BAB 60 : Buah Tangan

Start from the beginning
                                    

"Hurmmm". Jawab Qirah. Mata Qirah masih lagi terpejam rapat.

"Angkat jer laa bro. Dia dah tak sedar dah tu". Kata kamal.

"Okay. Kau tolong aku bawak beg ni dulu. Nanti kita turun lagi angkat beg yang lain pula". Pinta Harris kepada kamal. Harris memberikan kunci rumah kepada kamal.

"Okay. No problem bro". Jawab kamal

Harris terus mencampung tubuh Qirah. Qirah masih tidak sedarkan dirinya. Harris merenung lembut wajah Qirah. Kamal menutupkan pintu kereta lalu mereka berdua berjalan menuju ke lift.

Sampai sahaja di depan pintu kondo Harris, kamal membukakan pintu masuk lalu mereka berjalan masuk ke dalam.

"Beg tu kau letak dekat depan situ. Aku hantar Qirah dalam bilik jap". Arah Harris.

Kamal hanya akur lalu meletakkan beg tersebut seperti yang di pinta oleh Harris. Harris pula berjalan menaikki tangga lalu Harris membuka pintu bilik Qirah. Harris meletakkan Qirah dengan penuh berhati-hati.

Harris menyelak rambut Qirah kerana rambut Qirah menutupi wajah cantik Qirah. Harris mengusap lembut pipi mulus Qirah lalu Harris menanggalkan kasut Qirah.

Harris berjalan ke arah almari baju Qirah untuk mengambil selimut. Harris menyelimuti tubuh Qirah dan Harris menghidupkan aircond supaya Qirah tidak tidur dalam kepanasan.

Lagi sekali Harris merenung wajah Qirah lalu mengusap pipi Qirah. Satu ciuman mendarat di dahi Qirah.

"I love you sayang". Ucap Harris.

Harris terus bangun dari duduknya lalu berjalan keluar dari bilik Qirah sambil membawa kasut Qirah. Harris menutup pintu bilik Qirah dan berjalan menuruni anak tangga.

"Dah. Jom bro tolong aku angkat beg-beg yang lain". Tegur Harris kepada kamal.

"Okay jom". Jawab kamal.

---

Qirah membuka matanya perlahan-lahan sambil mengeliat. Qirah terus bangun dari baring kerana terkejut melihat dia sudah berada di dalam biliknya.

Qirah mengosok matanya lalu memerhatikan keadaan sekeliling. Qirah duduk mengelamun sebentar lalu Qirah mengemaskan rambutnya.

Qirah melihat ke arah jam di dinding yang telah menunjukkan sudah pukul 3 petang.

"Ya Allah, aku tak zohor lagi". Kata Qirah dengan nada terkejutnya.

Qirah terus berlari menuju ke pintu untuk menuju ke bilik air. Dalam kalut Qirah berlari sempat tangan Qirah mencapai tualanya.

Setelah selesai membersihkan dirinya Qirah membaluti tubuhnya dengan tualanya. Qirah membuka perlahan-lahan pintu bilik air lalu memerhatikan keadaan sekeliling.

Setelah memastikan line clear baru Qirah melangkah keluar dari bilik mandi. Qirah berjalan dengan langkah seribunya.

Sampai sahaja di depan pintu biliknya, mata Qirah membulat apabila melihat Harris yang berada di depan pintu biliknya. Qirah mengeras seketika.

"Errr. Aku baru nak kejut kau tadi". Kata Harris.

Mata Harris memerhatikan tubuh Qirah dengan penuh minat. Qirah menutup bahunya yang terdedah itu dengan menggunakan tangannya.

"Tepi sikit. Aku tak solat lagi ni". Kata Qirah.

Harris memberikan ruang kepada Qirah untuk masuk ke dalam biliknya.

"Okay. Hmm nanti lepas solat, turun bawah tau. Kita makan sekali. Aku ada beli makanan tadi". Terang Harris.

"Okay". Jawab Qirah lalu Qirah menutup pintu biliknya perlahan-lahan.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now