BAB 45 : Harris cemburu

Start from the beginning
                                    

---

Harris masuk ke bilik pejabatnya lalu membuka coatnya dan di letakkan di kerusinya. Harris melabuhkan pungungnya.

Wajah Qirah tersenyum bersama lelaki tadi mula bermain di dalam fikirannya. Harris memicit perlahan kepalanya.

Tok tok

Harris memandang ke arah pintunya.

"En. Harris, ni resume - resume PA yang Tan Sri sudah interview. Tan Sri minta En. Harris review dulu, lepas tu En. Harris boleh bagitahu saya tarikh dan masa untuk interview." Terang staff Harris sambil meletakkan resume tersebut di atas meja Harris.

"Hmmm. Ok. Thanks". Jawab harris.

Harris melihat resume - resume tersebut dengan malas. Dekat dua bulan Harris tiada PA kerana PA nya sebelum ini telah di pecat oleh ayahnya kerana kontoi Harris dengan PA nya itu mempunyai hubungan special.

"Shitt. Kenapa aku tak terfikir lansung". Kata Harris seorang diri lalu membawa resume - resume tersebut ke bilik Tan Sri Khairuddin.

***********************************

♡ Keesokkan harinya ♡

Qirah berasa pelik apabila harris memandu keretanya ke arah tempat letak kereta. Kebiasaanya Harris akan menghantarnya di lobi utama sahaja.

"Kenapa kau masuk sini? Kau ada meeting dengan Dato' lagi ke?". Tanya Qirah.

"Yup". Jawab Harris ringkas. Harris park keretanya lalu mereka berdua keluar dari kereta.

☆ Sejam setengah kemudian ☆

"Maaf, Puan Qirah Dato' Romzi panggil Puan." Kata PA Dato' Romzi.

"Untuk apa ya?". Tanya Qirah semula.

"Saya tak sure." Jawab PA Dato' Romzi.

Qirah menganggukan kepalanya lalu mengambil sebuah buku nota dan pen. Qirah berdiri lalu berjalan menuju ke bilik Dato ' Romzi.

Qirah membuka pintu bilik Dato' Romzi , terpacul wajah Harris dan kamal yang turut berada di dalam bilik tersebut.

"Kenapa Dato' panggil saya ?". Tanya Qirah lalu duduk di sebelah Harris.

Dato' Romzi menarik nafas lalu menhembus nafasnya sebelum memulakan bicara.

"Tadi Harris ada request dekat papa untuk hire kamu sebagai Pa harris." Kata Dato' Romzi.

Qirah memandang ke arah Harris dengan pandangan tajam.

"Jangan nak merepek. I already worked here." Balas Qirah.

"I know. Sebab tu I prepared this for you." Kata Dato' Romzi sambil menghulurkan satu sampul surat kepada Qirah.

Jantung Qirah berdegup laju. Qirah mangambil sampul surat tersebut lalu membukanya.

Mata Qirah membulat apabila membaca isi kandungan agreement tersebut.

"You fired me???". Marah Qirah.

"Because of his stupid request??". Sambung Qirah lagi.

"Qirah baca betul-betul surat tu. Papa tak buang Qirah. Qirah still ada share dengan papa dan papa tetap akan bayar Qirah cumanya Qirah tak perlu datang kerja lagi." Terang Dato' Romzi.

"No!!! I don't agreed. Selepas apa yang I buat ini yang I dapat? I ikut semua cakap you Dato' tapi ini yang I dapat?". Marah Qirah.

"Qirah apa yang papa buat ni, semua untuk kebaikkan Qirah." Jawab Dato' Romzi.

"Kebaikkan? Dari mula you cakap untuk kebaikkan I tapi satu benda kebaikkan pun I tak dapat yang I dapat semuanya kehancuran." Bentak Qirah.

"Qirah kalau kau nak marah, kau marah dekat aku. Bukan dekat Dato', aku yang request benda ni". Selit Harris kerana Harris tidak boleh melihat Qirah memarahi ayah mertuanya itu.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now