandang makanannya lalu di suapkan ke dalam mulutnya.

"Amboii, fokusnya makan". Sapa Harris.

Qirah tidak mengendahkan kata-kata Harris kerana perasaan gugupnya mula menguasai dirinya. Iya Qirah rasa sangat gugup apabila duduk berdua dengan Harris.

"Sedap sangat ke? Nak sikit bolehh?". Kata Harris lagi.

Qirah meletakkan sudu dan garpunya lalu menolak pinggannya perlahan ke arah Harris.

"Boleh.. ambik laa". Kata Qirah tanpa memandang wajah Harris.

"Nak sayang yang suapkan". Kata Harris sambil menatap lembut wajah Qirah.

Mata Qirah membulat memandang ke arah Harris. Harris menayangkan sengehannya kepada Qirah.

"Cepat laa sayang suapkan". Arah Harris.

"Nooo.. awak suap laa sendiri." Jawab Qirah.

"Alaaaa sayang pleaseeee". Pujuk Harris.

"No. Ramai orang ni. Malu saya". Balas Qirah.

"I give you two choice sayang. First choice is you gonna feed me with this food here. Or

"we continue what we do before kamal and others come to disturb us when we arrive our house later". Terang Harris.

Mata Qirah membulat memandang wajah serious milik Harris. Wajah Qirah mula membahang apabila teringat peristiwa tengah hari tadi.

"Sayang?". Tegur Harris apabila Qirah tidak menjawabnya.

Qirah tersentak dari lamunannya. Qirah menyelit rambutnya ke telinga.

"Okay then.." kata Harris.

Tangan Harris mencapai pinggan Qirah tetapi dengan pantas Qirah menghalang Harris.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now